Namun siapa sangka, setiap kejayaan itu pastinya ada pengorbanan yang harus dilakukan. Begitu juga dengan penyanyian Kaka Azraff menerusi perkongsian di Instagram miliknya, ibu muda ini melahirkan rasa syukur mempunyai suami yang memberi sokongan dan sanggup berkorban demi kejayaannya.
Semalam (ahad), lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Menjulang trofi dalam saingan melayakkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Malah, beliau sendiri membawa anaknya ketika membuat latihan bagi memantapkan persembahan. Akhirnya semua ini berbaloi apabila lagu nyanyiannya mucul sebagai juara.
Ikuti perkongsiannya.
Thank you for everything my love. Izinkan i focus, takeover my routine, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi i tidur lama. Bagi idea, plan kan our stage performance and mood. Macam2 u sacrifice utk i settlekan AJL, thank you sayang! Berkat doa you semua ni InshaAllah. My no1 supporter , my bestfriend.
Practice.. terpaksa bawak anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy2 mesti paham, kan? Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat PEACE!
Sumber: Kakaazraff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kita mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresikan rasa kecintaan dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Begitu juga buat anak muda berbangsa Cina ini yang juga merupakan graduan Harvard, bangga menggayakan baju Melayu di hari konvokesyennya.
Memetik laporan di Sinar Harian, Andrew Loh, 35, mengambil keputusan untuk berpakaian baju Melayu ketika menghadiri konvokesyen tersebut kerana universiti tersebut menghargai nilai kepelbagaian mengikut kewarganegaraan, etnik, jantina, agama, budaya, bahasa dan banyak lagi.
“Kami ditempatkan di sini untuk membawa pengalaman sedia ada ke dalam kelas dan seterusnya mendidik rakan sekelas dan bersaing antara satu sama lain secara sihat,” katanya kepada WeirdKaya.
Lakar Sejarah
Anak kelahiran Selangor, ini telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang menamatkan pengajian di dua universiti Ivy League.
Selain merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University, Andrew juga mengikuti pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Stanford University menerusi satu program berkembar khas.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, dia juga fasih berbahasa asing seperti Arab dan Romania, hasil daripada penglibatannya dalam politik antarabangsa.
Baju Melayu Curi Tumpuan
Tambahnya lagi, baju Melayu yang dipakainya itu telah menjadi topik perbualan dalam kalangan rakan sekelasnya dan rata-rata memuji Malaysia kerana kaya dengan sejarah dan budaya.
“Pakaian saya membuktikan bahawa pelajar Malaysia di luar negara tidak pernah melupakan asal usul mereka.
“Anak muda Malaysia sayangkan negara mereka. Kami anak Malaysia. Kami amat berbangga menjadi rakyat Malaysia,” jelasnya.
Dalam pada itu, Andrew turut memberi penghormatan kepada dua wanita hebat dalam hidupnya iaitu ibu dan neneknya yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kejayaannya hari ini.
“Pelbagai ujian dan rintangan semasa tempoh penjajahan Jepun di Tanah Melayu telah dilalui oleh nenek dan telah menjadikan dia seorang wanita yang kuat, optimistik dan tidak pernah mengeluh.
“Begitu juga ibu saya, diusia sembila tahun sudah mula bekerja bagi membantu menyara keluarga.
“Mereka menceritakan kisah-kisah tersebut supaya menjadi motivasi untuk saya berkerja keras. Kini cucu/anak lelaki mereka telah pun lulus dan ijazah yang saya perolehi ini adalah untuk mereka,” ujar Andrew.
Meskipun sudah memasuki umur separuh abad, tetapi gaya pembawakan dan karakter bersahaja selebriti jelita, Rozita Che Wan sama sekali tidak mempamerkan dirinya di usia itu.
Rozita yang lebih mesra diganggil Che Ta itu baru-baru ini ada berkongsikan saiz pinggangnya yang langsing itu dalam satu perkongsian di Instagram. Apa yang menarik perhatian adalah susuk tubuh badan Che Ta sangat langsing bak anak dara. Dan lebih mengejutkan, Che Ta berkongsi saiz pinggangya yang dikatakan hanya secekak.
“Pinggang kami saiz 22 inci hampa, secekak ja.
“Dia macam tak tau nak beza leher atau pinggang, hahahah!,” kongsinya.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia memaklumkan dirinya tidak mengamalkan diet bagi mendapatkan saiz tersebut sebaliknya hanya mengawal dalam pemakanan.
“Kalau ada yang tanya kami diet ka, takdak.
“Kami makan ja semua tapi berpada hampa,” ujar Che Ta.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Che Ta itu. Malah ada yang seloroh menyatakan pinggang Che Ta ibarat kerengga.
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.
Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.
Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.
Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.