Allahu…terasa berat sungguh ujian yang ditanggung oleh wanita ini,  baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat covid-19 dan kini dirinya pula harus kuat bertarung melawan virus tersebut.

Sebagai saudara sesama Islam, kita hanya mampu berdoa untuk kesembuhan buat dirinya  dan juga ayahnya yang juga kini sedang di kuarantin di Hospital Permai Jb sejak 19 Mac lalu.Semoga keluarga ini akan terus kuat dan sembuh sepenuhnya.Amin…

Ini perkongsiannya.


Assalamualaikum sahabat syurga ku semua…saudara mara seislam ku…

Salam kemaafan….

Suami Baru Meninggal, Kini Dirinya Diuji Lagi Apabila Sah Positive Covid-19!

Saya sedang di uji Allah swt dgn ujian yg hebat… insyaAllah saya perlu kuat utk semua rakan wanita di luar sana… saya sayang anda semua kerana Allah..lillahitaala..

Saya telah di sahkan positive covid 19 pd smlm 30 hb Mac 2020.. setelah membuat saringan di pkd titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi..

IKLAN

Walau tiada simptom

Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yg meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid.. korban ke 24 ( kes ke 1056)

Suami Baru Meninggal, Kini Dirinya Diuji Lagi Apabila Sah Positive Covid-19!

Maka saya juga telah di sahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa apa…saya kini berada di wad di raja( wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil c.. ( maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda..

Mohon doakan ayah

Ayah saya Sahak Sahak Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai Jb sejak 19 hb mac yg lalu sehingga kini… dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat… beliau juga positif covid 19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalamanan dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab) … mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad…

IKLAN

Keluarga yg lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative.. #prayforsimpangrenggam

Mohon sahabat semua agar mendoakan kami tabah.sabar. redha.. cekal.. kuat semangat…hadapi segala ujian Allah swt ini..

Sesungguh nya ujian yg Allah beri ini utk kita kerana kita mampu dan kuat utk menghadapi nya.. dan inilah bukti kekuasaan Allah utk kita beriman dan tunduk kepadaNYA.. kita mohon doa agar Allah ampun kan kita…maafkan kita .. Allah uji kerana Allah syg.

saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah swt…sesungguhnya kita semua makhluk Allah yg di kasihi dan di sayang.. ya Rahman ya rahim.. Yang maha Agong..

IKLAN

Jaga diri semua… stay at home.ikut arahan kerajaan. .. jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia…amalkan minum lemon… makan suppliment… kuatkan antibodi ya..kuatkan imunisasi… jgn fikir bukan bukan..always thinking positive…

 

Usah kecam, tapi doakan

Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang… mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. kami tidak minta sakit ini.. .kami insan terpilih.. . mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah swt.. dan sentiasalah send aura positive kepada kami..jgn call kami nangis nangis ya…

Al fatihah utk Allahyarham suami ku tercinta.. Mohd Fairos bin Saberon… damai lah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid..Al fatihah ( di baca) .

Salam kasih sayang untuk semua….Terima kasih sahabat yg mengirim kan aura positif utk saya.yg solat hajat utk saya.yg mendoakan saya.. dan yg pinjam kan smgt kepada saya..always call sy bg semangat.. dan kirim doa… love u olss..  saya sayang u ols.. tak dpt nak tag nama sahabat kerana semua nya sgt baik…

Aiza Syafinaz binti Hj Shahak
Pejuang covid 19
0137572177
Hospital Kuala Lumpur HKL

sumber : Aiza Syafinaz Aiza

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI