Suami Demam Tak Lalu Makan. Suapkan Saja Menu Ni, Untuk Tawan Seleranya.

Share
Setiap kali suami atau sesiapa sahaja dalam keluarga kurang sihat, pastinya kita sebagai isteri dan ibu akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan hidangan yang terbaik dan berkhasiat kepada mereka agar segera sembuh. 
Pun begitu, lazimnya orang yang sakit kurang berselera untuk menjamah hidangan dek kerana mulut mereka juga terasa pahit. Jika tidak makan, bagaimana hendak sihat?
Oleh itu, sebagai usaha untuk memancing selera sang suami yang kurang sihat, ada baiknya disuapkan sup cendawan yang berkrim ini ke mulutnya. Dikatakan cendawan shiitake mampu memberi tenaga dan seterusnya menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.
Untuk itu, ayuh ketahui cara penyediaan sup cendawan yang dikongsi oleh Puan Suhanna. Selamat mencuba!
Bahan bahan:
————————–

(A)
4 cendawan butang (hiris)
4 cendawan shiitake (hiris)10 cawan air rebusan ayam
(Kak Ana takde ayam hari ni so gantikan dengan air putih + 3 kiub ayam maggi)1/2 bawang holland (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)
1 batang celery (hiris)
1 helai daun bay
1/2 cawan susu sejat penuh krim atau krim masakan. (Anggaran 100ml)
Sedikit garam
Sedikit perahan limau nipis

50gm butter untuk menumis

(B)
4 cendawan butang (hiris nipis untuk tambah rasa chunky dalam sup)
Sedikit daun saderi untuk hiasan

Bahan pemekat, untuk pekat kan sup :
————————–————————–——-
50 gm butter
100 tepung gandum

1. Panaskan butter dengan api sederhana, masuk kan tepung.

2. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Cara membuat sup cendawan berkrim :
————————–————————–———-
1. Panaskan butter kemudian tumis bawang merah, bawang holland, celery dan kacau hingga naik bau.

2. Masukkan kesemua cendawan yang dihiris bahagian (A), daun bay dan masukkan air serta kiub ayam.

3. Biar dia mendidih dan renehkan lebih kurang 15 minit.

4. Masukkan susu sejat atau krim masakan dan bahan pemekat sup.

5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sedikit.

6. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga halus sup tadi. Sebelum kisar #jangan_lupa_keluarkan_daun_bay_dulu.

7. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan cendawan (B) dan panaskan balik sup tu.

8. Siap untuk dihidangkan dengan roti bawang putih.

Untuk lebih jelas cara menghasilkan sup cendawan ini, boleh juga lihat video ini.

sumber : Suhanna Zakaria