Zaman sekarang boleh dikatakan semua pasangan suami isteri bekerja untuk menyara pendapatan bagi keluarga. Oleh yang demikian, anak-anak akan dihantar ke sekolah walaupun usia mereka masih mentah (2 tahun ke bawah) atau ke rumah pengasuh.
Di pejabat pula, hampir setiap ketika fizikal dan mental kita digunakan untuk melunaskan tanggungjwab di pejabat. Dalam fikiran kita bagi mendapatkan rehat yang mencukupi adalah sewaktu dirumah.
Itulah sebabnya kita akan berasa tidak sabar untuk sampai ke rumah apabila selesai waktu bekerja.
Ada juga yang berpendapat, sebaik sahaja pulang dan dapat melihat wajah anak, segala kepenatan dan kekusutan secara automatik akan hilang.
Bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang memiliki sikap yang berbeza.
Mana tidaknya, segala masalah yang berada di tempat kerja turut diheret ke rumah.
Biasanya, permasalahan akan menjentik kepada emosi negatif.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Natijahnya, apabila anak-anak melakukan kesalahan yang sedikit seperti menjerit kegembiraan, ada sesetengah mak ayah hilang pertimbangan.
Tak perlu pergi jauh, penulis mendengar sendiri keluhan seorang rakan yang sedih dengan sikap ibu bapanya yang terlalu fokus pada kerja sehingga beliau dan adik beradik berasa terpinggir.
Bukan itu sahaja, wajah mak ayah beliau memanjang berkerut lantaran terbawa-bawa dengan segala kekalutan di ofis.
Pernah berlaku beberapa kali, adik-adik rakan penulis menjadi tempat ibu bapa mereka melampiaskan kemarahan.
Ah! Mendengarkannya, hati penulis pun yang jadi tak keruan. Cara itu memang tidak adil, bukan?
Healthline menjelaskan, tindakan memarahi anak-anak mungkin menyebabkan mereka berdiam diri, namun ia tidak membantu memperbetulkan segala kesalahan yang dibuat.
Tindakan ibubapa memarahi dan menjerit kepada anak-anak juga boleh mendorong golongan itu menjadi lebih agresif sama ada daripada segi fizikal atau percakapan, kata PubMed Central seperti dipetik oleh Healthline.
“Keadaan itu secara tidak langsung boleh mengakibatkan kesan jangka panjang. Ia akan memicu kepada berlakunya gangguan keresahan, kurang keyakinan diri dan meningkatkan sikap untuk memberontak,” kata sumber berkenaan.
Hal yang sama turut dibincangkan oleh Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol.
Dr Redza telah memuat naik tentang 10 perkara yang ibu bapa perlu elakkan daripada berlaku di rumah menerusi laman Twitternya.
Berikut Perkara Yang Disenaraikan:
1) Mengugut Anak
2) Tidak Meletakkan Peraturan Yang Jelas
Apabila mak ayah tidak menetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak fahami, ia menyebabkan mereka kerap melakukan perkara yang tidak diingini.
3) Menipu Anak-anak
4) Membiarkan Anak
5) Bercakap Dengan Nada Tidak Sepatutnya Atau Sarkastik
6) Mendesak
7) Abaikan Emosi Anak Yang Rasai.
8) Elak menggunakan Time-out, sebaliknya gunakan Time-in
9) Respons Dengan Cara Anak
10) Tidak peduli dengan kesalahan anak
Oleh yang demikian, buat ibu bapa yang sudah penat bekerja, cuba elakkan membawa masalah pulang ke rumah. Tahu tak, pendekatan itu akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.
Ingat, impian untuk anak-anak menjadi seseorang yang memiliki keperibadian sempurna adalah bergantung kepada cara didikan ibu bapa di rumah.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club