Namun siapa sangka, setiap kejayaan itu pastinya ada pengorbanan yang harus dilakukan. Begitu juga dengan penyanyian Kaka Azraff menerusi perkongsian di Instagram miliknya, ibu muda ini melahirkan rasa syukur mempunyai suami yang memberi sokongan dan sanggup berkorban demi kejayaannya.
Semalam (ahad), lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Menjulang trofi dalam saingan melayakkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Malah, beliau sendiri membawa anaknya ketika membuat latihan bagi memantapkan persembahan. Akhirnya semua ini berbaloi apabila lagu nyanyiannya mucul sebagai juara.
Ikuti perkongsiannya.
Thank you for everything my love. Izinkan i focus, takeover my routine, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi i tidur lama. Bagi idea, plan kan our stage performance and mood. Macam2 u sacrifice utk i settlekan AJL, thank you sayang! Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter , my bestfriend.
BAWA ANAK BUAT LATIHAN
Practice.. terpaksa bawak anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy2 mesti paham, kan? Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat PEACE!
Sumber: Kakaazraff
Pergaduhan Antara Suami Isteri Kadangkala Berlaku. Ini Tip Kena Alert!
Isi Kandungan
ToggleTipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama. Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.
Pergaduhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama.
Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi.
Apabila hal ini berlaku, suami isteri dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu. Ini kerana pelanggaran “sempadan” tersebut akan menyebabkan pergaduhan menjadi semakin buruk.
1. Jangan menyebut dan melibatkan ibu bapanya
Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya.
Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.
Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya.
Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.
- Jangan sesekali mengungkit setiap pemberian yang kita berikan.
Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.
Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan. Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.
Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia membebel lagi..”
Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu.
Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.
- Jangan sebut kita ingin meninggalkannya.
Gaduh-gaduh pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi.
Jangan cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita sudah tidak mahukan pasangan kita lagi.
Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu sayang buat macam tu lagi, sayang tak akan jumpa abang lagi..” atau “Perangai awak ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!..”.
Jangan perbesarkan pergaduhan kita dengan kata-kata seperti ini.
- Jangan bertengkar depan anak-anak
Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka.
Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi.
Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula.
Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.
Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.
5. Jangan mengangkat tangan atau memegang sebarang objek
Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita. Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.
Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar.
Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.
- Jangan sebut kekurangan pasangan
Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.
Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya.
Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya. Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu bergaduh. Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
- Jangan tinggikan suara sehingga ramai orang dengar
Ketika bergaduh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar.
Perbuatan itu hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam.
Jagalah maruah pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga.
Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.
- Jangan bergaduh dalam tempoh yang lama
Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan. Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru bergaduh.
Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa. Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan.
Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika bergaduh.
Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.
Penutup: Wujudkan rumahtangga yang harmoni
Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita. Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa. Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.
Sumber: tudungsicomel.com
Sebulan Berpuasa, 3 Menu Berasaskan Ikan Ni Perlu Buat. Enak & Mudah Je Nak Masak!
Sebulan berpuasa tentu kita sebagai ibu akan memikirkan menu yang enak untuk dijadikan hidangan untuk berbuka mahupun bersahur.
Oleh itu, mungkin 3 menu berasaskan ikan yang ini boleh dijadikan antara senarai menu perlu buat untuk Ramadan kali ini.
Resipi Sup Ikan Merah
Tumis sampai brown bawang merah, bawang putih, dan halia(hiris boleh, tumbuk boleh)masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap..masukkan serai sebatang( titik) ,akar ketumbar..dan sup bunjut.. masukkan air..
Bila dah reneh, masukkan ikan..
Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa..masukkan tomato dan batang celery.. dah siap boleh taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kesukaan..
Saya tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja..
Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau..saya tak letak..
Credit : Ainn Mustafar
RESEPI IKAN MERAH MASAK CUKA
Memang ramai Yang suka masakan nih,tapi teragak2 Nak masaksebabnya risau terlebih masam,terkurang masam,terlebih masin..nampk simple masakan nih Kan..,tapi tak kena pada Cara memasaknya,kemungkinan Kurang selera mahu memakannya.
BAHAN-BAHAN
1 kilo potongan ikan merah
3-4 sudu besar cuka masakan
10batang cili padi merah(jangan dikatok)
½ biji timun Di potong
1 Biji tomato(dibelah 6)
1 sudu besar biji sawi
1 Biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih Di hiris
2 cm halia(dihiris)
1 batang serai(dikatok)
½ sudu kecil garam
400-500ml air
1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi
¼ sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK
1)ikan dicuci bersih Dan direndam sebentar bersama air garam,bilaskan Dan lumurkan bersama garam Dan kunyit untuk mengoreng ikan
2)panaskan minyak didalam kuali,masukkan biji sawi(biarkan biji sawi meletup letup)sebentar
3)masukkan halia,bawang putih Dan serai,masak sehingga sedikit keperangan Dan Dan Naik bau..
4)masukkan bawang merah Dan cili padi merah
5)masukkan cuka Dan air,serbuk kunyit,garam Dan serbuk perasa(Rasakan seperti Yang dimahukan)
6)madukkan ikan,timun Dan tomato…biarkan ianya masak seketika..Dan padam Kan API
7)siap dihidang Dan dimakan bersama nasi
Kredit: nurul Ateekah mahn
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** Kredit resepi asal dari blog azie kitchen.
Cikgu Ni Buat Percubaan Tanam Halia Dengan 7 Langkah. Hasil Tuaiannya Cukup Lumayan!
Melalui perkongsian dari seorang guru yang berkhidmat di SMK Tun Fatimah Hashim, Tebrau, Johor, siapa sangka percubaanya menanam halia dengan caranya tersendiri membuahkan hasil yang cukup luar biasa.
Ilmu dan perkongsian seperti ini paling tidak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang asalnya menanam halia sekadar suka-suka di laman rumah, boleh memikirkan untuk beralih menjadi lebih serius bagi menjana pendapatan.
Oleh itu, ikuti dahulu teknik dan langkah yang dipraktikkan oleh cikgu Izra ini yang dikatakan mampu menjanjikan hasil tuaian halia lebih berganda. Jom semak!
Tak menang tangan saya nak balas mesej bertalu-talu FB, wassup dan mesej mohon belajar tanam halia. Apa yang saya ajar ini adalah pengalaman dan mungkin sesetengah orang akan kata bukan cara terbaik. Apapun, saya orang praktikal. Suka mencuba. Percubaan itu alhamdulillah berjaya pula. Berikut kaedah-kaedahnya:
1) Halia yang saya tanam ialah halia tua dan saya beli sahaja di pasaraya. Nak tentukan sama ada tua atau muda ialah halia tua agak keras dan bila dihiris akan kelihatan sabut-sabutnya.
2) Saya tanam guna polibeg dan masukkan hanya sabut kelapa semata-mata. Dahulu saya guna polibeg kecil dan hasilnya cecah 2 kilogram sepolibeg dalam tempoh 4 bulan. Kali ini saya guna polibeg besar dan nak tengok hasilnya selepas 6 bulan. Harap-harap dapat lebih 3 kilogram. Doakan saya ya
3) Bila tanam, korek sedikit jer sabut tu. Jangan tanam dalam-dalam. Nanti lambat tunas keluar. Kalau dalam sangat, dikhuatiri mata tunas akan lemas dan akhirnya mati.
4) Kali ini, lepas saya tanam, saya letakkan sedikit tahi ayam kering. Pemerhatian saya antara polibeg bersabut bertahi ayam dan tidak bertahi ayam amat ketara pertumbuhannya. Dapatan ini membenarkan teori bahawa ada kebaikan letak sedikit baja tahi ayam tu.
5) Halakan mata tunas ke bahagian atas, jangan ke bahagian bawah. Nanti tak bolehlah tumbuh daunnya.
6) Saya siramkan baja AB dalam 2 atau 3 kali jer seminggu. Kemudian air biasa sahaja. Kadang-kadang tak sempat pun nak siram, hanya bergantung air hujan jer, he3
7) Tips terakhir ialah kena selalu belai manja. Sebenarnya bukan pokok halia sahaja saya buat malah semuanya saya puji dengan kasih sayang dan doakan fatihah 3 kali tiap pagi dan petang, dengan niat pahalanya disedekahkan kesemua tanaman dengan berharap Yang Maha Esa menyuburkan tanaman dan mengelakkan sebarang penyakit. In shaa Allah sama-sama kita belajar dan usahakan.
sumber : Tengku Izra Panglima Perang