Tular di sosial media sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sanggup mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri tercinta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Tiktok itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya menderma buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” kata Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari.
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
Berkongsi kisahnya, Bukhari berkata, dia diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya itu namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.
Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.
“Dulu saya bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan cucian namun ambil keputusan berhenti kerja kira-kira dua bulan selepas berkahwin.
Ads
“Saya kemudian berniaga keropok lekor atas jenama sendiri, Hasbuq Lekor kerana nak beri tumpuan kepada isteri dan menemaninya ke pusat dialisis.
“Ikutkan kami tak sempat pergi berbulan madu kerana selepas seminggu kahwin, isteri tunjukkan simptom badan berasa sejuk, tak larat, menggigil dan nak muntah.
“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya namun dia nekad kerana sudah berfikir panjang dan mempertimbangkan kesannya.
Ads
Meskipun perlu menunggu dua tahun untuk menjalani transplan buah pinggang, Bukhari bersyukur kerana layak menjadi penderma selepas melepasi saringan ditetapkan malah puas dapat membantu insan tercinta.
“Ramai juga tanya dengan saya mengapa saya nak dermakan buah pinggang dan tak takut ke memandangkan masih muda.
“Jujurnya memang gementar kerana ia soal hidup dan mati malah saya sampai tulis wasiat tetapi cekalkan hati demi isteri.
“Lagipun organ yang saya ada itu adalah pinjaman Allah SWT, jadi apa salahnya derma buat isteri yang memerlukan.
“Dua kali juga pemindahan buah pinggang itu hampir gagal kerana komplikasi ketika cuba masukkan organ ke saluran pundi namun akhirnya berjaya.
Ads
“Cuma isteri ditidurkan selama dua hari selepas prosedur itu,” katanya yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak.
Menceritakan perkembangan terkini, Bukhari berkata, keadaan isterinya bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia juga dalam usaha menjaga pemakanan dan tidak terlalu aktif dengan aktiviti lasak seperti disyorkan doktor.
Berhubung perkongsian di TikTok, Bukhari tidak menyangka video dimuat naiknya akan dapat perhatian netizen hingga tular dan meraih hampir sejuta tontonan.
“Bagi saya, transplan buah pinggang satu prosedur biasa memandangkan ramai lagi di luar sana buat yang sama dan niat kongsi video di TikTok adalah untuk jadikan kenangan.
“Tak sangka akan tular malah ramai tonton video itu luahkan rasa sedih dan mendoakan selain DM (hantar kiriman mesej),” katanya.
Sumber: TikTok & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
Ayah Tak Sangka Sering Tanya Makan Minum, Petanda Tiga Anak ‘Pergi’
Sayu melihat keadaan seorang ayah berkali-kali mengucup tiga orang anak yang menghadap Sang Pencipta secara serentak.
Siapa kita untuk menidakkan setiap apa yang tertulis di Luh Mahfuz takkan berubah kerana luasnya ilmu Allah itu tak terjangkau dengan akal fikiran kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Reda dengan pemergian ke dunia abadi buat anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik, kelihatan Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nadzir memberitahu bahawa sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayannya sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum.
Katanya, jika meminta mahu makan, mereka segera menyediakannya. Namun dirinya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru menyedari akan akan perubahan itu.
REDA DENGAN TAKDIR
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda.
KUCUPAN TERAKHIR BUAT SEORANG AYAH
Di kebumikan bersama di dalam 1 liang lahad. Semoga Allah mengampunkan ketiga-tiga puteri ini dan tempatkan mereka di kalangan orang yang solehah.
Tanam kacang ni nampak aje senang tapi jika salah skill tak menjadi dan tak subur.
Nak tahu cara mudah untuk tanam pokok kacang tanah. Ikuti perkongsian ini.
CARA TANAM KACANG TANAH.
Beli kacang tanah dari kedai runcit.Saya beli RM3.Ambik 1/4 shj dari paket tu.Jgn mmbazir. Rendam kacang tanah dgn air paip selama 3 hari 3 mlm.
Rendam paras kacang shj. Jgn trlalu byk air. Tukar air selalu sbb air akn diserap.Slps 3 hari,kacang akan bercmbah spt dlm gmbar.Blh terus tanam dlm pasu atau polibeg.
Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah.Guna tanah biasa shj campur segenggam kompos dan segenggam pasir halus. X prlu cocopeat atau sekam padi.
Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organic seminggu sekali.
Slps dua bulan stgh ke 3 bulan, dah blh cabut pokok dan tuai hasilnya.Kalau nk dptkn byk isi,tunggu 4 bulan, baru tuai.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyana Mohd Poad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.