“Suami Ambil Dokumen Perubatan Di Rumah.” Alami Komplikasi Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Meninggal Di Parkir Kereta!

Share

Ajal maut , jodoh pertemuan segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya tidak mampu menolak ketentuan tersebut.

Dalam kegembiraan bakal menyambut orang baru dalam rumah tangga, lelaki ini diduga dengan ujian yang cukup besar. Bukan sahaja tidak sempat melihat si kecil lahir, malah dia juga kehilangan isteri tersayang buat selama-lamanya.
Dalam satu perkongsian menerusi Twitter milik Mohd Redzuan Abdul Manap, dia telah memuat naik berita sedih tentang seorang wanita hamil 7 bulan meninggal dunia di dalam kereta. Ketika kejadian, suami wanita berkenaan sedang mengambil dokumen perubatan dirumah.
Kejadian menyayat hati. Wanita mengandung meninggal dunia dalam kereta di parkir pangsapuri di Kota Damansara, Selangor selepas alami komplikasi dgn kandungannya itu. Ketika kejadian, wanita dan suami singgah ambil dokumen untuk ke hospital selepas dirujuk klinik berhampiran.


Difahamkan, wanita itu dan suaminya pulang sebentar ke rumah di Kota Damansara dari klinik selepas dia dirujuk ke hospital kerana mengalami komplikasi terhadap kandungannya. Suaminya telah naik sebentar ke rumah bagi mengambil dokumen penting sebelum turun dan mendapati isteri sudah meninggal dunia.


Apa yang lebih menyedihkan, Usia kandungan sekitar 7 bulan. Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil.

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap