Stres Boleh Membunuh Secara Senyap. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Nampak biasa-biasa aje, tetapi stres jika dibiarkan akan menyebabkan penghidapnya mengalami tekana perasaan secara mental. Malah boleh mengundang pelbagai penyakit.

Siapa sangka, jika dibiarkan ia akan menyebabkan anda mengalami penyakit salah satunya kencing manis.

Nak tahu selanjutnya baca penjelasan Doktor Zubaidi Haji Ahmad ini. Sungguh informasi.

STRESS BOLEH MEMBUNUH

Salah satu hormon stress adalah adrenaline, iaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang betul-betul berada di atas buah pinggang. Kelenjar yang mengeluarkan hormon adrenaline ini dinamakan kelenjar suprarenal.

Ia dinamakan hormon stress kerana ia dikeluarkan di saat kita stress bila berhadapan dengan bahaya. Bila berhadapan dengan bahaya sebagai contoh, harimau, adrenaline dikeluarkan sebagai persediaan tubuh sama ada untuk berlawan dengan haiwan tersebut atau melarikan diri. Sebab itu hormon ini dinamakan sebagai hormon stress yang bertujuan sama ada untuk “lawan atau lari”.

Bersama dengan hormon cortisol (satu lagi hormon stress), adrenaline menghasilkan glukosa dengan banyak dalam tubuh. Tujuan penghasilan glukosa (dikeluarkan dari simpanan) bertujuan untuk menghasilkan tenaga, sama untuk melawan atau melarkan diri.

Ia juga mempercepatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan otak sentiasa berjaga dan tubuh mengeluarkan peluh.

Dalam jangka masa yang pendek, ia bagus untuk kita kerana ia mempercepatkan perjalanan darah dan menjadikan otak kita sentiasa aktif.

INI KESAN JIKA TEKANAN TIDAK DIKAWAL

Tetapi jika kita berada dalam keadaan stress yang berpanjangan, ia akan mengundang masalah penyakit kencing manis, penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, lemah saraf dan otak.

Malangnya di zaman moden ini kita mengalami stress yang berpanjangan, tanpa kita sedari. Akhirnya kita mengalami penyakit yang saya sebutkan tadi dan meninggal dunia pada usia yang lebih muda. Kita berperang dengan perasaan sendiri.

Oleh itu kita harus mengelakkan stress dan cara yang terbaik ialah dengan memahami sumber stress dan menukar cara pemikiran kita menghadapi stress.

Kembalilah kepada fitrah kita. Ada masa bekerja dan berehat. Mengadulah kepada Allah agar Allah mempermudahkan urusan kita. Banyak zikir dan salawat ke atas Nabi kita.

Stress tidak akan selesai dengan kita cuba menyelesaikan setiap masalah tanpa pertolongan, bimbingan dan hidayah dariNYA.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad