Nak menggembirakan hati isteri sebenarnya bukanlah terlalu payah. Cukup hanya membantunya mengurangkan beban dan tanggungjawab menguruskan rumah dan bantu kerja rumah, isteri sudah terlalu bahagia.
Perkongsian seorang suami, Abdul Muiez Mohammad Ruslee yang merupakan seorang guru, penulis, penyampai Didik TV KPM, Youtuber dan motivator ini boleh dijadikan panduan buat suami lain.
Bantulah menguruskan kerja rumah mana yang patut, itu sudah menggembirakan hati seorang isteri.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop. Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.
Ads
Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan. Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi. Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri.
Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5. Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan. Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Ads
Pakaian dalam dryer dikeluarkan, dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat.
Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun. Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya. Dan begitulah rutinnya setiap hari. Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja. Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja? Tak tergamak weh.
Ads
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal? Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya. Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi. Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat. Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Buat 5 perkara ini agar keluarga anda lebih bahagia, harmoni dan tenang. Anak-anak pun akan lebih mendengar kata dan memahami situasi anda sebagai ibu bapa.
1. JAUHKAN DIRI DARI ANAK KETIKA SEDANG MARAH
Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah. Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri.
Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.
2. MUHASABAH DIRI BILA TERLINTAS NAK BANDINGKAN ANAK-ANAK
Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik-beradiknya yang lain. Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza.
Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.
3. JAUHKAN DIRI DARI RASA SAYANG ANAK BERSYARAT
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.
4. MENGUGUT ANAK-ANAK
Mengugut anak itu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
* “Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
* “Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.” (Selepas 2 minit)
* “Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.” (Selepas 2 minit)
* “Jom kita susun kasut sama-sama.”
5. BERHATI-HATI JANGAN MEMBUKA AIB ANAK DEPAN ORANG LAIN
Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni kuat berlakon. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, ucaplah Alhamdulillah dan terima kasih. Aminkan kata-kata mereka moga jadi kenyataan.
Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sungguh.
Layanlah anak seperti mana yang kita harapkan mereka layan kita bila kita tua nanti.
Raja Azura sopan berhijab, mohon doa agar kekal istiqamah, “bukan nak cantik tapi kerana Allah.” Raja Azura mengakui bahawa keputusannya untuk berhijab dilakukan dengan sepenuh hati.
Raja Azura Sopan Berhijab, Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah, “Bukan Nak Cantik Tapi Kerana Allah”
Ujarnya lagi sudah tiba masanya untuk dia mematuhi kewajiban menutup aurat. Genap sebulan berhijab sebaik bergelar hajah, pengacara Raja Azura mengakui perubahan dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.
“JANGAN BUAT KERANA NAK KELIHATAN CANTIK, TAPI LAKUKAN KERANA ALLAH. APABILA SUDAH SAMPAI WAKTU, KITA BERUBAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK.
“Kita semua makin lama makin berusia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya,” katanya.
Jemu dengan imej sebelum ini, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya agar kekal istiqamah dan tidak cepat menghukum mereka yang belum bertudung.
“Saya sudah melalui macam-macam perkara dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan, tidak kira baik atau buruk.
“Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
“SETIAP ORANG AKAN MELALUI PELBAGAI DUGAAN DALAM HIDUP. JIKA TIADA UJIAN, TIDAK MUNGKIN MEREKA MAMPU MENJADI SEORANG YANG MATANG.
“Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah,” tuturnya tenang.
Ibu tunggal kepada dua anak itu turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibunya, pada Julai lalu.
Jelas Raja Azura yang mesra disapa Kak Engku itu, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ia sekali gus sebagai kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Apabila tiba bulan Ramadan tentu ramai antara kita mengambil kesempatan untuk khatam Al-Quran dan Tadarus. Namun untuk membaca surah bukan boleh buat main, kena tahu tajwid dan bacaaan kena betul, bimbang maknanya bacaan akan jadi lain.
Seeloknya perlu ada orang yang akan membantu membetulkan bacaan kita. Menerusi Facebook seorang wanita berkongsi mengenai salah satu tajwid yang kita perlu tahu ketika membaca Al-Quran.
IKUTI PERKONGSIAN INI
#Repost @jentikhati @download.ins
—
Memandangkan puasa dah nak dekat, jom belajar belek cara bacaan bila ada hamzah wasol di depan.
.
Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?
.
A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu
.
Jawapannya Bm penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan.
. *4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )*.
.
Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham.
.
.
1️⃣Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.
.
Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ).
.
[Surah Yasin : 65]
.
Contoh bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;
.
2️⃣Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.
.
Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ).
.
[Surah Yusuf : 9]
.
Cara bacaan : Uqtuluu.
.
3️⃣Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
.
Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ).
.
[Surah At-Tawbah : 41]
.
Cara bacaan : Infiruu
.
4️⃣Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
.
Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]
.
Cara bacaan : Ishlauha.
.
🏷Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...