Step By Step Buat Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol. Ini Rahsianya Kena Tahu.

Share

Jika sebelum ini, hidangan raya disediakan oleh ibu di kampung. Kita sebagai anak walaupun sudah berumahtangga dan beranak pinak masih tidak tahu atau tak yakin membuat beberapa hidangan utama hari raya seperti rendang, nasi dagang dan gulai ikan tongkol, satay dan ketupat palas. Kita hanya membantu ibu didapur memasak hidangan ini. Namun, lantaran penularan covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan Bersyarat, kita semua tidak dibenarkan balik kampung merentas negeri.

Bagaimana pun, raya tetap raya, hidangan utama kena ada bagi meraikan syawal. Bagi orang pantai timur hidangan nasi dagang serta kuah gulai ikan tongkol adalah hidangan wajib. Bagi yang rindu nak makan tetapi rasa tak yakin nak buat, apa kata ikut step by step buat hidangan ini.

Menerusi perkongsian dan Nooraida Abd Kadir

, beliau berkongsi resipi cara membuat nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Bagi yang pertama kali boleh cuba ikut step yang diberi berserta dengan gambar.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Resipi Nasi Dagang

Bahan -bahan Nasi Dagang
Beras wangi 3 cawan
Beras pulut 3 genggam
Santan segar 1 cawan
Santan cair 2 cawan
Garam kasar 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar
Halia 1inci
Bawang merah 3 ke 5 ulas
Halba 1 sudu besar

Cara-cara kukus nasi:-
-Campur kan beras wangi dan beras pulut. (Cuci beras mcm biase dan rendam beras sebelum tidur,bagi yang nak makan pagi.)
-Masak guna pengukus dalam/tinggi sehingga keluar asap dalam 2 minit.
-keluarkan dan masuk ke dalam bekas utk di arong dengan santan cair. (biar kan seketika,dalam 2 3 minit camtu,baru masukkan dalam pengukus bersama sedikit bawang halia dan halba.)
-Sambung kukus nasi tadi sehingga keluar asap dalam 2 3 minit dan naik bau.
-masuk kan ke dalam bekas dan arong@seratakan dengan santan pekat yang di campor dengan garam dan gula tadi. gaul atau arong sehingga sebati.
– jangan lupa letak baki bawang, halba dan halia tadi.
-kemas kan nasi dalam bekas tadi dan tutup dengan penutup, (guna la tudung periuk ke talam ke biarkan seketika,biar berpeluh orang tua kate)

 

*** untuk 4 ke 5 orang makan.
**petua die tuk nasi lamat basi dan tahan sampai petang.

Resipi Gulai Ikan Tongkol

Saya nak share cara-cara buat kuah gulai ikan aye@tongkol nasi dagang resepi wan dan mak saya.

Bahan-bahan

*Untuk gulai ikan aye nasi dagang untuk seekor ikan,4 orang makan.

Bawang merah 5 ulas *,
Bawang putih 3 ulas *,
Kunyit 1 inci *,
Lengkuas 1/2 inci *,
Lada mesin 3 sudu besar,
Rempah gulai nasi dagang 2 sudu besar,
Santan segar pekat 3 cawan,
Nisan besar yg tebal,1/4
Ikan yg telah di kukus bersama garam n asam keping,
Garam jika perlu,
Ajinamoto bagi suka,
Selain dari santan masukkan sedikit air kelapa ni petua dari nenek sy tu sedap kan lagi kuah gulai,tapi kite beli santan yg dah siap payah nak cari air kelapa.
Ade orang letak kerisek tau nyior gula,tapi lau ikit resepi nenek saya sebelah mak tak yah letak kerisek.
* yg bertanda dikisar atau tumbuk

Cara-cara:
-Masukan bahan yg telah di kisar,lada mesin,rempah dan santan pekat atau segar 2 cawan.
-Masak dengan api sederhana,sambil2 tu kacau jangan bagi bekerak,masak sehingga naik bau dan kuar minyak,sampai merecik sakit laa kene kulit,smpai ke dinding merecik nye.
-Lepas tu tambah se cawan santan bersama 3 cawan air.
-Masak sehingga begelegak,masukan ikan yang telah dikukus tadi besama sedikit air rebusan ikan dan asam keping.
– Masukan nisan atau gula,tunggu sehingga sedikit tau nampak ikan,bole laa letak lada tau ade belimbing sebagai penedap rasa.