
Bosan dengan latar dinding rumah yang bertahun-tahun menggayakan rekaan wallpaper yang sama. Kini sudah sampai masanya terasa ingin juga berubah mood.
Pun begitu, umum mengetahui bukan mudah untuk menanggalkan wallpaper dan ada trik yang perlu dibuat untuk memudahkan kerja.
Ini sebagaimana yang dikongsikan saudara Asrul Achoi.
6 tahun dah pakai wallpaper nie..jenis korea wallpaper..nak pasang ritu pun nangis jugak nak siapkan…sapu gam kaw-kaw punya..Bila time nak buka balik…bercita jugak lah.
Step nak buka wallpaper nie…
1.Koyak.
2.spay air ..guna air paip jer.tunggu 4-5minit.
3.tarik pelan2.
4.kalau susah nak tanggalkan..kikis gunakan scraper..selepas disempur air.
Sebelum mengecat..saya pastikan saki bagi gam pada dinding dibersihkan..kemudian disapu cat UNDERCOAT.
Cat.
Jenis JOTUN.
➡️4863 STATEMENT BLUE.
Setel bab dinding ruang tamu..ada rezeki lebih nanti kita tukar liminate floring lantai pula.
sumber : Asrol Achoi via Kelab Kaki Deko
Natural Homemade, Selain Scrub Beras Ada Lagi Pilihan Yang Best. Mak-mak Boleh Amal Untuk Wajah Mulus!

Menjaga kecantikan wajah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar jika mahu menggunakan cara alternatif yang lebih alami. Malah bukan sahaja selamat dan yang penting juga jimat kos dalam penyediaannya. Maklumlah kita menggunakan barang-barang yang tersedia ada.
Untuk itu ketahui beberapa cara penjagaan kecantikan dan bolehlah diamalkan untuk melihat hasilnya.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Buat Tomato Beku
Caranya mudah ambil beberapa biji tomato dan kemudian dihiris dua. Setelah itu masukkan tomato tersebut di dalam peti sejuk beku. Apabila beku gunakan tomato tersebut untuk dilumur rata pada seluruh bahagian wajah. Lakukan berulang kali sebelum dicuci bersih dengan air.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Terlupa Baca Doa Qunut, Anak Muda Ni Tunjuk Cara Betul Lakukan Sujud Sahwi!

Biasanya, bila sebut sahaja Sujud Sahwi ramai yang faham ia dilakukan kerana terlupa membaca Doa Qunut ketika menunaikan Solat Subuh.
Tetapi sebenarnya bukan sebab lupa membaca Doa Qunut sahaja disarankan Sujud Sahwi, bahkan Sujud sahwi juga hendaklah dilakukan apabila seseorang terlepas melakukan tahiyyat awal atau berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.
Hal ini dijelaskan lagi menerusi perkongsian video daripada seorang anak muda yang dikenali senagai Furqan Fawwaz berkenaan sujud sahwi, ia perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyyat akhir.
Malah sujud sahwi hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Kemudian, duduk kembali dalam posisi tahiyyat akhir dan barulah beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.
View this post on InstagramA post shared by Pencintaquran (@furqanfawwaz) on
Lafaz bacaan sujud sahwi
sumber : Instagram Furqan Fawwaz
Di Sekolah Rendah Belajar Tiup Recorder, Dr Ni Jelaskan Faedahnya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

Masih ingat tak lagi suatu ketika semasa di sekolah rendah, kita semua diajar cara untuk bermain alat muzik yang setiap orang wajib ada, iaitu lain tidak bukan adalah ‘recorder’.
Namun pernahkah kita terfikir tentang mengapa murid sekolah perlu mempelajari alat muzik itu? Mengapa ‘recorder’ ?
Bahkan, bukan pelajar di negara kita sahaja diajar meniup recorder malah murid-murid di negara lain juga diajar alat muzik yang sama. Namun bila masuk ke sekolah menengah, tidak pula terus diajar meniup recorder.
Jadi jenapa ya murid sekolah rendah diajar main rekoder?
Menjawab persoalan ini, terpanggil untuk Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi info dan faktanya.
Murid Di Ajar Main Recorder, Banyak Manfaatnya
Ada banyak sebab, tapi sebagai doktor rehabilitasi, saya boleh katakan ia adalah salah satu komponen dalam usaha untuk memaksimakan perkembangan kanak-kanak.
Aktiviti sukan melatih kemahiran motor kasar iaitu kekuatan dan koordinasi anggota tangan, kaki dan badan kanak-kanak, manakala aktiviti bermain alat muzik melatih pergerakan motor halus.
Main rekorder perlukan kemahiran jari-jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan nota muzik yang diinginkan. Ia perlu sempurna, atau bunyinya akan sumbang.
Apa tu kemahiran motor halus?
Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut “fine motor skill”. Ia melibatkan kemahiran dan kecekapam mengawal jari dalam memanipulasi alatan, dibantu oleh deria sentuhan dan stereognosis*
Stereognosis tu apa pula?
Kita lazimnya diajar bahawa manusia ada 5 deria. Namun jika kita dalami ilmu perubatan, manusia mempunyai tidak kurang daripada 21 deria. Salah satunya adalah stereognosis.
Stereognosis adalah kebolehan mengenal bentuk objek yang berada dalam tangan, walaupun tidak melihatnya. Maknanya, apabila mata ditutup, kita raba sesuatu objek, kita boleh tahu bentuknya.
Penting tak kemahiran ni?
Penting! Sama penting dengan satu lagi deria ni! Deria propriosepsi, iaitu kebolehan mengetahui di mana posisi atau kedudukan anggota tubuh (tangan, kaki, kepala, jari, dsb) dalam ruang.
Maknanya, kalau kita tutup mata, kita tahu tangan kita dekat mana. Di letak hadapan badan, di sisi, di belakang, atau ke atas mahupun ke bawah. Ini termasuk posisi setiap jari.
Deria dan kemahiran ini perlukan latihan agar ia menjadi cekap. Kecekapan deria dan kemahiran tangan ni boleh menjadi faktor besar dalam menentukan masa depan seorang kanak-kanak.
Seorang pakar bedah mikro-pembedahan perlukan deria yang kemahiran tangan yang baik. Begitu juga seorang atlet dan pemuzik profesional. Malah, kita nak menaip pun perlukannya.
Itu baru bab tangan, belum bab mulut.
Meniup rekorder, susah tak? Susah! Tak semua orang boleh meniup rekorder dengan betul. Malah, kalian percaya tak, di pusat rehabilitasi saya, ada kanak-kanak yang tak pandai tiup lilin dan belon.
Meniup ni pun adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Ia perlukan latihan otot oro-motor dan otot pernafasan (contoh: diaphragma, otot antara rusuk, dsb).
Apa kepentingan meniup?
Meniup melibatkan otot mulut dan muka. Melatih otot-otot ini menambah kecekapan bertutur. Ia boleh mengurangkan pelat, menambah kejelasan sebutan, dsb. Ia penting dalam komunikasi lisan.
Selain itu ia juga memastikan kecekapan mengunyah, menyedut, menghembus, bernafas, berdehem, batuk meneran, dan sebagiannya. Pendek kata, penting untuk penghadaman dan pernafasan.
OK, ni kelebihan lain kalau belajar muzik.
Ada orang deria pendengar dia cekap, bila satu bunyi dimainkan, dia boleh teka nada muzik apa yang dimainkan itu. Siapa yang langsung tak boleh bezakan, dipanggil tone deaf (pekak nada).
Selain itu ada satu deria ni tak ramai orang ada. Deria tempo (sense of tempo). Orang yang belajar muzik ni kena ada deria ni. Kalau tidak, dia main alat muzik berterabur, tak kena pada masa.
Kenapa rekoder, dan bukan alat muzik lain?
Mudah sahaja. Kerana ia mampu milik, mudah dibawa ke sekolah, tidak perlu talaan dan penyelenggaraan rumit. Kalau gitar, piano, saksofon, mahal dan rumit. Kalau kastanet, atau marakas, tak mencabar pula.
Ada banyak lagi saya belum sentuh, tapi dah panjang sangat dah ni! Saya, rumuskan sahajalah.
Latihan bermain alat muzik seperti rekoder sebenarnya merangsang perkembangan deria kanak-kanak. Ia juga bantu mereka mengenal bakat dan minat mereka.
Perkara-perkara ini kadang-kadang tak nampak jelas manfaatnya, tapi jika diuruskan dengan baik, maka ia boleh membantu kanak-kanak mencari haluan hidup dan mencapai potensi sebenar diri mereka.
Sekarang dah tahu kenapa kita belajar tiup rekorder, kan? Bolehlah beritahu semua orang! Hehe!
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!