Hidup ini sementara untuk kita harungi bersama pasangan hidup. Begitu juga dengan suami tersayang.
Bagi seorang isteri, rumahtangga yang bahagia adalah kehidupan yang diimpikan.
Keluarga sakinah terbentuk daripada suami yang memimpinnya.
Ikuti perkongsian ini.
Syurga untuk suami dan ayah
1. Perkataan takpe yang mengundang bahaya
Seorang lelaki yang telah berkahwin, bukan sahaja perlu menanggung dosa sendiri, malah dia juga perlu menanggung dosa si isteri, anak-anak perempuan yang belum berkahwin dan anak-anak yang belum baligh.
Beringat-ringatlah wahai isteri dan anak perempuan, jangan asbab kita suami dan ayah yang baik ini Allah humban ke dalam neraka.
Jangan tertipu dengan perkataan takpe…
Takpe buka aurat kerana belum dapat hidayah.
Takpe bertiktok sampai menampakkan keghairahan kerana itu trend terkini.
Takpe buat tutorial makeup kat laman sosial kerana nak jual products.
Takpe buat video prank sampai masuk bilik, tidur atas katil sebab nak buat orang terhibur.
Allahuakbar…Banyaknya dosa yang nak suami dan ayah tanggung.
Hargailah tanggungjawab seorang suami dan ayah. Patuh segala arahan dan permintaannya.
Besar tanggungjawab mereka yang sebenar.
Ads
Berperanan sebagai tiang dalam masyarakat bermaksud menguasai ilmu dunia dan juga akhirat. Jika pekerjaannya ahli perniagaan, Engineer, Arkitek, Doktor, Guru dan sebagainya, paling koman dia perlu jadi imam solat lima waktu untuk anak isteri, mesti pandai baca al-Quran dan mengajarkannya ( jika hafiz al-Quran lagi hebat nilainya di sisi Allah), baca tahlil serta miliki ilmu asas pengurusan jenazah jika berlaku kematian jiran terdekat serta menguasai asas ilmu faraid.
Jika kita longgokkan macam2 masalah pada mereka, berpeluangkah mereka meningkatkan diri untuk menjadi lelaki Qawwamah mengikut kehendak Ilahi…
Mereka hanya manusia.
2. Telan semua peel isteri dan anak dengan sabar
Kena rajuk, kena marah nga isteri tapi nafkah jalan macam biasa. Ada ayah atau suami yang sanggup korbankan keinginan. Mereka ada perasaan marah, sedih, gembira, mahu disayangi, disantuni, dimanja. Tapi kita buat seolah mereka takde perasan itu.
Yang kita nampak mereka kuat, mereka kebal tapi jika kita selak satu persatu pengorbanan mereka.. boleh menyesal seumur hidup dibuatnya kerana kita tidak pernah nak jaga perasaan mereka.
Kena ingat satu perkara.Suami adalah kunci syurga untuk isteri.
.Dosa isteri dan anak perempuan pula jadi penyebab mereka ke neraka.
KEBAIKKAN SUAMI
Ingatlah kebaikan seorang suami dan ayah. Mereka sanggup berdikit-dikit setiap kali mendapat gaji, tidak pernah dahulukan diri sendiri, tetapi meletakkan keperluan keluarga sebagai pariority.
Ads
Teringat almarhum ayahanda, bekerja sebagai pegawai halaqah ( menyampaikan kuliah agama dari masjid ke masjid), gaji tidak sebesar manapun tetapi pengorbanan untuk membesarkan anak seramai 9 orang, sanggup travel sejauh 50 KM ( kadang-kadang naik motor) dan bermalam di surau bertemankan suara unggas dan nyamuk, tidur beralaskan tikar ( surau kayu dan banyak lubang). Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah sempit malah sentiasa mencukupi.
Allahuakbar..
pengorbanan inilah yang telah membentuk jati diri saya sebagai anak. Inilah motivasi paling hebat.
3. Lindungilah aurat isteri dan anak.. Please
Melindungi dan mengasihi ahli keluarga , bermaksud menyelamatkan mereka dari bakaran api neraka. Memilih pakaian yang baik-baik untuk ahli keluarga, menyediakan keperluan yang baik-baik, bekalkan pengetahuan yang baik-baik. Wajib..Dek kerana perubahan zaman, tanpa sedar kita teruk dijajah dengan 3F, Fesyen, Fun (Hiburan) dan Food ( Makanan).
Semuanya terhidang, semakin lama fesyen yang melampau sudah dianggap biasa-biasa, hiburan yang keterlaluan juga menjadi halwa, begitu juga makanan yang datang dari pelbagai sumber tidak termampu untuk dibeza. Hanya ilmu, kebijaksanaan, iman dan takwa yang mampu membimbing diri untuk kekal istiqamah dalam sunnah.
4. Maafkanlah isteri dan anak-anak.. Sesungguhnya mereka adalah ujian dari Allah
Sikap orang islam yang paling baik ialah sabar dan pemaaf. Bijak mengawal emosi dan kemarahan dalam apa jua keadaan. Inilah bahagian yang paling susah. Tidak ramai orang lelaki yang dapat mengawal emosi apabila berada dalam keadaan tertekan, terutamanya apabila diasak dengan ujian yang bertubi-tubi.
Seorang suami yang adil kepada isteri dan anak-anaknya tidak akan membuka aib mereka di hadapan orang lain. Tidak merendahkan antara satu sama lain dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh ahli keluarga sekalipun ia kebaikan yang kecil.
Amalkan sunnah bermusyawarah apabila berdepan dengan masalah tertentu. Keadilan yang dituntut oleh agama ialah bagaimana seorang lelaki itu bertindak waras terhadap keluarganya.
Ads
5. Hormat suami dan ayah sebagai pemimpin keluarga
Nabi pernah bersabda:
Setiap kamu adalah pemimpin
Dan setiap pemimpin bertangungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.
Seorang imam (pemimpin) bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah pimpinannya.
Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap ahli keluarga serta mereka yang terletak di bawah tanggungannya..
(Sahih Bukhri)
Tanggungjawab paling besar seorang lelaki terhadap ahli keluarganya ialah mengajar tentang kalimah tauhid, ilmu tentang ketuhanan, menerapkan rasa kasih dan sayang pada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah Baginda di dalam rumah dan selalu membugarkan segala kisah perjuangan Baginda untuk ummat manusia.
Isteri yang sayang dan kasih kepada Rasulullah SAW dengan asbab dipupuk oleh seorang suami akan menjadikan kehidupan ini diberkati , melahirkan zuriat yang baik dan cerdik.
Tidak ada contoh paling baik yang Allah bekalkan untuk manusia kecuali Nabi Muhammad SAW.
Ingat! Jangan pernah memandang kehidupan beragama ini jumud dan tidak moden, kitalah yang membentuk persepsi sedemikian. Nak bahagia cari orang yang beragama, nak gembira cari sahabat yang beragama, nak cemerlang dan berjaya kena jadi orang yang beragama nak genggam dunia dan akhiratpun mesti bijak ilmu yang selari dengan agama.
Allahumma Thabbit Qalbi Fi Diinik.
Yakin dan percayalah bersikap adil dan seimbang dalam setiap tindakan mampu menyelesaikan banyak masalah sosial.
Biarpun PKP 3.0, beraya tanpa kunjung mengunjung, namun raya tetap raya. Tetap ada baju raya untuk dipadankan pada sambutan hari raya Aidilfitri.
Malah tak lengkap sambutan hari raya jika tak rakam gambar bersama keluarga. Perkara yang penting dibuat selepas solat hari raya.
Sudah tentu gambar raya kenalah cantik kan. Bagi yang ada anak yang masih kecil, memang mencabar untuk memastikan mereka duduk diam sebentar. Tentu huru hara dibuatnya.
Namun tetap bersabar demi memastikan gambar tetap cantik! Memang benarlah, struggle is real! Begitulah yang dilalui oleh pelakon cantik, Amyra Rosli dan suami Amar Baharin yang kelihatan sabar menghadapi kerenah anak kala merakamkan gambar keluarga hari raya.
Menerusi muat naik gambar terbaru di Instagram Amyra Rosli, berkongsi beberapa gambar anak-anak ketika bergambar. Ada yang tidur, ada yang panjat tangga, tanggal baju dan mengamuk pun ada!
Mama dah singsing lengan baju
Korg selalu nampak indah sungguh celebrity ni depan camera kan? Kali ni kita tunjukkan reality sebenar artis dibelakang camera.. 😂 Moral of the story : artis pun manusia biasa.. xde lebih xde kurang.. sama je.
Peminat terhibur dengan gelagat anak-anak pasangan pelakon ini. Ramai mengakui, itu cabaran jika rakam gambar hari raya bagi yang mempunyai anak kecil.
Ujian hidup seseorang tidak sama, ada yang bernasib baik kehidupan mereka aman bahagia. Namun ada pula yang diuji bertalu-talu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Melalui kiriman terbaru yang kini tular di laman facebook, nasib seorang wanita yang terpaksa tidur di dalam kereta bersama anak kecilnya selepas baru sahaja diceraikan oleh suaminya Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak.
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020. Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Kisahnya disiarkan menerusi laman facebook Uncle Kentang selain turut mendapat perhatian pusat Zakat Selangor. Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi. Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang. Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan :
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Siapa sahaja yang tidak sedih malah marah bila terbaca berita berkaitan kes dera kanak-kanak apatah lagi bila dilakukan oleh pengasuh yang berkerja di pusat jagaan kanak-kanak tersebut.
Pastinya setiap ibu ayah mengharapkan anak-anak yang dihantar di pusat jagaan kanak-kanak dapat menggalas tugas menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sebaik mungkin.
Namun tiada siapa dapat membayangkan mereka pula tergamak mendera bayi yang baru berusia 4 bulan hingga koma sebagaimana viral kisah ini dikongsikan di media sosial baru-baru ini. Apalah dosa anak sekecil itu hingga sanggup diperlakukan hingga sedemikian rupa.
Memetik laporan akhbar, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Terengganu apabila seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Darah Beku Dalam Kepala Bayi
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.
Baru 3 Hari Daftar Masuk
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.