Akibat ramai sangat orang di luar sana membuat pembelian panik semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini dilancarkan, kesannya turut menyukarkan orang lain yang ingin membeli.
Apa taknya, kalau kita lihat habis semua diborong oleh mereka hingga melebihi keperluan. Langsung tidak ambil kisah tentang orang lain. Geram juga kalau diingat-ingatkan.
Pun begitu, daripada kita terus marah sebab tak puas hati, apa kata kita belajar cara hendak buat susu pekat manis dengan guna bahan yang ringkas dan yang penting mudah sangat untuk membuatnya. Sekurang-kurangnya bolehlah kita buat stok susu pekat untuk keluarga tercinta.
Ini resipinya yang dikongsikan oleh Zan Zafirah dan bolehlah dicuba.
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja
Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.
Ads
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Ads
Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
Ads
3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Ini antara masalah yang sering menghantui ibu-ibu ketika mencuci pinggan mangkuk. Terutama sekali bekas yang jenis plastik.
Kesan minyak baik smabal, kari dan sebagainya yang melekat pada bekas plastik memang sukar untuk ditanggalkan.
Walau sudah dicuci berkali-kali dan digosok namun masih ada kesannya. Jadi admin nak kongsikan tip dari puan Hafiza Zanuddin ini bagaimana nak hilangkan kesan tersebut hanya dengan menggunakan bahan yang cukup mudah.
Saya just nak share petua saya dapat dari mak cik saya, saya x pasti samada orang dah lama praktik atau saya jer baru tau..
Asalnya mak cik saya bgtau tips ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan..
Rupanyer dlm 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas2 plastik..
Biasanya kalau kita basuh Bekas plastik yang berminyak, mesti susah nak tanggal, lepas basuh pun ada kesan lagi..
Tapi bila guna tips ni memang menjadi..
Sape belum tahu, bleh cuba tau…tips tu bleh klik tgk kat gmbr…
Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada pagi Isnin lalu tetap dalam ingatan peminatnya. Di media sosial, ramai yang tidak putus-putus berkongsi kebaikkan arwah.
Salah satunya arwah sempat berkongsi resipi masakan Ketam Sweet & Sour Chinese Style di Instagram miliknya telah menarik perhatian ramai peminatnya.
Buat yang bercadang untuk mencuba masakan ini boleh ikuti resipi yang dinyatakan oleh puan Ameera yang menggunkan resipi arwah.
Ketam Sweet & Sour Chinese Style. Sedap sungguh resipi arwah Siti Sarah ini. Cara dan bahan bahan disetiap gambar.
Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style
Cara penyediannya:
Ketam 10 ekor. Siang dan cuci bersih ye.
Panaskan minyak. Bawang putih 6 ulas, halia besar ibu jari. Cincang begini. Tumis sehingga naik bau.
Cili kisar kering. Ibu masukkan 2 sudu makan. Sukatan ini anak anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Aruah masak pakai cili boh. Ikut la masing masing ye.
Sos cili angaran 2 sudu makan.
Gula 1 sudu makan.
Sos tiram 2 sudu makan.
Kicap cair angaran 3 sudu kecil
Masukkan air 1 mangkuk
Masukkan 1 sudu makan black vinegar
Masukkan 1 sudu makan sos tomato
Garam secukup rasa ye.
Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata ye
Kemudian dah masak ketam tu masukkan tepung jagung. Tepung jagung 2 sudu makan. Letak air sikit untuk larutkan. Masukkan dan gaul.
Kemudian masukkan putih telur. Ibu pakai 2 biji telur ye. Telur kuning tak pakai ye.
Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begit
Dah masak tutup api. Siap dah.
Boleh masukkan dalam bekas. Penyudahnya ibu ratah je ni. Sedap ya ampun. Ini adalah masakan terakhir Aruah
Terima kasih aruah Siti Sarah. Perkongsian resipi juga salah satu saham kita di akhirat kelak. Selagi ada orang dimuka bumi ini menggunakan dan manfaatkan resipi, selagi itulah pahala kita terus mengalir.
3 amalan yang kita akan bawa bila meninggal kelak.
1- Doa anak yang soleh & solehah
2- Ilmu yang bermanfaat
3- Sedekah amal jariah
Walaupun dia sudah tiada, tapi kehidupan dan moment dia masih hidup. Meninggalkan kita dengan satu rentapan supaya berkasih sayang bersama suami hingga ke akhir hayat. Taat dan mencintai suami dengan sepenuh jiwa.
Jika setiap hari menu berbuka puasa dengan makan nasi tentu bosan. Sejak berbuka pada awal Ramadan tentu hari-hari makan nasi.
Apa kata menu berbuka hari ni menu mee. Makan panas-panas pun sedap.
Hari-hari makan nasi bosan jugak kan. Hari ni tekak nak makan mee sup . Ada jugak yang panggil mee rebus . Nama berbeza ikut negeri kita buat mee sup ala thai.
Resipi ni mmg tak de guna rempah sup . Tapi rasa memang superb.
Mee sup Ala Thai :
bahan-bahan nye
– Bawang merah 6 biji (blend )
– Bawang putih 6 ulas ( blend )
– lada hitam 1 sudu ( blend )
– rempah 3 sekawan * kayu manis…bunga lawang dan bunga cengkih
– ayam / daging / udang / sotong
– sayur-sayur carrot & sawi
– limau kasturi ( 2 biji )
– telur
– daun sup
– bawang goreng
cara-caranye :
– tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
– masukkan bahan lauk-lauk. masak hingga separuh masak
– masukan carrot
– masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
– masukkan mee yg telah dibersihkan
– pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
– masukkan sawi
– perah limau
– sebatikan dgn perasa
– taburkan bawang goreng & daun sup
Siap!
Kredit: Darl Wina Home Decor via Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.