Membuat keputusan untuk mengahwini lelaki berstatus duda tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi apabila lelaki yang bakal dikahwini mempunyai anak, hasil perkongsian dengan isteri terdahulunya.
Istilah ibu tiri menjadi ketakutan untuk sesetengah pihak kerana dunia melabelkan status ibu tiri begitu negatif sekali. Watak bengis, jahat, antagonis dan tidak berperikemanusiaan hanya kerana anak-anak ini bukan dilahirkan daripada perutnya sendiri menjadikan mereka sering disalah erti.
Walhal ibu tiri juga adalah wanita biasa yang punya hati dan perasaan. Sekalipun bukan melahirkan anak-anak suaminya, mereka juga punya naluri keibuan apa lagi melihat anak-anak kecil yang perlukan perhatian.
Mendidik anak-anak tiri bukan mudah namun ramai wanita bergelar ibu tiri mampu mendidik dan menjadikan anak-anak tiri mereka sebagai insan berjaya. Paling penting mereka hidup bahagia dan aman damai.
Datuk Siti Nurhaliza
Contoh terdekat kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak tiri adalah beberapa artis dan selebriti tempatan kita. Melihatkan contoh Datuk Siti Nurhaliza yang hidup aman damai, penuh kasih sayang bersama anak-anak tirinya sedikit membuka mata bahawa ibu tiri bukan untuk dilabelkan sesuka hati dengan watak penuh negatif.
Kelembutan dan kasih sayang ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza terhadap keempat-empat anak tirinya, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, menjadikan kisah anak beranak ini wajar dicontohi. Walaupun pernah dilemparkan kata-kata fitnah dan cacian suatu waktu dahulu, namun beliau berjaya membuktikan bahawa mereka mampu hidup bahagia dan aman damai.
2. Datin Marlia Musa
Ads
Kisah dan pengkongsian hidup Datin Marlia Musa yang berkahwin dengan komposer tersohor negara, Datuk M.Nasir pada tahun 2000 juga wajar kita jadikan contoh. Perkahwinan M.Nasir yang memiliki lima orang anak iaitu Muhammad Ilham, Muhammad Yasin, Muhammad Hidayat, Muhammad Syafii dan Nilam Sari yang ketika itu berusia 2 tahun menjadikan Marlia ‘ibu segera’ kepada lima orang anak tiri. Kini setelah 17 tahun, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang utuh dan akrab bersama walaupun hanya bergelar ibu tiri.
3. Lisdawati
Ads
Begitu juga pemilik nama Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin. Kata Lisdawati bergelar ‘ibu segera’ bukan sesuatu yang mudah. Sementelah anak-anak tirinya ketika itu masih kecil. Tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dorongan dan sokongan sang suami banyak membantu memainkan peranan dalam membolehkan hubungan Lisdawati dan anak-anak tirinya menjadi akrab.
Walaupun hanya Faris yang tinggal bersama, namun hubungannya bersama kesemua anak-anaknya yang lain, Fatihah, 21, Farisha, 18 dan Fikri, 15 erat seperti sahabat berkat kasih sayang yang ditunjukkan. Itulah kunci bahagia miliknya.
4. Memey Suhaiza
Ads
Tidak terkecuali juga pelakon Memey Suhaiza yang hidup bahagia bersama tiga anak tirinya. Kabus hitam yang pernah menyelubungi Memey dan Norman Hakim suatu ketika dahulu sudah lama berlalu. Kini, sinar cahaya kebahagiaan melimpah dengan penuh kasih sayang. Malah, mereka antara pasangan yang menjadi contoh kerana mendidik anak-anak dengan baik.
Memey Suhaiza bukan hanya berkongsi bahagia dengan dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, malah kebahagian tersebut turut dikongsi bersama tiga anak hasil perkahwinan Norman dengan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, serta Maria Danisha Hakim, 9.
5. Ashanty
Begitu juga dengan penyanyi Indonesia, Ashanty. Sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah, Ashanty bukan hanya menerima cinta Anang bahkan berkongsi kasih dengan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel. Akrab sebagai sahabat, Ashanty kerap membela Aurel di laman sosial apabila Aurel kerap dikutuk oleh netizen akan kisahnya saban hari. Itulah kasih sebenar ibu tiri yang wajar dijadikan teladan.
Sebagai manusia janganlah mudah melabelkan status ibu tiri sebagai negatif dan memandang sinis. Apa ada pada sebuah gelaran? Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan setiap hari dengan baik dan memegang amanah dengan sebaiknya. Biarpun bukan darah daging sendiri, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang menjadi kunci kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon, Hisyam Hamid, 38, masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama isteri, Rosmawati Hanafi atau mesra disapa Melrose dan anak-anaknya walaupun mereka ‘dipisahkan’ negara.
Hisham yang juga pelakon Singapura ketika ditemui berkata, isterinya sangat memahami dan sehingga kini kemesraan dalam lakonan bersama pasangan pelakonnya tidak pernah menjadi masalah utama dalam hubungan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, tahun ini dah 10 tahun saya berlakon dan tinggal di Malaysia. Mel pun sangat faham dengan kerjaya saya dan dia juga tahu setiap pelakon wanita yang bekerja dengan saya.
“Ibu saya tak nak pindah ke sini, anak-anak masih bersekolah di Singapura. Setakat ini, memang tak pernah jadi masalah utama dalam hubungan kami yang mengaitkan saya dengan pelakon wanita di lokasi. Saya bekerja secara profesional.
“Cuma, saya tak nafikan sekarang kurang berkongsi foto keluarga di media sosial. Ini kerana saya sudah tidak aktif di media sosial, mungkin faktor usia. Saya sibuk dengan kerja, penat dan tiada masa nak selalu update (kemas kini),” katanya kepada Harian Metro.
Hisham berkata, memandangkan dua anaknya semakin membesar membuatkan dia memilih untuk lebih berkongsi mengenai kerja saja di media sosial berbanding keluarga dan peribadi.
“Anak sulung saya pun akan ambil peperiksaan O Level tahun ini. Jadi, apabila anak dah besar, dah lain. Kalau dulu, masa kecil orang tengok pun comel, tapi sekarang mereka dah semakin membesar dan saya fikir ada baiknya simpan sedikit untuk diri saya saja.
“Saya pun sangat sibuk dengan kerja hingga masa untuk diri sendiri tiada. Jadi, kalau ada sedikit kelapangan masa itu memang saya luangkan dengan anak-anak yang ketika ini meningkat remaja dan cabaran sangat berbeza,” katanya.
Ditanya bagaimana dia berhadapan dakwaan cuba mengaitkan rumah tangganya tidak bahagia, Hisham berkata, dia teruskan kehidupan macam biasa kerana hubungannya dan isteri memang tidak bermasalah.
“Saya lalui kehidupan harian seperti biasa. Hubungan kami tiada masalah pun. Sesiapa yang memang betul-betul ikuti saya di Instagram pasti tahu situasi sebenar,” katanya.
Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.
Apabila tiba nak hari raya je , ramai akan berpusu-pusu ke kaunter bank untuk menukar duit raya. Memang beratur panjang aje. Lagi risau, jika ada yang tak ikut SOP ketika beratur.
Menarik perkongsian oleh Nur Ilyana di facebook, menerangkan cara mudah dengan hanya menggunakan mesin ATM. Tak perlu beratur panjang dah.
Nak tahu caranya, ikuti panduan wanita ini.
Cara tukar duit raya di Maybank Hanya di ATM Machine
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine, Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :
Pergi ke Maybank yg besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu ( seperti gambar ).
Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula2 dia kata dah habis. Biasalah.
Lepas tu apa lagi, cakaplah, Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis. tapi bang, Saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk., ( haa..sambung sendiri la, takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew.
Setiap isteri perlu berusaha untuk memikat suaminya setiap hari. Terkena panah arjuna katanya.
Seorang isteri memang perlu selalu memikat suaminya.
Lelaki menunjukkan sayangnya dengan mengambil berat, risaukan anda. Tetapi mereka amat sukar meluahkan kata-kata.
Bimbang cintanya kian pudar? Cuba 10 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan taman di hatinya.
1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
2. Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
3. Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.
4. Makan bola, tidur bola, minum pun bola
Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti.
5. Percaya
Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.
6. Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
7. Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!
8. Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.
9. Hadiah
Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
10. Teman
Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.
Sumber: tzkrh.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.