Selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita akhirnya mendapat jawapan kepada banyak persoalan yang menghantui fikirannya selama ini suaminya adalah seorang individu dengan autisme.

Penemuan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia membuka mata dan hati wanita ini untuk lebih memahami suaminya, dan kini dia mula berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Dalam perkongsian di TikTok, wanita ini menceritakan bagaimana selama bertahun-tahun dia berdepan dengan cabaran dalam perkahwinan mereka. Suaminya sering kelihatan canggung dalam situasi sosial dan sukar untuk mengekspresikan emosi

Suami Didiagnos Autisme Pada Tahun Ke-7 Perkahwinan

Pada mulanya, dia menyangka itu hanyalah sifat unik suaminya. Namun, selepas bertemu dengan seorang pakar, mereka akhirnya memahami bahawa suaminya sebenarnya berada dalam spektrum autisme.

Memetik laporan Sinar Harian, Noor Hasnita Rosli, 33, mengimbau kembali perbualan dengan kaunselor berkenaan yang dia memilih untuk setia bersama suaminya.

Ads

“Saya masih ingat setiap satu dialog bersama kaunselor yang bertanyakan, adakah saya mahu meneruskan perkahwinan kerana individu autisme itu sukar untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu.”

“Saya sangat yakin dan tidak akan meninggalkan suami. Tujuh tahun itu sudah terlalu lama dan rasa sayang sangat kuat.”

Kini, wanita ini menggunakan platform media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa autisme bukan sahaja terdapat pada kanak-kanak tetapi juga pada orang dewasa. Dia berkongsi tip-tip bagaimana untuk berkomunikasi dan memahami pasangan yang mungkin mempunyai autisme, serta cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebagai pasangan suami isteri.

Suami Didiagnos Autisme Pada Tahun Ke-7 Perkahwinan

 

Ads
Watch on TikTok

Tujuan utama wanita ini berkongsi kisahnya adalah untuk memberi inspirasi kepada pasangan lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama, dan juga untuk mengurangkan stigma terhadap individu dewasa yang mempunyai autisme. Perkongsian ini bukan sahaja menyentuh hati ramai pengikutnya tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih luas mengenai autisme dalam kalangan dewasa.

 

Ads
Watch on TikTok


Kisah wanita ini menunjukkan bahawa walaupun cabaran yang dihadapi tidak mudah, dengan pemahaman dan sokongan, perkahwinan mereka terus kukuh dan penuh kasih sayang. Perjalanan mereka menjadi satu inspirasi kepada ramai, dan mereka kini menjadi suara penting dalam memberi kesedaran mengenai autisme di kalangan dewasa.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI