Stres Sinki Asyik Tersumbat, Cuba Praktik 4 Langkah Ini. Cukup Mudah, Ibu-Ibu Pun Boleh Buat Sendiri!

Share

Masalah sinki tersumbat  menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.

Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.

1.  Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.

Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya  tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.

2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip  yang tersumbat tu.

3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.

4. Sudah selesai air turun, buka paip air  untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.

Sumber:  Mat Isa Muhamad Nor (facebook)