
Diet adalah salah satu amalan yang baik dalam pengambilan makanan yang seimbang di samping dapat menyihatkan tubuh badan.
Namun, ada juga sesetengah orang yang terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan diet tidak sihat.
Bagi Syed Aiman yang merupakan suami kepada pelakon Linda Rafar juga tidak bersetuju isterinya mengamalkan diet.
Sebelum ini Linda mendedahkan bahawa suaminya itu melarang dia untuk bertubuh kurus.
Disebabkan hal itu, Linda sedikit tertekan kerana tidak boleh diet untuk menurunkan berat badannya.
Menerusi hantaran perbualan yang dikongsikan di media sosial, Linda meminta kebenaran suaminya untuk diet.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyebelahi pihak suaminya kerana mempunyai pengalaman yang sama.
Untuk rekod Linda Rafar dan Syed Aiman berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Sumber: Instagram Linda Rafar
Patutlah Anak Manja Dengan Fizo Omar. Tak Kisah Apa Anak Buat. Sweet!

Melihat keakraban ayah dan anak tentunya hubungan mesra terjalin indah. Lebih manis lagi,bila anak perempuan rapat dengan ayah.
Melihat paparan video yang dipaparkan di instagram Fizo Omar menunjukkan anaknya begitu mesra dengan ayahnya. Walaupun Fizo sedang tidur, anaknya leka menyolek wajahnya.
View this post on InstagramBila Cik Yam dapat berus make up! Habis smua muka orang dia nk tonyoh!
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Gelagat anaknya juga telah mencuit hati netizen.
Tonton Bawang Putih Bawang Merah, Ibu Ayah Dapat Ajar Anak Nilai Murni. Eh, Macam Mana Tu?

Bukan mudah nak besarkan dan didik anak-anak dalam zaman yang serba mencabar ni. Apatah lagi, mereka didedahkan dengan gajet dan banyak belajar dari kandungan di internet. Itulah yang paling mencabar kan?
Dalam dunia yang serba ‘advanced’, penting untuk ibu ayah tanamkan nilai-nilai murni pada anak. Salah satu cara yang efektif adalah melalui kisah-kisah dongeng. Pelik kan, tapi sebenarnya melalui kisah dongeng ni dapat membantu ibu ayah tunjukkan contoh yang mudah difahami dalam proses membentuk perwatakan anak.
Hikayat klasik seperti “Bawang Putih Bawang Merah” tidak hanya menghibur, tetapi juga kaya dengan pelajaran moral yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
Siapa sangka, biarpun kisahnya santai dan tidak terlalu ‘berat’ namun banyak elemen positif yang boleh digunakan ibu ayah dalam mendidik anak-anak:
1. Nilai Kebaikan dan Sikap Dermawan: Kisah “Bawang Putih Bawang Merah” menggambarkan perbezaan antara karakter baik dan jahat. Melalui karakter Bawang Putih, anak-anak diajarkan tentang pentingnya kebaikan hati, sikap dermawan, dan membantu sesama.
Ibu ayah boleh ajarkan pada anak-anak tentang bagaimana kebaikan dapat membawa kebahagiaan, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain.
2. Keadilan dan ‘Ganjaran’: Cerita ini juga mengajarkan konsep keadilan. Bawang Merah, yang bersikap egois dan jahat, mendapatkan akibat dari tindakannya. Orang tua dapat menekankan bahawa setiap tindakan akan ada kesannya, sama ada positif atau negatif.
Melalui kisah ini boleh dikongsikan dengan anak-anak, setiap perbuatan yang baik akan ada ‘ganjaran’ biarpun mungkin bukan di dalam bentuk material.
3. Ketabahan dan Keteguhan: Bawang Putih menunjukkan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang dihadapinya. Ini adalah nilai penting yang boleh diajarkan kepada anak-anak; biarpun hidup penuh rintangan, sikap positif dan keteguhan hati akan membuahkan hasil.
Ajak anak-anak berkongsi pengalaman mereka tentang situasi sulit dan bagaimana mereka menghadapinya.
4. Penghargaan terhadap Keluarga: Kisah ini juga memaparkan kepentingan hubungan keluarga. Bawang Putih sentiasa disayangi orang di sekelilingnya biarpun dia seorang anak yatim piatu.
Berbeza dengan Bawang Merah yang dibesarkan seorang ibu yang mementingkan sikap penting diri,membuli orang lain, bersikap kejam, tiada simpati dan empati serta banyak lagi elemen negatif yang membentuk perwatakan yang tidak baik.
Ibu ayah boleh berkongsi tentang kebaikan berbuat baik sesama ahli keluarga dan saling menyayangi untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Jom tonton Hikayat Bawang Putih Bawang Merah!
Melalui hikayat lama seperti Bawang Putih Bawang Merah, ibu ayah dapat mengajar nilai-nilai murni yang akan membentuk karakter terbaik dalam diri anak-anak. Cara paling mudah, ibu ayah boleh tonton drama bersiri terbaharu, ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’, sebuah kisah epik yang menggabungkan bakat terbaik tanah air untuk menghidupkan semula hikayat klasik ini dengan interpretasi moden, lengkap dengan kesan visual dan elemen fantasi.
Siri 4 episod ini yang telah pun bersiaran mulai 21 Oktober, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) merupakan karya terbaharu Datuk Yusry Abdul Halim.
Dibintangi pelakon berbakat besar seperti Mira Filzah, Nabila Huda, Kamal Adli, Datin Lisa Surihani, Shah Kimin, Azwan Serigala dan Rahim Omar,bersama bintang generasi baharu seperti Amalina Arham dan juga Tracie Sinidol.
Hikayat Bawang Putih Bawang Merah turut boleh distrim pada bila-bila masa di Astro Go dan juga Sooka app.
Tonton trailer ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’ di sini:
Untuk Redha Suami, Isteri Tidak Perlu Terlalu Hambakan Diri. Deep Perkongsian Ni.

Bahagia seorang itu adalah apabila sang suami sentiasa menghargainya. Malah ada yang sanggup menjadikan suaminya bagaikan ‘raja’ demi memastikan dirinya sayangi suami.
Namun hakikatnya isteri lupa bahawa caranya memakan dirinya sendiri. Malah dalam Islam tidak menyuruh para isteri terlalu menghamba dirinya kepada suami sehingga menyeksa diri.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.

Entahlah versi #RoadToJannah seorang isteri ini kadang kala menyusahkan diri sendiri. Sedangkan Isteri-isteri Rasulullah S.A.W contoh terbaik dalam mencari redha seorang suami.
Untuk cari redha dari seorang suami tidak perlu untuk l isteri itu sanggup ‘menghambakan’ diri siang malam demi memuaskan hati sang ‘raja’.
Ramai yang salah faham dalam konsep taat. Taat kepada suami bukan bermakna kamu kena basuh kaki suami,mandikan dia,buka stokin untuk dia. Taat disini kamu menunaikan hak hak Allah swt.
Contoh. Isteri mahu keluar rumah jumpa kawan kawan atau mahu bermesej dengan kawan kawan lelaki. lalu suami tidak izinkan. Disini taat perlu ada,jika isteri ingkar ia satu dosa.
BILA RAJAKAN SUAMI, DIRI ISTERI TAK TERURUS.
Secara peribadi,saya tidak mengharapkan layanan seperti tips yang viral itu. Kerana terlalu ingin merajakan suami awak sendiri tidak terurus,tidak ceria,mengadu sakit itu ini dek kerana ingin di lihat dimata suami sebagai awak itu isteri solehah.
Kamu sibuk dengan rumahtangga,sedangkan solat dihujung waktu,aurat tidak terjaga.
Bergaul bebas dengan bukan mahram,tergedik gedik buat live.
Saya dah ramai jumpa dan baca dari inbox dan whatsapp. Siang malam tak kira masa uruskan rumahtangga. Pada awalnya ia seronok,rasa nak disanjung suami,rasa nak jadi yang terbaik buat suami.
AKHIRNYA EMOSI ISTERI ‘PENAT’
Akhirnya sampai satu tahap,awak ‘pancit’,emosi awak penat,jiwa awak memberontak,awak depressed.
Suami langsung tidak memuji awak,tidak hargai awak,bahkan jika terkurang suami pula herdek awak kata lambat!,pemalas!
ISTERI JANGAN PAKSA DIRI. SUAMI ISTERI KENA SALING MELENGKAPI.
Isteri saya minta nasihat. Abang jika sayang ada kekurangan apa apa cakaplah. Bagi tahu lah apa lagi yang perlu sayang buat. Saya kata kepada isteri,jangan buat apa yang awak tidak mampu buat,buatlah apa tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk mencari redha Allah dan Rasul. Jika awak jaga hak Allah dan Rasul,pasti awak akan faham untuk taat kepada suami.
Saya kahwin dengan awak bukan untuk awak siang malam kena puaskan hati saya. Kita kahwin ini nak saling melengkapi,saling mengecapi kebahagiaan. Apa guna saya puas hati sedangkan awak merana diri.
Cukuplah sekadar isteri jaga solat,puasa ramdhan,jaga maruah,taat kepada suami dalam perkara ma’ruf. Inilah #RoadToJannah untuk isteri pilih syurga yang mana mereka kehendaki.
Coretan ini mungkin sesuai untuk saya,mungkin tidak untuk orang lain.
–EncikMatt–
#LelakiBurQa
Demi Jalan ke syurga.