
Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Ikut seperti yang dikongsikan oleh chef ini.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
- Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam dan hijau).
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Sumber: Chef Sue M Arukin.
Tanam Pokok Bunga Telang, Buatkan Pasu Begini Dengan Mudah & Jimat!

Khasiat bunga telang diketahui umum memang banyak. Sesuai dijadikan sebagai minuman berkhasiat dan menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi kerabu agar berwarna ungu.
Menyedari banyak kegunaannya, pokok bunga telang ini juga ramai yang cuba untuk menanamnya. Bahkan tidak dinafikan bunga telang yang berwarna ungu itu juga begitu cantik bunganya. Boleh juga dijadikan tanaman penyeri laman.
Bila anda ingin menanam pokok bunga telang di dalam pasu, itu tiada halangannya walapun pokok bunga telang ini cirinya pokok menjalar.
Oleh itu, apa kata anda sediakan pasu yang boleh dibeli di sini secara online dan hasilkan sendiri sebagaimana yang dikongsikan oleh Syafiq Scelcedo untuk info bersama.
Assalammualaikum dan salam sejahtera… Boleh lah ni. Duk pusing sana ikat sini, belit sana.. Yang minat berkebun tapi tak ada tanah boleh cuba cara ni untuk cantikkan laman. Macam rumah saya tak ada tanah untuk bercucuk tanam. Jadi pasu lah harapan saya.
Ni modal tak sampai RM10 pun. Semua dekat Mr.DIY.. Pasu RM3, Tali RM2, Batang tengah tu RM3.
Saya buat untuk pokok yang jenis menjalar…
InshaaAllah tak lama lagi pokok bunga telang saya nak berpindah tempat…
Mohon doakan dia menjalar cantik dekat tempat baru ni lepas ni siapa nak bunga telang saya bagi free je.
Berkebun ni selain aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, ianya juga memupuk sifat sabar dan bersyukur serta mampu jadikan kita pekebun yang kreatif.
Apa yang penting jangan takut untuk mencuba, kalau orang lain boleh kita pun mampu good luck!
Sumber : Syafiq Scelcedo via Berkebun Untuk Beginner
Rupanya Berbaloi Tanam Sendiri Cendawan Tiram, Boleh Tahan 9 Bulan Dan Tuai 6 Hingga 8 Kali, Wanita Ini Tunjukan Penjagaan Cendawan.

Pelbagai jenis masakan berasaskan cendawan menjadi kegemaran ramai ia termasuk cendawan tiram.
Bagi yang suka berkebun tentu ada bercadang untuk menanamnya sendiri. Sebenarnya mudah saja nak tanam di rumah.
Sebagaimana perkongsian puan Mysarah Mk, beliau telah membeli bongkah cendawan tiram secara online pada harga yang murah.
Hasilnya memang berbaloi. Hingga boleh dituai 6 hingg 8 kali. Nak tahu caranya ikuti penjagaan ini.
CENDAWAN TIRAM KELABU
4 hari je dah boleh tuai. Bongkah boleh beli di shopee banyak jual..
Saya kongsikan cara jaga bongkah cendawan ni daripada penjual yang saya beli bongkah ni
PENJAGAAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM
(1) Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh. (cahaya matahari yang sikit)
*saya letak atas rak, bawah sinki yg bertutup tapi buka sikit pintu untuk pengudaraan.
(2) Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan) :
(a) buka penutup dan spray air di sekeliling cendawan 3 kali sehari, selepas 7-10 hari, cendawan akan tumbuh
*kalau saya, sehari sekali pun dah cukup, cuma perlu letak kain lembap atas bongkah cndwn & letak 1 bekas berisi air berdekatan bongkah supaya bongkah sentiasa lembap
*JANGAN sembur air terus di mulut bongkah ,untuk mengelakkan tumbuh kulat hijau.
** Selepas buka penutup tu, kalau ada mcm kulat lain kt mulut bongkah tu, kena korek buang kulat tu dulu dan :
(b) Tutup semula dengan penutup rehatkan selama 7 hari (Semasa tutup, tak perlu siram air lagi)
Selepas tu br ikut lgkah (a) di atas.
(3) Selepas petik cendawan, korekkan sisa akar yang tertinggal dan ikut langkah 2(b) di atas.
(4)Selepas 7 hari, ikut langkah 2(a) lagi di atas, cendawan akan keluar lagi. Begitulah ulang2 prosesnya 2(b) & 2(a) iaitu :
Selepas korek, rehat 7 hari tutup penutup. Jangan siram. Selepas itu baru siram.
Boleh tuai 6 hingga 8 kali
DaLam 7 hari cendawan mula tumbuh. Lepas tuai korek lagi.
**Boleh tuai 6-8 kali.
**Untuk yang separuh matang,perlu tunggu 2-3 minggu baru boleh penutup
** Kalau cendawan tidak keluar dalam masa 2 minggu, mungkin mulut tersumbat dengan benih, guna sudu yang bersih korek biji benih dan tutup 7 hari baru buka.
~ Syiokkkk oo tgk dia tumbuh.hari2 belek.. pd yg belum pnh ‘tnm’, boleh la cuba ‘tnm’ cndwn ni pula..best! Harga pun tersangatlah murah, jimat banyak Tahun lepas saya beli, bertahan 9 bulan bongkah ni masih bagi hasil.
Selamat mencuba.
Sumber: Mysarah Mk
Turunkan Berat Badan, Wanita Berjaya Bila Amal Minum Air Rebusan Ketumbar!

Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
- Rebus segenggam biji ketumbar dalam 5 minit. Kemudian tos kan.
- Setelah air rebusan suam masukkan perahan lemon.
- Minum setiap pagi dengan perut kosong.
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Sumber : Suhaniza Isenen
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.