Strategi Simpan RM52K Dalam 5 Tahun, Buat Macam Wanita Ni Kongsikan, Yakin Boleh!

Share

Gagal merancang, anda merancang untuk gagal! Ayat ini begitu biasa diulang-ulang bagi tujuan memberi peringatan dan semangat kepada semua antara kita  supaya merancang sesuatu dengan teliti.

Begitu juga halnya dalam merancang kewangan. Contohnya bila ada sasaran mempunyai wang sebanyak RM10K dalam masa 2 tahun untuk tujuan bawa keluarga melancong dan sebagainya. Dilihat niat sudah ada untuk menyimpan, namun tanpa perancangan dan perlaksanaan yang baik ia mungkin tidak mampu direalisasikan dan sekali gus gagal.

Bercakap sahaja memang mudah tapi  ramai sebenarnya yang kecundang bila dalam perlaksaan. Sebab itu kalau hendak menyimpan duit, perlu ada strategi yang lebih berkesan.

Salah satunya adalah kita perlu biasakan mencari dan membaca perkongsian dan pengalaman orang yang begitu banyak ceritanya di media sosial

Umpamanya perkongsian daripada Puan Syafieqah A’lya yang pada usia mudanya, beliau telah berjaya memiliki 2 kereta, 3 hartanah serta tabung simpanan dan pelaburan yang kukuh.

Menurut puan Syafieqah, selain daripada simpan duit dengan cara lama beliau juga mencadangkan buat simpanan dengan ASB  hingga mampu dalam masa 5 tahun mengumpul jumlah hingga RM52K!

Macam mana boleh simpan duit sampai dapat RM52k tu?

Ini 4 jenis simpanan ASB dengan pengiraan kadar dividen selama 5 tahun yang puan Syafieqah amalkan.

1. Simpanan Kecemasan ASB
Simpanan ini boleh dilakukan dengan buku biru ASB. Modal yang diperlukan serendah RM225 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.75%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM13,500

Dividen terkumpul: RM2,500

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM16,008.

2. Simpanan Untuk Tabung Haji
Simpanan ini pulak untuk menunaikan ibadah Haji pada masa depan. Lebih baik buat simpanan awal-awal kan?

Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 4.25%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM9,000

Dividen terkumpul: RM1,022

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,022.

3. Simpanan RM10k + Duit Kahwin
Simpanan ini boleh dilakukan dengan ASB 2 (buku warna purple). Modal yang diperlukan serendah RM150 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata dividen tahunan ialah 6.5%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah simpanan: RM9,000

Dividen terkumpul: RM1,605

Jumlah yang terkumpul selama 5 tahun RM10,605.

4. Melabur di Unit Trust
Simpanan ini pun boleh untuk yang liat sangat nak pakai cara dekat atas. Modal yang diperlukan serendah RM200 sebulan sahaja. Jika korang menyimpan selama 5 tahun (60 bulan). Purata pulangan tahunan ialah 10%. Dalam tempoh 5 tahun:

Jumlah yang berkembang selama 5 tahun RM15,434.

Kalau simpan biasa je dapat RM12,000 je tau.

Berapa banyak dapat bila jumlahkan semuanya?
Bila anda campur jumlah simpanan dengan dividen terkumpul. Jumlah simpanan RM52,069 dalam masa 5 tahun.

ASB (Buku Biru) : RM16,008
Tabung Haji : RM10,022
ASB Financing Sijil Ke-2 : RM10,605
Unit Trust : RM15,434

Nyata sekali, untuk menyimpan duit perlu ada perancangan dan strategi yang efektif. Jadi tidak salah untuk kita cuba praktikkan cara ini. Bukan satu cara malah disenaraikan hingga 4 cara simpanan yang mampu menggandakan duit tabungan.

Jadi diharapkan perkongsian ini akan dapat menjadi panduan dan inspirasi untuk memulakan langkah menabung secara berstrategi bagi membantu untuk kita mencapai target simpanan yang diingini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sumber : Syafieqah A’lya via directlending.com.my

 

ARTIKEL MENARIK:“Dulu Simpan Sikit Korek Balik…” Lelaki Ni Kongsi Cara Hilangkan ‘Penyakit’ Boros Dalan Diri. Boleh Follow!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan  anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club