“Suami Adalah Anugerah Terindah Untuk Kita Sebagai Isteri.” Cara Wawa Hargai Suami Tarik Perhatian Warganet.

Share

Salah satu menjemput rezeki yang melimpah ruah adalah menjaga hubungan dengan suami isteri. Begitulah yang diakui sebelum ini oleh pelakon Wawa Zainal yang mengakui rezekinya sekeluarga bertambah setelah menjaga keharmonian rumahtangganya bersama suami, Aeril Zafrel.

Jika dilihat instagram milik kedua pasangan romantik ini, ternyata kedua-duanya kelihatan mesra bagaikan pasangan yang sentiasa bercinta.

Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sentiasa menonjolkan kemesraan.

Malah, cara pasangan ini menjadi inspirasi kepada pasangan diluar untuk menjalani kehidupan yang ceria.

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Menerusi perkongsian terbaru milik Wawa, telah melontarkan soalan ringkas kepada peminatnya iaitu “Perempuan.. dia rasa suami dia la paling hensem di dunia.. hahahhaha setuju ke setuju sangat?? tag suami klu setuju.”

 

HARGAI SUAMI

Pertanyaaan ini biarpun nampak ringkas tetapi rata-rata netizen mendoakan pasangan ini kekal bahagia dan menjadikan pasangan ini sebagai idola.

Antara komen warganet adalah

Setujuuu… Suami adalah anugerah terindah Allah utk kita sebagai isteri.Sama2 bkasih syg jaga umah tangga bahagia.

“Alhamdulillah Anugerah ALLAH terindah pada wawa.. InshaaALLAH sentiasa bersyukur apa yg da di beri::
Semoga bahagia jumpa di Syurga Firdaus.

“Pasangan yang paling tak annoying bila sweet 2.. semoga Allah jaga hubungan kalian sampai ke syurga.

“betul kan. Kadang sampai si suami rasa rimas sikit sebab kita asyik tenung dia lelama.

Sumber: Instagram w4w4_zainal