Jika dulu, mula-mula kahwin, suara masing-masing lembah lembut. Semuanya manis-manis. Tapi bila dah berkahwin lama, ada pasangan dah mula berubah sikap.
Dah mula cakap kasar-kasar. Dah tak cakap elok-elok dah pada isteri. Sedihkan! Namun, kunci kebahagian adalah pasangan saling respect salah satu lain. Jaga perasaan pasangan. Jangan cakap lembut dengan anak je, isteri juga nak dilayan begitu. Nak dimanja. Bukan manja pada malam jumaat aje.
Perkongsian oleh Mohd Fhais mengenai perasaan isteri apabila suami tidak bercakap dengan baik. Ikuti perkongsiannya.
Pernah satu hari saya dapat teguran pedas dari isteri sendiri.
Wah, dengan anak-anak cakap bukan main lembut lagi, boleh keluar mashmallow kat mulut tapi dengan isteri cakap nak kasar je.
**Mashmallow ( lembut dan manis )
Saya dah terkebil kebil masa tu. Sambil garu kepala, duk refresh kat kepala otak ni bila masa pula ada cakap kasar dengan isteri.
Puas juga la flashback setiap perkataan yang pernah keluar dari mulut. Setahunya sepanjang kahwin ni tak pernah lagi pun keluar kata-kata kasar.
Semak punya semak, akhirnya dapat jawapan..
Bukan perkataan yang keluar dari mulut kasar tapi nada suara tu yang bunyi kasar.
Menurut pakar komunikasi Mehrabian’s, perkataan cuma menyumbang 7% sahaja pada emosi dan perasaan, sebaliknya 38% datang dari nada suara.
Jika cakap benda baik pun tapi nada suara tu kasar ia akan jadi kasar juga. Lebih-lebih lagi bila bercakap dengan wanita yang ada “telinga sensetif” ni.
Bukan sahaja sensetif mendengar malah sensetif juga memendam dalam hati. Itu yang bahaya!
Bila fikir balik betul juga apa isteri cakap tu. Bila dengan anak kita bercakap nada suara sehabis lembut yang boleh sebab kita nak anak suka dengan kita. Kita tak nak anak takut kita cakap kuat-kuat.
Kita cakap dengan muka senyum. Cakap pun sepatah-sepatah supaya anak dengar dengan jelas. Akhir sekali mesti kita cuba buat anak tergelak.
Makin anak suka percakapan kita, makin suka anak pada kita.
Tapi dengan isteri jauh berbeza. Mentang mentang dah jadi isteri kita yang sah, kita tak cuba langsung buat dia suka kita.
Cakap pun kadang kadang muka ketat. Ada lagi teruk tak pandang langsung muka isteri masa cakap. Memang terasa habis la orang tu.
Tak payah cakap pun dah boleh tahu apa dalam hati.
Nada suara campur perkataan baru 45% tapi gaya muka dan bahasa tubuh ni 55% lagi tinggi menyumbang pada emosi.
Walau tak bercakap sepatah pun tapi pandang pasangan dengan muka ketat dah cukup buat dia terasa hati dan pendam perasaan.
Senyum dan gelak itu ramuan paling berjaya dalam komunikasi. Cubalah!
Wallahu A’lam,
Kredit: Mohd Fhais