Suami Belum Dapat Panggilan Haji, Buat Surat Rayuan Ni Untuk Jadi Mahram Isteri!

Share

Buat anda yang sekian lama ternanti-nanti surat panggilan haji, tentunya tidak sabar bilakah detik itu akan menjadi kenyataan.

Apatah lagi bila salah seorang daripada pasangan ditawarkan untuk menunaikan haji.

Tidak hanya menanti dan menunggu semata-mata, sebaiknya anda segerakan untuk menulis surat rayuan untuk dapat diberi perhatian agar dapat pergi bersama-sama.

 

Tidak tahu cara dan formatnya, di sini Hafizul Hakim ada kongsikannya dan semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga ke tanah suci. Amin…

CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI

1. Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri.

Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019.

Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah.

2. Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:

i) Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).

ii) Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.

3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:

a. Nombor Daftar Haji.

Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke th-info@lth.gov.my. Beritahu nak nombor daftar haji.

b. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159137584894572?sfns=mo

Link Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

c. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo

4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.

Baik, boleh lihat contoh surat saya dan mula menaip sekarang.

5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.

Silakan #SHARE untuk panduan masing-masing. Nanti senang nak taip surat.

#Nota: Untuk rayuan haji tahun 2019 telah tutup. Format ini untuk permohonan korang pada tahun 2020, tarikh tutup 1 Rejab tahun depan.

Kalau nak softcopy format microsoft word, kalian boleh masuk telegram channel ni. Klik https://t.me/MrHafizulHakim

Sumber : Hafizul Hakim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club