Suami Ceritakan Pengorbanan Isteri Ketika Bersalin Kepada Anak. Cara Didik Anak Hargai Ibunya.

Share

Tidak dinafikan pengorbanan ibu saat hamil dan melahirkan sungguhlah tak ternilai. Nyata suami dan anak-anak wajib menghargai ibu.

Selain  curahan kasih sayang seorang ibu kepada keluarganya tanpa mengira saat duka dan suka, anak-anak harus diberi pendedahan mengenai jasa dan pengorbanan ibu.
Perkongsian Taufiq Razif sungguh inspirasi apabila beliau menceritakan momen isteri melahirkan anaknya.
Ikuti coretannya.

 

Tolong ceritakan pada anak kita pengorbanan ibunya

Semalam saya buka cerita pada Maryam Soolihah tentang pengalaman bidadari saya melahirkan dia.

” Maryam tahu tak masa nak melahirkan Maryam tu Ummi sakit macam nak mati?. Sakitnya bukan main sebab Ummi dah five in ten dah ( contraction 5 kali dalam 10 minit).

Abi ingat lagi Maryam keluar daripada perut Ummi dengan mata membulat tapi masa Abi nak pegang Maryam, doktor bawa lari Maryam cepat cepat. Masa tu pernafasan Maryam agak laju.

Rupanya masa tu Maryam kena TTN ( Transient Tachypnea of the newborn). Sebab suspek tertelan najis (meconium) sendiri. Masa tu dah Moderate Meconium Stain dah. Warna ketuban pun dah bertukar hijau dah.

Doktor kata kalau Maryam taknak keluar dalam masa beberapa minit lagi, doktor nak belah perut Ummi tau.

Sayang Ummi tak?

Maafkan Abi ye Maryam Soolihah sebab ceritakan benda yang mengerikan macam ni tapi percayalah cerita ini akan Maryam ingat sampai ke mati.

Suatu hari nanti ketika Ummi Maryam dah tua dan nyanyuk sampai nak cebok berak sendiri pun dah tak mampu, yang mana ketika itu mungkin Maryam nak mengeluh kepenatan menjaga Ummi yang dah dimamah usia maka cerita inilah yang akan berlegar legar di dalam kepala Maryam nanti.

Cerita inilah yang akan membuatkan segala kepenatan tu hilang dan cerita inilah juga yang akan membuatkan perasaan sayang Maryam pada Ummi akan semakin mendalam!

p/s : Ni la cara saya nak bagi kasih sayang anak pada Umminya makin mendalam. Sekarang kita tengok ramai anak mula derhaka pada ibunya. Jangan jangan sebab kita tak pernah cerita pada anak kita pengorbanan ibunya sampai mereka pun terlupa

Semoga anak menjadi seorang yang menghargai jasa ibu yang melahirkannya.