
Bahagia itu ‘ simple’ buat seorang isteri. Tak perlu kekayaan semata tetapi belaian dan perhatian dari seorang suami.
Biarpun suami hanya melakukan perkara yang biasa-biasa itu cukup bahagia buatnya.
Begitulah yang diminta oleh seorang isteri kepada suaminya iaitu menbawanya bersiar- siar dengan kereta.
Katanya itu me time untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta.
Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.
Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus
Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.
Me time
Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha
Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah
Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?
Sumber: Mohd Yazid Ismail
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Masa Kecil Tidur Sebantal, Bila Besar Ada Aje Yang Tak Kena. Lelaki Ini Kongsi Rahsia Kekal Hubungan Baik Keluarga

Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati. Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.
Bila emak marah abang, adik minta jangan marah abang, mengaku salah untuk lepaskan abang dari terus dimarah. Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.
Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing. Sesama tergelak walaupun dibebel emak.
Allahuakbar.
Bersihnya hati dan sucinya kasih sayang masing-masing. Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain.
Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.
Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.
Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.
Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet dan keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.
Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa. Mana yang pakai kereta besar, bagi salam ‘keruk’ lebih tebal, yang itulah dia paling puji & sayang.
Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap dan tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.
Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.
Rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah:
1) Didikan dan pesanan emak ayah. Sentiasa cakap kepada semua anak-anak agar hormat yang lebih tua.
Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.
Bila anak berkumpul, pesanlah,
“Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti.”
Be kind to each other dan always support each other. Always rembember, your siblings are not your competitors.
2) Never bad-mouthing anyone. Kalau ada tak puas hati, cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibubapa, didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.
Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.
Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.
Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan permasalahan & salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.
3) Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama jika semua orang pulang ke kampung.
Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai & tunggu makan berhidang & bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.
Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.
4) Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.
Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.
“Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun.”
Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.
5) Ingatkan anak-anak agar apabila nampak adik beradik buat salah, kena betulkan, kena tegur.
Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.
Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.
Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.
Ibubapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.
Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.
6) Ingatkan anak-anak, kita nak masuk syurga Allah sama-sama.
Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.
Family is where the life begin and love never ends. Never give up on your family and siblings.
Armand, Altamis dan Aaron,
Bila baca tulisan ini, jangan pula cari salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri.
Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri dan didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, insyaAllah.
“Be nice to your siblings, they’re your best link to your past and the most likely to stay with you in the future.”
Muhasabah saya yang menulis, yang selalu juga terlalai.
Sumber: FB Hafizul Hakim
Suami Pembentuk, Isteri Pencoraknya. Pasti Rumahtangga Kekal Bahagia Jika Saling Melengkapi.

Peranan seorang suami dalam membahagiakan isteri adalah perlu ada supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.
Dalam hal yang demikian, suami perlu tahu tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua keluarga.
Tidak dinafikan, memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati.
Sebegitulah yang dikongsi oleh saudara Abu Hurairah Asifa untuk membahagiakan pasangan sekali gus membentuk keluarga bahagia.
Semasa anak pertama lahir, saya tiada disisi isteri. Sebab masa tu saya roadtour show asia. Termasuk Indonesia dan Brunei.
Maka, sepanjang kehamilan isteri saya seorang sahaja mengharunginya. Tanpa saya. Dan saya memang kosong habis bab isteri mengandung ni.
Saya tak tahu apa yang dia lalui. Saya tak tahu apa yang dia rasai. Saya tak ambil kisah apa yang sedang di hadapi. Yang saya tahu, nanti dia bersalinlah. Simple!
Dan, akhirnya pada jam 4.30 pagi hospital telefon mengatakan bahawa anak pertama saya selamat dilahirkan oleh isteri. Saya yang masih mengantuk baru balik show menjawab biasa.
“Ok!” Kemudian tidur semula.
Kemudian jam 7.00 pagi isteri telefon.
“Abang, abang kat mana? Saya sakit. Sakit sangat”
“Ada kat rumah ni. Saya datang jap lagi. Alah, sabarlah. Sikit je tu”
Dan, bila saya sampai je kat hospital, saya lihat ada jururawat tengah bawa seorang bayi, betul-betul tepi saya. Putih melepak. Bibir merah. Comel sangat. Masa tu saya terbayang, kalaulah anak aku macam ni kan.
Saya terus dapatkan isteri. Isteri salam dan peluk dengan kuat. Menangis tak berhenti.
“Assalamualaikum tuan puan. Ini bayinya. Comel!”
Kami pun pandang bayi itu. Ya Allah, itulah bayi yang saya pandang tadi. Rupanya, anak kami.
Sepanjang hari itu, itulah pertama kali saya rasakan satu perasaan yang lain. Yang tak saya rasa sebelum ni.
Dengar isteri bercerita saat dia bersalin, berlinangan airmata ini jatuh kerana betapa hebatnya seorang wanitu melahirkan. Betapa kuatnya menghadapi ini berseorang.
Saya minta maaf pada isteri, atas sikap saya yang begitu. Ya, saya belajar tentang perasaan ini daripada kelahiran pertama kami.
Bila saya pulang, saya tiba-tiba rindu pada anak kami. Rindu pada isteri. Bila waktu melawat, saya yang sampai dulu.
Masa tu guna handphone tiada kamera. Saya pergi kedai beli kamera digital. Saya snap gambar anak dan isteri beribu kali. Bila rindu saya lihat gambar mereka.
Suami adalah seorang lelaki. Jika dia hanya seorang lelaki, dia adalah hanya sekadar kayu yang tegak berdiri.
Namun, saat dia menjadi suami, kayu yang kaku itu akan bergerak mengikut angin yang dibadai anak isteri. Kayu itu akan di hiasi ranting dan bunga hasil dari corak dan warna dari anak isteri.
Kalau kita menjadi suami, dan kekal menjadi kayu yang kaku dan tak berseri, percayalah kita lah punca kepada rosaknya hati dan jiwa isteri.
Kita ego dengan sikap kita.
Kita keras dengan pendirian yang entah apa-apa.
Kita sepohon kayu yang tak merimbun. Yang tak bermanfaat.
Jadilah suami yang belajar membawa rasa dalam rumahtangga. Yang memandang dan melihat anak isteri itu berbeza. Yang kuat dan selalu berdoa pada Tuhannya.
Pasti, rumahtangga kita akan sangat disenangi dan disukai Allah dan orang-orang yang melihatnya nanti.
Syurga rumahtangga, bermula dari seorang lelaki yang bernama suami dan isteri.
Suami pembentuk. Isteri pencoraknya.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
Susah Senang Bersama, Biar Isteri Kehilangan Aggota Tubuh Badan, Suami Setia Disisi. Inilah Cinta Till Jannah!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan pengorbanan suami yang setia di sisi menjaga isteri yang terlantar sakit sejak tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.
Lebih menyedihkan baru-baru ini, isterinya kehilangan kaki setelah terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman.
Setelah diberhentian kerja tahun lepas akibat tidak hadir bekerja dalam tempoh yang lama, kini beliau bekerja disebuah stesen minyak. Jauh disudut hatinya berharap dapat menampung perbelanjaan kos perubatan isteri.
Namun ekoran masalah kewangan yang tidak mencukupi beliau pasrah moga ada yang sudi memberi sumbangan buat perbelanjaan kos perubatan isterinya.
Syarifudean, 42, yang tinggal di rumah sewa di Taman Desa Indah Nilai, dekat sini, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 23 April tahun lalu ketika isteri Noramalina Arifin, 34, dalam perjalanan ke tempat kerja di Nilai.
Syarifudean berkata, akibat nahas, isterinya koma enam hari di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan menerima rawatan sehingga lebih tiga bulan sebelum dibenar keluar wad pada 5 Julai tahun lalu.
Menurutnya, sepanjang itu, tangan kanan sehingga ke paras lengan dipotong kerana jangkitan kuman.
Katanya, pada 3 September lalu, Noramalina dirujuk sekali lagi ke HTJ selepas kaki kanan isterinya itu berlaku jangkitan kuman.
Syarifudean yang berasal dari Gemas Negeri Sembilan manakala isteri dari Sepang Selangor berkata, sebelum kemalangan itu, dia bekerja di sebuah pasar raya di Teluk Panglima Garang, Selangor.
Dia yang belum mempunyai cahaya mata berkata, disebabkan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh lama kerana menjaga isteri, pengurusan pasar raya itu menamatkan perkhidmatannya pertengahan Mei 2019.
Beliau berkata, hampir sembilan bulan dia menganggur sebelum mendapat kerja di stesen minyak di pekan Nilai mulai Februari lalu dengan gaji RM1,200 sebulan.
Katanya, pendapatan bulanan yang ada habis digunakan bagi membeli ubat isteri dan kos harian yang berkaitan.
Ikuti perkongsian ini
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera pada keluarga,saudara Mara,sahabat handai,rakan2 Dan yg mengenali diri sy Dan isteri..
setiap ujian Allah tu ada hikmahnya. Setelah lebih setahun 5 bulan, isteri tercinta terlantar akibat kemalangan jalan raya, sebelah tangan di potong dan beberapa bahagian tulang patah dari kaki hingga ke tulang belakang, kami diuji lagi baru-baru ini apabila doktor mengatakan sebelah kaki isteri perlu dipotong di atas paras peha akibat masalah saraf yang menjelaskan pengaliran darah. Allahuakbar.
Bukan memohon simpati, tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sehingga kini tiada lagi sebarang pampasan di terima daripada insurans atau mana2 pihak berkaitan. Entah di mana silapnya. Pendapatan bulanan yang ada habis digunakan membeli ubat isteri. Pasti Allah sedang menguji hambaNya yang kerdil dan penuh dosa ini. Jika ada yang terdetik hati ingin membantu, hanya Allah membalas jasa kalian.
Mereka yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan menerus BANK ISLAM 05058023969373(Isteri yg sakit) *NORAMALINA BINTI ARIFIN*
MAYBANK 155108940110 SYARIFUDEAN BIN DRAWAH(suami) Qudin Drawuh atau maklumat lanjut hubungi Syarifudean di talian 013-2992524.
Semoga urusan pasangan ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Kredit: Berita Harian & Qudin Drawuh