
Bila setiap hari masak, ada kalanya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Boleh cuba masakan ini. Ringkas tapi sedap. Menu yang dikongsi oleh saudara Selvakumar Arunasalam yang mudah untuk seisi keluarga. Suami yang masak tentu mudah dan sedap. Jom cuba
Satu lagi resepi simple, sumpah simple. Kam heong udang. Kalau korang berminat nanti saya edit post letak resepi.
Resepi
Tumis bawang, tumis udang kering ditumbuk, tumis halia+bawang putih+ cili padi ditumbuk , tumis daun Kari, tumis bahan macam kuah tu ( serbuk Kari + oyster source+ kicap pekat) , masukkan udang ( udang dah siap masuk garam dah kunyit sikit biar dalam 20min), campur air kalau nak berkuah sikit, gaul2 sampai rasa udang dah masak. Boleh hidang dah.
Resepi asal Kam heong nie sebenarnya kena Goreng Bahan utama iaitu udang or ayam or ketam , tapi itu Dua kerja,yang penting bagi saya kena simple dan rasa itu kalau dah ada cukuplah kan. Selamat mencuba.
Kredit: Selvakumar Arunasalam
Roti Paratha Sosej Cheese, Resipi Instant Guna 4 Bahan Je Tapi Rasanya Cukup Menyelerakan!

Mencari kelainan untuk memasak menu sarapan untuk hari ini, apa kata sediakan sahaja Roti Paratha Sosej Cheese yang pastinya mampu memancing selera anak-anak.
Menu ini jsesuai untuk dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah atau dijadikan pilihan menu untuk kita sekeluarga lakukan aktiviti berkelah pada hujung minggu dan sebagainya.
Bahkan kita hendak sediakan juga sangat mudah dan cepat. Tanpa perlu mengambil masa yang lama, hidangan yang menyelerakan terhidang untuk dinikmati.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur kita sediakan resipi yang dikongsikan oleh Izz Aishah ini
Roti Paratha Sosej Cheese
Bahan-Bahan:
– roti paratha
– sosej
– cheese keping
– kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)
Cara Membuat:
– Potong roti paratha macam dalam gambar
– Letak kan cheese dan sosej lepastu gulung.
– Sapu kan kuning telur
– Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Buat Pancake Cara Cik Dayang Zuhaila, Dah Lama Masak Pun Tetap Lembut!
EKTRA TIPS: Roti paratha cepat lembut,jadi saya buat sekeping-sekeping dan masuk dalam peti ais semula,nak buat lagi keluarkan semula .
Sumber : Izz Aishah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Patutlah Ramai Share Resipi Basque Burnt Cheese Cake. Sedap Dan Mudah Nak Buat.

Terdapat pelbagai jenis kek yang sering menjadi perhatian para ibu-ibu untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Salah satu kek yang trending kini adalah kek jenis keju yang dikenali sebagai Basque Burnt Cheese Cake.
Ikuti perkongsian Puan Raja Rehan Raja Zammil.
Assalamualaikum syg2 hakak.. Dah tidur ke semuaaa? Kat sini hakak nak share resepi Basque Burnt Cheese Cake yg hakak buat niaga.. Baca satu2 taw.. Pls gn derhaka kat resepi
Doakan sekali rehan murah rezeki yer kesayangan semua .
Resepi Basque Burnt Cheese Cake by Rehan’s Homemade
Bahan-bahan
* 2kg cream cheese Royal Victoria (keluarkan dari peti sejuk sejam awal)
* 14 biji telur gred A
* Tepung gandum 60gm
* gula halus 600gm
* Esen vanilla 2 penutup
* Whippingcream 1 litre (pukul kental terlebih dahulu)
Cara – cara
1. Pukul Whippingcream sehinga kental n ketepikan (masuk balik dlm peti ais)
2. Mix cream cheese dgn gula halus sehingga sebati..
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji beserta esen vanilla..
4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati..
5. Last but not least masukkan pula Whippingcream yg dah kite simpan dlm peti ais tadi.. Mix sekadar sebati kan sahaja..
6. Utk loyang 6 inch.. Adunan ni dpt dlm 8 biji kek.. Alaskan kertas parchment paper kat loyang.. Anggaran sebelum bakar utk sebiji kek dlm 550gm..
7. Bakar pada suhu 200c selama 45mnt kemudian tukar kan suhu kepada 170c selama 15mnt..
8. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di hidangkan..
Nota * sebelum buat semua ni.. Sila panaskan oven terlebih dahulu.. Guna api atas bawah.
Resipi Nasi Daging Utara Paling Sedap. Hakikatnya Senang Jer Nak Buatnya!

Menjimatkan? Boleh dikatakan menjimatkan kerana resipi ini tak perlukan bahan yang berderet panjang seperti kebanyakkan nasi lain seperti Nasi Arab, Nasi Dagang dan sebagainya. Namun kos untuk daging kenalah lebih sedikit, maklum ini sahaja ‘lauk’ utamanya.
Bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Perkongsian wanita ini menerusi facebooknya buat kita terliur dan rasa nak cuba serta-merta. Paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja. Cuba tip ini.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
- 5 cawan beras
- 2 sudu makan rempah kurma
- 5gm kulit kayu manis
- 5gm bunga lawang
- 5gm bunga cengkih
- 5gm buah pelaga
- 1 sudu makan marjerin
- 1 ulas bawang merah -dihiris
- 1 ulas bawang putih -dihiris
- 1 helai daun pandan
- 1/4 cawan susu cair
- 10 biji tomato kecil – dipotong dua
- Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan marjerin.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
- Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
- Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
- Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
- Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -dihiris
- 3 ulas bawang merah -dihiris
- 3 biji cili padi -dihiris
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu makan kerisik
- 3 batang cili merah *
- 4 biji cili padi*
- Belacan bakar besar ibu jari*
- Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan bertanda * di atas.
- Satukan kesemua bahan hiris.
- Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
- Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
- Siap dihidang bersama nasi daging panas.