Perihal anak luar nikah ini adalah amat sensitif. Ia bukan suatu yang boleh diambil ringan dan dibuka pekungnya semudah ABC.

Adakalanya berdiam dan tidak memberitahu adalah lebih baik. Oleh itu jika perlu memberitahu, maka buatlah ‘Seperti menarik rambut dari tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus.’

Menurut Ibu Rose – Mesejnya Kasih masa terbaik untuk berterus terang adalah tidak umum. Ia unik untuk sesebuah keluarga dan bergantung pada pertalian di antara anak dengan ibu bapa serta adik beradiknya.

Ibu Rose merupakan Trainer Nuero Semantic-NLP yang Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Modal Insan’ (Human Capital Development). Ikuti penerangan Ibu Rose tentang isu ini.


Untuk memberitahu hal sebenar; perlu dipertimbangankan kebolehan anak itu untuk ‘handle’ berita berat sebegini.

Bila kita membuka sesuatu yang merupakan Aib, apakah hukumnya? Ya, ibu bapa anak itu telah terlanjur dan bersalah. Namun, perlukah anak itu memikul stigma itu SEPANJANG HAYAT DAN KETURUNANNYA.

Status Anak Luar Nikah- Bagaimana Kaedah Terbaik Untuk Berterus Terang Tentang Status Mereka?

Fikirlah baik-baik sebelum bertindak membuka suatu rahsia yang berat ini kepada seorang individu. Apa yang boleh dielak, elakkanlah. Fahami mendalam hukum-hakam Agama dan JANGAN menggunakan Agama untuk kepuasan diri. Hanya Allah yang layak mengadili.

Ads

Dan bagi ibu bapa yang telah bertaubat, kuatkan insaf dan bermohon kepada Allah untuk jalan terbaik diberi.

Bagi yang belum, fahamilah inilah sebab Allah melarang perzinaan. Yang memikul adalah anak itu.
Waktu yang kita tahu, tidak ada jalan lain kecuali untuk berterus terang. Namun, satu perkara yang boleh memudahkan dan menggurangkan pergeseran bila rahsia ini perlu diberitahu; jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak itu; dan beri dia merasakan dia bukan yang bersalah di sini. Nyatakan kesalan berat hati ibu bapa yang bersalah itu. Dan ingatkan bahawa, di sisi Allah dia bersih dan tidak hina. Perbuatan ibu bapa itu yang hina. Dan ibu bapa juga telah bertaubat nasuha.

Jika anak itu adalah anak luar nikah kerana ibunya mangsa rogol, maka sangat penting si anak merasakan kasih sayang si ibu dan ahli keluarga yang lain. Bila ini berlaku, kesedihannya mungkin kurang sedikit. Namun, janganlah ingat anak itu tidak akan sedih langsung.

Fahami juga reaksi sedih itu berbeza-beza. Ada yang terus marah. Ada yang memendam rasa. Ada yang menyalah ibu bapa dan mungkin lari dari keluarga. Ada yang akan menerima dengan baik. Apa sahaja reaksi mereka terimalah dengan hati terbuka dan banyak berdoa kepada yang berkuasa. Minta ditenangkan hati semua yang terlibat.

Orang yang paling dikasihi dan dipercayai oleh anak itu dan orang yang pandai menyusun kata dan bercakap dengan penuh berhemah dan kasih-sayang.
Belajarlah komunikasi berkesan. Sebab kaedah ini bukan suatu yang boleh diberi sekadar tips sahaja. Komunikasi berkesan ini adalah skil yang semua orang perlu belajar dan miliki. Ianya juga boleh dipelajari.
Yang penting jangan sekadar belajar tips; tapi belajarlah sungguh-sungguh dari mereka yang bertauliah.

Ads

Satu idea yang boleh Ibu kongsikan adalah; bila mahu berterus terang itu, ‘state’ atau keadaan diri kita mestilah tenang dan penuh rasa simpati. Bila kita tenang, maka lebih mudah kita berkomunikasi dengan lebih berkesan dan hati ke hati.
Namun, belajarlah betul-betul ilmu komunikasi ni. Banyak masalah wujud kerana ‘broken communication’.

Status Anak Luar Nikah- Bagaimana Kaedah Terbaik Untuk Berterus Terang Tentang Status Mereka?

Jika kita telah bersalah kerana keterlanjuran, bertaubat dan berazam untuk tidak menggulangi. Walaupun sudah berkahwin, zina bukan suatu yang boleh dihampiri. Jagalah aurat pergaulan. Jangan bersama dengan orang yang bukan muhrim kita di tempat yang sunyi. Kerana ternyata akan ada yang ketiga, iaitu syaitan yang telah berjanji mahu menyesatkan cucu-cicit Adam a.s.
‘Office Affairs’, adalah suatu yang sering berlaku dan melibatkan mereka yang telah berumah-tangga juga. Elakkan.

InsyaAllah ini boleh dilakukan dengan menjaga aurat pergaulan dan berpegang dengan Tali Allah.

Ads

Allah tidak kata, jangan berzina sahaja. Allah kata jangan MENGHAMPIRInya pun tak boleh.

Ibu lebih tujukan penerangan ini dari sudut Agama Islam; sebab dalam Agama Islam, kita ada hukum mengenai anak luar nikah ini. Untuk agama lain, Ibu kurang pasti. Namun, jika di barat, anak luar nikah ini adalah suatu kebiasaan. Masyarakat di sana menerimanya seperti biasa sahaja. Bagi Ibu ini bukan suatu contoh yang patut kita ambil.

Seperkara lagi, Ibu ingin ingatkan; janganlah dihina anak-anak luar nikah ini. Ingat dan insaflah bahawa kesalahan itu bukan kesalahan mereka. Kewujudan mereka tetap bersih dan indah dimata Allah. Yang tersilap adalah ibu bapa mereka dan ramai diantara mereka telah bertaubat. Oleh itu bagi yang melihat, jangan sekali menjuih mulut dan menghina walaupun di dalam hati. Kerana dikuatiri akan jatuh ke hidung sendiri.

Ingatlah bahawa yang salah dan tidak baik itu adalah perbuatan berzina itu. Jika yang melakukan telah bertaubat, siapa kita untuk menghukum lagi?

Semoga hati kita senantiasa insaf akan pengajaran dariNya.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI