Berita

Struktur Baru Akaun KWSP, Duit Kecemasan, Ramai Tarik Nafas Lega

Share

Khabar gembira buat rakyat Malaysia, akhirnya  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  melakukan penstrukturan semula akaun ahli yang menyaksikan penambahan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel untuk ahli berusia bawah 55 tahun, bermula 11 Mei depan. Tentu rasa lega apabila akaun ini boleh menjadi dana kecemasan anda apabila diperlukan.

Terdahulu KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan pengenalan Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan seterusnya yang terbaharu Akaun Fleksibel (Akaun 3)

Bagi yang kurang jelas dengan penstrukturan baru akaun KWSP, Siraj Fahmi, Financial Planner Representative Licensed by Securities Commission menerusi facebook miliknya menjelaskan dengan lebih lanjut. Ayuh ikuti perkongsian beliau. Moga memberi manfaat keapda semua.

Struktur baru akaun KWSP dah keluar guys.
Confirm akan ada 3 akaun bermula 11 May 2024 ni.

Nama pun dah bertukar. Bukan lagi guna akaun 1 akaun 2.
1️⃣ Akaun Persaraan (ganti Akaun 1)
2️⃣ Akaun Sejahtera (ganti Akaun 2)
3️⃣ Akaun Fleksibel (akaun baru)

Baki dari akaun 1 & 2 akan maintain dalam akaun Persaraan & Sejahtera. Akaun Fleksible akan mula dari kosong.
Bermula 11 May, pecahan duit yang masuk ke KWSP akan jadi,
75% ➡️ Akaun Persaraan
15% ➡️ Akaun Sejahtera
10% ➡️ Akaun Fleksibel

Pencarum juga ada pilihan untuk pindahkan sebahagian dari akaun Sejahtera masuk ke akaun Fleksibel. Boleh rujuk gambar untuk berapa pecahan yang boleh tu.

Kalau nak buat pindahan atas ni, boleh buat melalui i-Akaun atau self service terminal di pejabat KWSP between 11 May – 31 August

Basically kalau nak mudah bawak keluar duit dari akaun Sejahtera tanpa perlu ikut syarat biasa akaun 2, boleh transfer siap-siap ke akaun Fleksible sebab boleh withdraw anytime, minimum RM50.

Bagus ke tak struktur baru ni?

Ada pros & cons of course.
Pros sebab boleh jadi salah satu emergency source of fund.

Yang pandai invest sendiri, boleh guna jadi capital.
Cons, kacau retirement fund kalau selalu sangat keluarkan, kurang portion yang boleh guna untuk housing related withdrawal (beli rumah, bayar instalment) sebab dah kurang 5% effectively.

So akan ada yang bersyukur, akan ada yang mungkin tak berapa setuju. Bergantung kepada tahap kewangan masing-masing.

Sumber: Siraj Fahmi, Financial Planner Representative Licensed by Securities Commission

MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

 

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my