Selagi hidup kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian, sama ada diuji secara peribadi melalui pasangan mahupun anak-anak dan keluarga.
Hakikatnya Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Menyentuh tentang ujian menjadi pasangan suami isteri, perkongsian daripada Mohd Ibrahim ini bagus juga untuk difahami.
“Suami itu ujian buat isteri.. isteri juga ujian bagi suami”
“Burung takkan mampu sampai ke awan kalau hanya menggunakan sebelah sayap. ”
Samalah dengan kita sebagai suami isteri. Kalau hanya sebelah pihak yang menjalankan peranan maka matlamat hubungan takkan pernah tercapai.
Jadilah seperti burung yang menggunakan kedua-dua belah sayapnya untuk terbang hingga ke awan.
Suami yang luar biasa hadirnya dari wujudnya isteri di sisi yang luar biasa.
Ads
Biasanya suami yang luar biasa, hadirnya dari isteri yang hatinya TEGUH taat pada Allah swt.
Kerana itu jugaklah, saat seorang isteri sedang menceritakan kekurangan dan kelemahan suaminya sendiri pada orang lain sesuka hati, pada ketika itu jugaklah tersingkap peribadi isteri itu sendiri bagaimana.
Isteri yang ada HARGA DIRI akan cuba jaga AIB suami sendiri serapi yang mungkin.
Dia tahu itu UJIAN atas diri dia yang Allah sedang beri. Kenapa perlu dibuka untuk diketahui oleh orang lain. Hilang KEMANISAN nya disitu.
Isteri jagalah harga diri. Jaga maruah diri.
Saat aib suamimu sendiri engkau buka, itu sama sahaja seperti engkau sedang membuka aib diri sendiri. Terserlah kelemahan diri mu sendiri.
Ads
Isteri ibarat tulang belakang suami. Jika suami mu itu rebah, bermakna engkau sendiri tidak teguh berada di belakangnya.
Sebahagian kesempurnaan kepimpinan suami yang berjaya tu ada pada dirimu wahai isteri.
Jadilah isteri yang membantu membina keteguhan suami untuk teguh pada agama.
Kerana suami itu tidak pernah akan jadi sempurna. Suami kita adalah lelaki biasa. Bukan Nabi saw yang terlampau agung peribadinya.
Lantaran mudahnya wanita masuk syurga atas ketaatannya pada suami, maka syaitan pantas membelokkan fokus dan menggoyah keazaman wanita ke arah itu.
Ads
Tak susah nak alihkan fokus wanita ini. Tanam dan semai benih ragu-ragu dan cemburu di hatinya atau cukup dengan menjentik ego dan rasa besar diri pada isteri yang kedudukannya sama atau lebih tinggi dari suaminya. Bagai api menerkam daun kering, taatnya hilang, hormatnya tiada lagi, darjat suami jatuh merudum di matanya.
Suami tak layak lagi dihormati. Segala kebaikan dilupakan, hanya kejahatan suami nampak di mata serta kelemahan merata-rata.
suami tegur – tepis
suami cadang – sanggah
suami minta – bantah
suami perintah – buat tak tahu.
Mungkin ya.. suami cuai di sana sini. Tapi ia tidak bermakna anda boleh melayaninya persis wanita ahli neraka.
Mungkin juga suami ada sejarah silam yang hitam dan cacat cela, diungkit-ungkit dan disebut-sebut pula oleh si isteri hingga menyusahkan hati dan fikiran suami, mendatangkan rasa tidak redha suami pada si isteri.
Syurgamu tetap dalam redhaNya melalui dia. Ujian suami adalah isteri dan anak-anaknya, ujian isteri adalah suaminya.
Bantulah suami jadi taat pada Ilahi melalui cerminan akhlakmu padaNya dan pada dia.
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila tiba musim durian, sudah tentu penggemar-penggemar durian akan ‘memburu’ gerai-gerai durian di tepi-tepi jalan.
Buah yang menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi jika rasanya yang sedap, lemak dan manis.
Memang durian tidak boleh dipisahkan dengan selera kita. Walaupun harganya mahal, tetap akan nampak ada yang beratur panjang nak beli durian.
Tular di media sosial mengenai tip seorang anak penjual durian yang memiliki kebun durian. Malah tipnya memang menjadi hingga mendapat perkongsian yang tinggi.
Ikuti perkongsian puan Ida Royani moga bermanfaat untuk memilih durian dengan betul.
Tips Bila Membeli Durian.
Untuk pertama Kali cheq post . Sedikit ilmu utk yg xbiasa n kurang pengalaman Beli durian. Ilmu ni cheq belajar drpd pglaman hidup cheq Sebb cheq mmng anak to key n pemilik dusun2 durian ….drpd durian kampung hingga ke variety yg baru…
Bila mmbeli durian.
1. Pastikan bhgian tangkai masih lg bergetah..klu yg Baru luruh…pada bulatan tangkai tu akan Ada rasa blndir…..menandakan buah betul2 fresh.
2..jgn tertipu bile pnjual ckp Baru luruh….tangkai akan semkin mgecut dan mngecil ….mnandakn buah semkin kurang kualiti…. 3..pilih buah yg tidak pecah bontot…buah yg Baru…xakan pecah…buah durian akan start merekah hari ke3 …ketika INI…rekahan bentuk line disetiap alur pangsa…semkin merosot kualiti semkin besar rekahan..kualiti tempoyak je… 4.jika suka rasa yg lemak manis2…pilih Duri pendek n Sekata…… 5 .jika suka yg jenis manis melenting2 tetapi Ada rasa Pahit sedikit..pilih Duri yg melengkung sedikit….biase berduri pnjang seinci 6.untuk mngenal pasti buah elok x rosak atau bena….cium setiap pNgsa…buah yg masak Ada bau drpd setiap pangsa….ni paling mudah
7…BG yg professional….kami akan
A….goncang buah…buah masak elok Terasa Ada gegar.. B….teknik mnggaru buah…buah yg masak elok Ada bunyi lompong…mnkla buah yg muda bunyi padat … C…durian bukit berbeza dgn durian kampung….drpd saiz(2.5-3.0 kg sebiji dan lebih)..tekstur isi ..ketebalan isi n bentuk duri… Duri lebih pendek berbanding durian kampung yg ditanam tanah rata… D..untuk tentukan jenis warna isi durian…di bhgian tangkai tu Kikis ….ada beza warna Pada kulit Ari durian …t bile kikis sikit dgn kuku bole tgok kulit Ari durian….Ada yg hijau Ada yg coklat…coklat pun byk jenis….Sebb berbeza warna isI……jika kulit ari kuning…isi juga kuning….n jika dikikis kulit tebal. .isi pun tebal….BG durian bukit isi tembaga….buah durian sendiri coklat Perang MCm tembaga……..utk tip yg INI…cheq minta maaf Sebb x dpt buat live…Sebb cheq terikat dgn kije hakiki yg mnyebabkn xbole merentasI negeri……cheq a per nah wat video tahun 2019..abiss cheq kene Maki n kene kecam dgn peniaga2 durian…sampaikn fb cheq kn hacked Sebb cheq byk share ilmu pilih buah2 ..durian/cempedak / dokong / manggis…. Sedikit coretan ilmu ….n tip pilih durian…drpd seorg anak Kebun….cheq tidak berjual di
DLM group INI…sekadar berkongsi ilmu shj….Sebb kesian Beli mahal2 tp buruk….yg mnjual ITU dieorg bukan pemilik Kebun..Sebb tu mereka kejar untung…… Wassalammm BG yg Bertanya….dimana…..durian ni durian bukit sahom…kampar perak …Kebun saya tepi Hi way plus….jika ke..utara…nmpk air terjun….situ lah antara lokasi Kebun n dusun2 .
Tip menjadi!
Dalam pada itu,Izwan Ahmadadalah salah seorang yang telah berjaya membeli durian hasil daripada perkongsian tip yang diberi oleh puan Ida Royani.
Selepas lapan bulan berduka dengan pemergian arwah datuk, penyanyi dan pelakon Bella Astillah terpaksa menanggung kesedihan sekali lagi apabila neneknya pergi menghadap sang pencipta pada Khamis.
Berita duka itu dikongsi oleh Bella dalam satu hantaran di Instagram miliknya, dengan memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir dan merasakan hatinya seperti hancur dengan perkhabaran itu.
“Pada 30/6/2022, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah semalam, jadi saya nak minta tolong jasa baik untuk sedekahkan Al-Fatihah buat nenek dan atuk saya.
“Nenek pergi meninggalkan kami lapan bulan selepas atuk.
“Saya tak sangka akan kehilangan mereka secepat ini. Sayang saya pada mereka hanya Allah swt yang tahu.
“Dulu selalu tidak sabar untuk pulang ke Sabah mahu jumpa mereka, tapi sekarang keduanya telah tiada.
Menerusi satu lagi hantaran terbaru, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tidak dapat menahan air matanya setiap kali melihat foto dan video nenek kesayangannya itu.
“Setiap kali tengok nenek mesti akan menangis, tak tahu kenapa.
“Sebabnya mungkin saya terlalu takut seandainya kehilangan dia, tapi tidak disangka saya benar-benar kehilangannya kelmarin,” tulis Bella.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...