Stok Bulan Puasa, Serunding Halia Penambah Selera Makan Masa Bersahur. Mesti Cuba!

Share

Lazimnya hidangan Serunding Halia Bersama Bawang Putih ini adalah untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Namun kini tidak lagi apabila sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan ini.

Khasiat halia dan bawang putih yang mampu membantu membuang angin dalam badan, hidangan yang elok diamalkan. Bahkan ingin rasa lebih sedap boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing.

Juga tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelang tiba pastinya sudah boleh buat stok untuk hidangan ini sebagai penambah selera.

_________________________________

Sumpah sedap guys serunding halia nie.. Buat mkn kudap2an pn blh.. Buat sendiri confirm puas hati. Rasanya yg garing2 pedas menyegat..

Boleh buat stok untuk bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi.

Bahan:

Halia tua
Tips: cari halia yg tak begitu tua dan yg panjang2 supaya mudah utk disagat.
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak

Okey semlm rezeki CikAyu dpt halia yg cantik dan panjang2. Mudah utk disagat dan cantik kejadiaannya selepas disagat. Lepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.

gk teksur halia nie selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dgn serunding halia ni.

Lepas habis sagat, perah air halia nie sekuat hati. Kita nak amik halia tu je. Air halia tu buang ye. Lepas proses perahan ni cepat2 sabun tangan ye, klu lambat nti cfm tangan akan rasa pijar.

Panaskan minyak. Kena guna minyak yg byk. 

Okey ni halia yg takut utk disagat sbb dah kecik, mau berdarah tangan nanti pulak. Baki halia nie blh kita tumbuk, blender atau gunakan chopper. Proces masih sama, perahkan air halia ni. 

Gunakan api yg besar utk dptkn tesktur serunding yg garing dan cantik.

Agak2 dah warna seperti dlm gambar cepat2 angkat ye puan2. 

Tgk hasil serunding nie.. . Tapiskan minyak dahulu ye. .Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. CikAyu gunakam chopper je. Mudah.

Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal dgn halia tdi. Toskan halia yg digoreng dgn tisu dapur utk buang lebihan minyak. .Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimkn begitu saja

Klu kt rumah dah ada bwg putih crispy blh gaulkan bersama2 serunding tadi. Ini lagi ummphhh. 

Serunding halia dgn garlic crispy. 

Kalau garing mcm gini sepinggan pn blh makan sorang.. fuh panas perut.

Selamat mencuba!

Sumber: Masfaliza Ab Jaafer