Minggu depan bermulah persekolahan buat anak-anak setelah sekian lama bercuti. Pastinya ibu-ibu pun ligat sekali untuk memastikan keperluan anak disediakan dengan lengkap termasuk gosok baju dan alatan persekolah. Malah kebanyakan buku teks sekolah juga perlu dibalut bagi memastikan kemas dan tidak terkoyak.
Namun, perkara yang paling penting adalah penyusunan buku teks supaya tidak tertinggal. Bagi mereka yang anak baru memasuki darjah satu pastinya memerlukan ibu bapa menyusun buku mengikut jadual. Bagaimanapun, ada juga kes tertinggal buku teks walaupun hari-hari anda menyusun buku. Mahu kelam kabut juga kan.
Melalui perkongsian Puan Aliffa Rafini Abdullah memberikan tip mengguruskan penyusunan buku sekolah secara sistematik dengan mudah dengan menggunakan sticker dan fail. Kos yang dikeluarkan pun murah untuk digunakan selama setahun. Confirm tak tertinggal buku!
Kebanyakan kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan pasti ada mengalami situasi begini setiap hari:
“Mana buku subjek Matematik, Bahasa Malaysia? Buku latihan yang satu lagi tu mana?”
Di sini saya nak berkongsi tips cara pengurusan yang sistematik, baik untuk anak-anak dan baik untuk ibu bapa. Ye la, dapat elak penyakit darah tinggi kan?
Setiap buku matapelajaran akan dimasukkan ke dalam satu fail khas untuk semua subjek.
Ini Caranya:
Nak Elak Tertinggal Buku Sekolah
Tujuannya untuk elak kes terlupa buku teks, buku latihan atau nota. Untuk nampak lebih kemas, saya tampalkan “sticker” jadual di bahagian tepi. Biasa la perempuan kan, takkan pandai make-up muka sendiri je nak nampak cantik. Hehe.
Cara ini akan memudahkan anak saya, Armand Hadeef Hafizul Hakim mengemas sendiri buku-buku di sekolah di rak buku selepas di gunakan.
Kalau ada buku tidak ada dalam fail, dia akan cari kerana mungkin ada kawan-kawan terambil buku di kelas. Impaknya, tidak ada masalah kehilangan atau tertinggal buku di sekolah.
Mudah Semak kerja sekolah anak
Setiap kali balik sekolah, saya akan buka fail dan semak ada kerja rumah atau tidak. Ataupun kalau cikgu subjek ada beri notis, mudah untuk saya tahu aktiviti yang dijadualkan.
Selain sistematik, ia juga mengelak buku anak saya daripada basah. Biasalah budak darjah 1. Kadang-kadang air tertumpah di dalam beg atau apabila terkena hujan, buku tidak basah.
Kos bajet
Harga fail ni murah je. Saya beli di kedai “SuperSave” dan Mr. DIY. Anak lelaki saya ni awal dah warning, tak nak ada gambar kartun Frozen. Pandai pula ada rasa malu. Hehe.
Kos Fail: RM1.99
Kos Sticker (ada 60 keping): RM5.00
Kepada ibu bapa, semoga bermanfaat. Beritahu pasangan, mana tahu cara ni dapat bantu kalian kurangkan masalah kena hantar buku ke sekolah sebab terlupa. Tolong share ye, terima kasih!
Aliffa Rafini Abdullah
Mommy kepada 3 orang anak lelaki.