Pasti anda sering hadapi masalah ini apabila bau masakan melekat di baju anda.
Ini bukan sahaja dihadapi dirumah tetapi di restoran yang sering anda kunjungi sewaktu keluar makan tengahari pada waktu pejabat.
Ini disebabkan di dapur tersebut tidak mempunyai ruang udara yang betul menyebabkan bau terperangkap di dalamnya.
Apabila bau makanan melekat, boleh membuatkan anda stress di samping rasa kurang selesa dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai.
Jadi bagi orang dapur dan juga pengusaha restoran, anda boleh mengamalkan petua ini untuk menghindarkan bau ini dari terus merebak dan meninggalkan bau hapak.
Ads
1. Rebusan Daun Limau Purut
Daun limau purut yang direbus dapat menghasilkan aroma unik yang berfungsi untuk mewangikan kediaman.
Rebus daun itu dan biarkan ia di mana-mana kawasan seperti atas rak atau meja makan untuk mendapat aroma semula jadi yang nyaman.
2. Rebusan Kulit Limau Bersama Kulit Kayu Manis
Rebus dua bahan ini dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, masukkan air rebusan berkenaan di dalam botol semburan.
Ads
Semburkannya di sekitar dapur dan juga ruang-ruang lain dalam kediaman anda.
3. Hirisan Daun Pandan
Hiriskan daun pandan dalam saiz yang kecil dan letakkan di dalam bekas yang terbuka.
Pasti ruang rumah akan menjadi harum dengan aroma pandan ini.
4. Arang Penyerap Bau
Arang berfungsi sebagai penyerap bau yang sangat efisien.
Ads
Jadi, letakkan beberapa ketul arang pada sudut tertentu di dapur kerana ia boleh menyerap aroma masakan dan bau-bau yang kurang menyenangkan.
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Saat hati tengah bahagia, namun diduga dengan berita yang cukup memilukan.
Demikian yang berlaku kepada pasangan muda yang baru mengikat tali pertunang kira-kira sebulan yang lalu. Saat mereka menantikan hari bahagia, si lelaki, Mohamad Aidil Haiqal Nor Azman, 20 dikejutkan dengan berita bakal isterinya, Nur Jannah Jahari yang menghidap penyakit kronik apabila didiagnos mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari.
salam hai mohon warga twitter doakan NUR JANNAH BT JAHARI yang dalam keadaan kritikal ,semoga dia kuat dan tabah dalam melawan kesakitan yang dihadapi. walaupun doktor kata jangka hayat dia lebih kurang 2 minggu hingga ke sebulan. pic.twitter.com/Jp1dGby0tv
Lebih memilukan, si perempuan yang dikenali sebagai Nur Jannah hanya ada masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Malah menurut Aidil, buat masa kini mereka merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nur Jannah.
Kuman merebak, usus bocor sana sini..
Nur Jannah sebelum ini ada mengadu sakit perut dibahagian perut. Pada mulanya, dia dilaporkan mempunyai cyst kecil setelah berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital terletak di Johor Bahru.
Usus dan organ dalam perut rosak!
Kemudian, sakitnya semakin serius dan mendapatkan rawatan di Hospital Kluang setelah dia pulang ke kampung. Lebih mengejutkan, doktor menyatakan ketumbuhannya telah pecah dan merebak diseluruh bahagian perutnya.
Minum susu pakai salur leher…
Dah ada perubahan sikit…
Sangup berhenti kerja jaga tunang!
Jelas Aidil lagi, dia sanggup mengambil cuti panjang untuk menjaga tunangnya. Dia kini yang bekerja di Singapura, sanggup untuk berhenti kerja jika cuti panjangnya itu tidak diluluskan. Walaupun baru saja mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu, dia tetap berhasrat menjaga Nur Jannah disaat genting ini.
Ramai yang mendoakan mereka
Perkongsian Aina mengenai keadaan diantara Aidil dan Nur Jannah, telah membuatkan ramai netizen meninggalkan komen positif buat mereka berdua.
Diharapkan agar kesembuhan dapat diberikan kepada Nur Jannah agar boleh pulih seperti sediakala. Segalanya pasti tidak mustahil dengan kuasa doa dan pertolongan olehNya.
Dalam keseronokkan kita berbelanja membuat persiapan hari raya dengan pakaian serba baru, usah di lupa ada insan yang berduka menyambut hari raya.
Ada keluarga yang tidak punya belanja yang cukup untuk berbelanja membeli bahan mentah apatah lagi baju raya baru.
Biarpun perkongsian ini telah dimuat naik dua tahun lepas, ia begitu meruntun jiwa dan merupakan sebuah kisah masyarakat di akhir Ramadan apabila sebuah keluarga yang memilih baju raya terpakai bagi meraikan Hari Raya.
Ikuti selanjutnya kisah masyarakat ini. Moga kita sentiasa muhasabah diri.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar.
Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami.
Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai“.
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita.
Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Tentunya ramai yang mengemari roti. Kalau tak ada roti di rumah tu rasa tak lengkap aje.
Sehinggakan roti yang ada nampak kulat tetap digunakan untuk dijamah dengan beranggapan jika dibakar ia selamat dimakan.
Hakikatnya tidak! Sebagaimana perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang mendedahkan bagaimana seorang pesakit telah mengalami keracunan akibat makan roti berkulat walaupun belum tarikh luput.
Jadi jangan buat main-main hal ni. Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Namoak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
INI SEBABNYA
Gambar sekadar hiasan
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Gambar hiasan: habuk atas roti
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.