Sering kali kita mendengar ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan scammer.
Biarpun di media sosial telah mendedahkan penipuan ini, namun masih ada ramai lagi yang menjadi mangsa.
Inilah yang terjadi kepada isteri saudara Muhammad L Hj Othman, yang menceritakan kronologi kejadian itu.
Akibat penipuan itu, isterinya kerugian RM30,000 .
Menceritakan kembali detik itu, beliau berharap kejadian ini menjadi iktibar kepada orang ramai.
Asslm wbt dan salam sejahtera.
Allahummsolliala Muhammad waala ‘ali Muhammad..
Sy nk share dgn famili dan rakan² FB sekalian, bagaimana isteri saya telah menjadi mangsa scam pada hari ini. Duit simpanan isteri saya kurang lebih RM30,000 termasuk gaji beliau yang baru saja masuk beberapa hari lepas, telah LESAP begitu sahaja dari akaun maybank beliau.
Modus operandi scammer sangat teliti dan sangat realistik. Walaupun begitu, tetap ada langkah² pelik yang sepatutnya boleh mendatangkan curiga bagi seseorang yang selalu mengikuti kisah² scammer sekaligus boleh menghentikan scam ini. Namun, isteri saya seorang yg mudah percaya dan tidak begitu update cerita2 scammer di medsos, sekaligus menjadikan beliau sasaran yang sangat ideal bagi scammer ahli2 neraka ini. Tambahan lagi, isteri saya seperti dipukau – tidak dapat berfikir secara rasional. Wallahualam kerana terkejut atau kerana apa
Begini modus operandi Scammer Laknatullah itu
1. Isteri dapat surat dari “LHDN”, mengatakan isteri saya tak bayar cukai. Sedangkan tiap² bulan gajinya memang auto tolak cukai, dan isteri dah pun buat e-profiling. Surat ini kami tak tahu sama ada ia memang muqaddimah kepada scam ini, ataupun memang betul dari LHDN. Apapun, kehadiran surat ini telah “membantu” scammer menjadikan isteri saya lebih percaya dengan dakwaan2 dalam penipuan ini.
2. Beberapa hari selepas dapat surat tersebut, hari ini isteri dapat call dari 019-9574582 Ivan Lim “ketua pegawai operasi cukai HQ LHDN, Siberjaya. Dia kata isteri saya ada tunggakan cukai sebanyak RM38,800.82, dimana tunggakan cukai ini adalah dari syarikat yang didaftarkan atas nama isteri saya di Kelantan. Sehubungan tunggakan cukai ini, mahkamah telah mengeluarkan waran untuk tangkap pada pukul 11pagi (ivan call pada 8.38am – ada lagi 2 jam sebelum tangkap). Isteri ada betah masa ni – mana ada dia daftar syarikat. Ivan kata “mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama isteri saya untuk daftar syarikat – puan ada hilang IC tak?”
3. Kemudian talian tanpa dimatikan, terus disambungkan oleh Ivan ke balai polis kota Bharu, kelantan – disambungkan kepada sarjan nadia. sarjan nadia minta isteri buka laman web PDRM untuk sahkan nombor telefon balai Kota Bharu. Isteri pun buka google dan check, nombor balai polis kota bharu ialah 09-7455622. Kemudian sarjan nadia kata “saya akan matikan panggilan dan call semula puan menggunakan nombor ini”. memang keluar nombor yang sama iaitu 09-7455622 – ini telah menyakinkan lagi isteri saya bahawa ini bukan main² (kemudiannya semasa buat report polis – polis kata scammer ni curi line)
4. Lepastu sarjan Nadia “call” IPK Bukit Aman untuk menyemak jika isteri sy mempunyai kes lain yang bersangkutan dengan namanya. Semasa sarjan nadia “call”, sengaja dia bercakap kuat sedikit supaya isteri saya mendengar perbualan telefon dia dan pegawai“IPK Bukit Aman” itu.
5. Di telefon, isteri saya mendengar sarjan Nadia bercakap – “Sila semak nama berikut, nama sekian, IC sekian, ada tak kes lain yang bersangkutan dengan nama ini?.. bunyi background suasana dalam call tersebut seolah2 macam betul2 berada di balai polis dengan bunyi siren polis, dengan bunyi seperti dalam balai polis yang sibuk – siap ada suara “kes kecemasan, kes kecemasan”.. saya rasa scammer ni design background suasana macam ini supaya isteri sy percaya yang memang sarjan ni berada dalam balai
6. kemudian, “bukit aman” mengesahkan ada satu lagi kes yang bersangkut dengan isteri saya, iaitu penggubahan wang haram dan pengedaran dadah bersama Tan Boon Keat berjumlah RM200,000 (wah dah macam penjenayah besar dah scammer2 ni buat isteri aku). Sarjan Nadia terus sambungkan panggilan isteri saya kepada Tuan Adam Bin Hj Hamza, ID Sah CL185192 untuk buat laporan yang akan dihantar kepada BNM dan mahkamah majistret Kota Bahru Kelantan sebelum 11 pagi untuk mengelakkan dari ditangkap. Tuan adam bgtau yang isteri saya ada perniagaan yang didaftarkan atas nama AR Maju Trading, sebuah syarikat perniagaan pembekalan alat² pembinaan didaftarkan di SSM Kota Bharu, Kelantan pada 10 November 2020 Selasa
7. Tuan Adam kemudiannya menyambungkan isteri saya kepada Inspektor Richard dari jabatan siasatan jenayah komersial IPK Kelantan, nombor badan G88053 untuk memulakan siasatan. Selepas siasatan dibuat, “inspector” ni forward waran tangkap (seperti dalam gambar) – waran tangkap ni siap ada “akta rahsia rasmi”. Selepas dah buat report, Inspektor Richard sambungkan pula isteri saya kepada “Datuk ACP Zul” untuk membantu membersihkan nama isteri saya dan untuk rayuan menangguhkan waran tangkap.
8. Datuk ACP Zul ni bertanya tentang maklumat Bank aktif yang isteri saya gunakan. Isteri saya pun dengan jujurnya bercerita tentang semua akaun bank yang beliau ada, termasuklah anggaran duit yang ada dalam akaun2 banknya. “Datuk” ni kata, maklumat tentang akaun2 bank isteri saya, dia akan berikan kepada Jabatan AMLA (Jabatan anti pencegahan wang haram) supaya jabatan tersebut dapat menjalankan siasatan dalam masa 3 hari bekerja seterusnya membersihkan nama isteri saya dari tuduhan2 yang dikenakan.
9. “Datuk” kata duit isteri saya di ASB ialah pelaburan, jadi dia tak dapat siasat “kesucian” duit itu di ASB. Sebaliknya isteri saya perlu transfer semua duit dari ASB beliau itu ke akaun maybanknya supaya kononnya dapat disiasat oleh BNM. “Datuk” suruh isteri saya pergi ke Maybank untuk tujuan transaksi ini. Sepanjang perjalan isteri saya dari rumah ke bank, talian tidak dimatikan, dengan alasan untuk memastikan “keselamatan” isteri saya sampai ke bank.
10. setelah sampai depan bank, “datuk” suruh buat transaksi. Setiap step “datuk” ni sentiasa tanya progress terkini.
11. Langkah terakhir, “datuk” minta isteri saya untuk download sebuah apps yang diberikan dalam whatsapp. File installer format “.apk” diberikan. Setelah install, keluar interface dengan logo BNM . Dalam apps ini isteri saya perlu isikan maklumat2 seperti nama bank, nama, no ic, no kad maybank, expiry date kad maybank, serta username dan password maybank2u. Isteri saya menurut sahaja, langsung tidak syak apa2.
12. “Datuk” juga menyuruh isteri saya untuk “lapor diri” kepada dia setiap 8pagi dan 5ptg dengan memberikan nama, IC, lokasi, aktiviti dan sekeping gambar selfie.
13. Proses scam ini bermula dari 8.38 pagi hingga 12.48ptg. Sepanjang masa ini, scammer sentiasa berada di talian. Cuma semasa dalam bank sahaja telefon dimatikan. Perkara ini menyebabkan isteri saya tidak dapat menghubungi saya, atau keluarga lain untuk sebarang second opinion. Satu keadaan yang saya fikir direkabentuk sebegini supaya mangsa tidak boleh berhenti sebentar untuk berfikir. Keadaan ini membuatkan mangsa berada dalam ketakutan, rasa terhimpit, rasa helpless – yang mana mangsa fikirkan bahawa pihak scammer ni sahaja yang boleh membantunya.
14. selesai sahaja semua ini, isteri saya pun pergi ke sekolah untuk bekerja seperti biasa. Pada waktu petang, balik kerja, baru isteri saya terfikir untuk check akaun maybanknya. Malangnya semua dah terlewat, akaun isteri saya hanya tinggal rm50 sahaja dari RM30,000+ yang sepatutnya ada dalam akaun itu. Lebih memeningkan apabila isteri saya juga tidak boleh semak transaction history utk mengetahui kemana hilangnya duit dalam akaun beliau
15. Semoga ujian kepada kami ini menjadi peringatan kepada keluarga dan rakan2 sekalian. Be doubtful, sentiasa soal benda2 yang tak logik tak kira betapa realistik sekalipun. Paling penting, sentiasa dapatkan second opinion, minta ruang untuk berfikir. Scammer itu memang wujud, dan mereka tidak kisah menjadi bahan bakar di neraka. Jadi kitalah yang perlu sentiasa beringat.
16. Saya rasa terkilan kerana tidak dapat membantu isteri saya semasa proses scamming ini berlangsung. Saya memang anti-scammer dan saya selalu baca kisah2 scammer. Nampaknya tak cukup untuk kita sahaja yang aware tentang scam, kita juga sebenarnya perlu mendidik insan2 yang kita sayangi tentang kewujudan scammer2 ini untuk mengelakkan mereka dari menjadi mangsa.
17. Semoga kisah kami ini boleh membantu anda sekalian sekiranya menghadapi keadaan serupa. Sekiranya anda dapat panggilan mcm ni, bantu kami jeritkan kata2 makian sekuat2nya di telinga scammer2 ahli neraka ini sebelum mematikan call.
Wallahualam.. doakan kami kuat menghadapi ujian ini, dan semoga Allah swt bantu kami.. amiin3 yrba
Sumber: Muhammad L Hj Othman
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.