Diet adalah salah satu amalan yang baik dalam pengambilan makanan yang seimbang di samping dapat menyihatkan tubuh badan.
Namun, ada juga sesetengah orang yang terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan diet tidak sihat.
Bagi Syed Aiman yang merupakan suami kepada pelakon Linda Rafar juga tidak bersetuju isterinya mengamalkan diet.
Sebelum ini Linda mendedahkan bahawa suaminya itu melarang dia untuk bertubuh kurus.
Disebabkan hal itu, Linda sedikit tertekan kerana tidak boleh diet untuk menurunkan berat badannya.
Menerusi hantaran perbualan yang dikongsikan di media sosial, Linda meminta kebenaran suaminya untuk diet.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyebelahi pihak suaminya kerana mempunyai pengalaman yang sama.
Untuk rekod Linda Rafar dan Syed Aiman berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Sumber: Instagram Linda Rafar