“Suami Brek Mengejut, Anak Tersembam & Kepala Berdarah.” Pesan Ibu Ini, Kena Alert Pakaikan Seat Belt & Car Seat Tak Kira Dekat Atau Jauh!

Share

Kecederaan boleh berlaku andai tidak berhati-hati. Lebih-lebih lagi membabitkan kanak-kanak.

Ibu bernama Ina Khairul menerusi perkongsiannya di laman facebook ada memuat naik satu insiden di mana anaknya cedera akibat terjatuh ketika suaminya menekan brek keta secara mengejut.

Insiden tersebut menyebabkan kepala anaknya berdarah sehingga terpaksa dibawa ke hospital dan menerima rawatan.

Semoga cerita dari Puan Ina ini memberi pengajaran kepada ibu bapa lain dalam alert menjaga keselamatan anak-anak baik di dalam mahupun di luar rumah.


Petang tadi kami ke tesco beli barang2 rumah.. on the way balik, macam biasa la suami bawak kereta, tiba2 kereta depan berhenti dan suami emergency break, Cinta yang tengah berdiri jatuh tersembam ke bawah dan kepala terhentak kat besi bawah seat.. darah memancut keluar dengan banyaknya.. ya Allah aku yang dok depan terus ke belakang. panik sangat2 sebab nampak darah menitik2 kene seat kereta.. ambil towel, tekap kat kepala Cinta.. darah terus keluar. Cinta mula menangis sebab sakit katanya.. suami terus drive menuju ke klinik 1 msia yang dekat..

ku ribakan Cinta dan sepanjang jalan tu memang cakap, adik jangan tido tau.. takut2 Cinta pengsan sebab darah keluar banyak.. bagi Cinta minum air tapi die minum sikit je.. sampai kat klinik 1 msia, MA cuci kepala Cinta dan die terus bagi surat refer ke hospital. katanya luka perlu di gam.. boleh jahit tapi takut Cinta menangis, meronta2, trauma tengok jarum.. dan of course la jahit tu sakit kan.. kami terus ke hospital alor gajah sebab hospital yg paling dekat dan orang tak ramai (harapan) kat hospital, doc scan sebab kepala bengkak, alhamdulillah takde ape2.. dan doktor gam luka yg menganga tu..

Kaseh dan Cinta memang suka berdiri, memanjat atas kerusi.. depan ke belakang tak reti duduk diam. sebenarnya dah banyak kali Cinta dan Kaseh jatuh tergolek ke bawah bila emergency break ni.. tapi tak pernah jadi apa2, so kami sambil lewa dengan keselamatan anak2.. even anak tido dan baring pun bahaya tau.. beberapa kali jugak pernah tergolek ke bawah.. klo nak tdo, biar tdo duduk je. tak perlu baring..

Tempat yang menyebabkan kepala Cinta terhantuk sehingga berdarah.

Pengajaran utk diri sendiri dan kawan2.. jangan biarkan anak2 bdiri, memanjat dalam kereta. perlu pakaikan seat belt atau duduk kat car seat. jalan dekat ke jalan jauh ke.. keselamatan anak2 yang penting.. bahaya ada di mana-mana.