Perkongsian pengalaman hidup yang dilalui oleh seorang kakak ini dalam melayari asam garam hidup berumah tangga elok dijadikan pengajaran bersama.
Perkongsian kisah itu penting agar kita sedar, walau terasa ujian yang diterima begitu berat masih ada lagi orang lain yang lebih besar dugaan yang diterimanya namun tetap sabar.
Ini secara tidak langsung diharapkan kisah yang dikongsikan ini mampu menjentik dan mendidik hati untuk menjadi lebih sabar.
Jadi apa kata ikuti perkongsian ini.
Saya mesti kongsi kesah ni.
Kakak ni umur 38 tahun. Kerja office, gaji dia almost 6K sebulan. Anak 2 orang. Bila dah total up gaji suami isteri, dapat lah 8K sebulan.
Memang lebih dari cukup lah kan. Ya, gaji dia lagi besar dari gaji suami. Kebanyakan kelengkapan dan hutang piutang rumah, memang dia yang tanggung.
Entah macam mana, Suami dia diberhentikan kerja. Puas jugak lah minta kerja merata tempat, tapi tak dapat. Kita pun tahu kan, zaman sekarang ni susahnya nak cari kerja.
Asalnya, dia cuma nak bantu suami, tapi akhirnya, dia kena tanggung semua.
Setahun 2 boleh la bertahan lagi kan. Masuk tahun ke 3, suami dia dh selesa tak bekerja. Semua atas bahu isteri. Kerja rumah pun tak membantu, dengan duit rokok, duit ngeteh pun kakak ni tanggung.
“Akak ikhlas, dik. Akak tak nak suami akak rasa akak pandang rendah pada dia. Akak tak nak dia kata, bila dah susah macam ni, akak nak berkira pulak.”
Dalam masa yang sama, si isteri berkali-kali minta suami cari kerja lain. Anak-anak makin besar, dengan yuran sekolah lagi, belanja harian lagi. Semua benda pun nak guna duit. Menyimpan memang takde langsung.
Boleh faham kan struggle tu macam mana.
Masuk tahun ke 5, suami kakak ni dapat kerja cleaner. Gaji dalam RM1000 macam tu. Dengan umurnya yang dah masuk pertengahan 40-an,dengan masalah kesihatan, dia mula bekerja semula.
Kakak ni bersyukur sangat-sangat. Biarlah gaji kecik pun, sekurang-kurangnya duit rokok tu, tak perlu lah dia nak tanggung.
Tempat kerja suami kakak ni dekat dengan masjid. Betul lah kan, hidayah Allah ni selalu rahsia. Pada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa.
Tak tahu tazkirah atau ceramah yang mana 1 yang menyentuh jiwanya, dia mula berubah setelah 5 bulan bekerja.
1 hari, kakak ni nampak ada nota yang ditulis oleh suaminya.
“Awak, selama saya kahwin dengan awak, saya tak pernah bagi awak nafkah yang sepatutnya saya bagi. Ni ada RM30 untuk nafkah awak. Selebihnya, awak bayarkan duit bil api air ye. Abang mintak maaf, nilainya tak banyak. Semoga Allah murahkan pintu rezeki abang untuk tebus balik nafkah yang selama ni abang tak pernah bagi. Halalkan semuanya ya, sayang.”
Menangis kakak ni bercerita. Kesabaran, kesetiaan, kasih sayang, dan air mata yang sudah sekian banyak tumpah, rasa terbayar.
Selama kahwin, tak pernah suami dia bagi nafkah duit yang khas untuk dirinya. Kali ni, walaupun nilainya cuma RM30, tapi dia rasa sangat bahagia. Sangat dihargai. Sangat disayangi. Dia halalkan semua nafkah yang pernah diabaikan dulu.
Kesan paling ketara lepas kejadian ni, anak sulung diorang mula berubah. Dari jenis yang suka marah-marah, cepat emosional, sekarang lebih mudah didekati. Anak-anak jarang sangat-sangat jatuh sakit. Paling best, semua benda rasa cukup.
Saya suka sangat cerita kakak ni.
Bab nafkah ni, nampak simple je. Lagi-lagi untuk isteri yang bekerja. Memang ada duit sendiri. Yang suri rumah lagi lah penting bab ni. Duit sendiri langsung takde. Penghargaan juga buat isteri yang sudah bantu uruskan rumah sepenuhnya. Jangan buat-buat lupa.
Kesannya, mungkin pada kesihatan anak-anak, mungkin juga pada sikap anak-anak, atau mungkin pada rezeki material. Tanggungjawab tetaplah menjadi sebuah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan walaupun sikit nilainya.
Isteri ni, sangat tahu kembung kempis poket suami. Jangan malu untuk bincangkan bab nafkah ni. Biar sama-sama berlapang dada dan faham situasi masing-masing.
Ingat ni: Boleh jadi rezeki tersekat sebab nafkah yang tak tertunai.
Sri A’jilah Samsir,
Jangan amik mudah. Kalau dah namanya keWAJIBan, tetaplah perlu ditunaikan.
sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir