“Pasangan VIP ini adalah golongan korporat yang hidup dalam protokol. Tiada hubungan ‘manja’ di antara mereka.”
Budaya romantik atau manja amat jarang dilakukan antara pasangan suami isteri. Akibatnya mesra dengan pasangan menjadi janggal dan kekok. Sedangkan dalam perkahwinan bermanja-manja adalah inti pati dalam hubungan suami isteri supaya semarak kasih sayang.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti bertembung dengan cabaran atau dilanda badai. Lazimnya ada berada dalam persimpangan dilema sama ada mahu membina semula hubungan dari mula ataupun menyerah kalah dan berpisah selamanya.
Menurut pendakwah bebas, Nur Aqidah Binti Mawardi, junjungan besar Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan penuh dengan kasih sayang sesama keluarga.
Antara sikap romantis dilakukan oleh Rasulullah S.A.W kepada isterinya Sayyidah Aisyah RA iaitu setelah usai pergi berperang atau berdakwah, Rasulullah sering menghabiskan waktunya untuk tidur dan bersandar di pangkuan Aisyah. Beberapa kali saat membaca Alquran pun, Rasulullah suka duduk bersandar pada pangkuan isterinya biarpun sedang haid.
Hal ini sebagaimana diriwayatkan, “Dahulu Rasulullah meletakkan kepalanya di pangkuanku kemudian membaca (Alquran) sedangkan aku dalam keadaan haid.” (HR Abu Dawud, Bukhari, Muslim, Ahmad).
Justeru, Ustazah Nur Aqidah mengakui bahawa hubungan yang manja dan romantik amat penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
18 tahun suami curang
Beliau merupakan seorang pendakwah yang sering muncul di stesen – stesen tv serta media sosial seperti Youtube dan juga Facebook sering membincangkan topik kekeluargaan dan keagamaan.
Ketika ditemu bual menerusi Program Keluarga Talk Majalah Keluarga baru-baru ini, di tanya adakah beliau pernah melihat situasi rumahtangga yang hampir roboh tetapi berjaya diselamatkan setelah beberapa langkah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan itu.
Mengakui ada bertemu pasangan VIP yang merupakan golongan korporat yang menjalani kehidupan secara protokol. Tiada kata-kata manja dan romantik sehinggalah suami mula bersikap curang.
“Suaminya telah curang kepadanya selama 18 tahun tanpa pengetahuannya. Sehinggalah dia mengupah penyiasat persendirian untuk melihat gerak-geri suaminya baru kegiatan curang lelakinya terbongkar.
“Isterinya meminta nasihat demi menyelamatkan rumah tangganya. Masih sayang kepada suaminya, dia nekad berubah sikap. Dia seorang wanita yang cantik berusia dalam 40an.”
“Setelah diselidiki, punca kepada hubungan mereka dilanda badai adalah kerana sikap yang terlalu protokal dengan pasangan. Tiada kata-kata manja atau romantik. Di rumah dia dan suami berpakaian dan bercakap secara formal.
“Saya menasihati wanita itu supaya berubah sikap dengan menjaga penampilan diri supaya suami tidak tergoda melihat wanita cantik lain di luar sana. Sejak hari itu dia mula pergi ke salon dan nampak perubahan diri.
“Setelah mula ‘pasang badang’ saya lihat dia seorang wanita yang cantik. Dia berubah demi suami tercinta. Dia kata, ‘Ustazah, saya mahu kembali suami saya.’, ” jelas pendakwah ini.
Tip memikat suami berjaya
Tambahnya lagi, kemuncak hubungan mereka kembali pulih, apabila pasangan itu pergi bercuti berdua di luar negara selama seminggu. Anak-anak pasangan ini sudah besar dan mengikuti pengajian di luar negara.
“Isteri VIP menelefon saya memberi tahu bahawa mereka akan bercuti ke luar negara. Jadi saya menasihati isteri VIP ini supaya ambil peluang ini untuk pulihkan kembali hubungan yang semakin pudar.
“Saya memberikannya tip untuk memikat suami. Ia termasuk bersikap manja kepada suami. Katanya pada awalnya suaminya agak pelik dengan perubahan sikapnya dan bersikap acuh tidak acuh sahaja. Saya suruh dia bersabar, sebab perkara yang tidak pernah buat memang nampak janggal.
Dalam pada itu, turut memberi tip untuk memakai set pakaian dalam seksi wanita yang untuk menggoda suaminya dengan menasihatinya supaya menghargai momen bersama ketika bercuti.
“Tanpa di sangka, suaminya mula menampakkan perubahan dengan memberikan sejambak bunga. Bayangkan, selama ini suaminya tidak pernah bersikap begitu sejak berkahwin.
“Saya bersyukur pasangan VIP ini berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka. Apa yang saya nak tegaskan di sini, sikap manja dan romantik itu wajib ada dalam rumahtangga.
Fitrah suami mahu dimanja
“Fitrah seorang lelaki mahu dimanja oleh seorang isteri. Jika rasa kekok, mulakan dengan kata-kata manis, kemudian jika keluar bersama pasangan dengan berpegangan tangan. Sikap-sikap yang sweet ini akan membahagiakan pasangan.
“Sikap begini jangan terhenti, teruskan untuk mengenali pasangan anda kerana ia adalah kunci kebahagiaan rumahtangga,” jelasnya mengakhiri perbualan dengan wartawan Majalah Keluarga.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.