Kejadian blackout atau bekalan elektrik terputus terutamanya pada waktu malam tentunya akan menyebabkan satu rumah akan bergelap. Bila ini terjadi, boleh mengundang rasa takut pada anak-anak dek kerana terlalu lama bergelap.

Namun alangkah bagusnya andai kita bersiap sedia sekiranya berlaku perkara tersebut.  Tidaklah menggelabah kita mencari lilin, lampu suluh atau pemetik api bila bekalan elektrik terputus.

Cara yang ingin dikongsikan oleh Wan Emilia Elisyhah ini tidak kurang hebatnya. Bukan sahaja menyenangkan malah bajetnya juga cukup rendah, hanya RM 2.10 sahaja.  Menariknya juga, ini bukan sahaja memudahkan kita untuk mendapatkan sumber cahaya ketika dalam kegelapan, malah yang penting anak-anak tidak lagi berasa takut hingga menagis dan menjerit bila tiada bekalan elektrik.

Nak tahu apakah perlu kita buat, jom semak perkongsian menarik ini.

Okay korang wajib beli lampu LED kat kedai ECO ni untuk waktu kecemasan time tak ada elektrik . Korang takyah dah pasang lilin , cari lighter ke psang torchlight hp ke dah lepas ni.

Ads

Stanby Lampu Kecemasan Ni Di Rumah. Modal RM 2 Je & Memang Terang Menderang Satu Rumah Bila Blackout!

Korang just beli lampu LED kecik ni pastu beli batery 3A yang kecik tu .Then terus pasang dan tampal je kat dinding. Nak kukuh letak lagi double tape kat belakangnya.

Ads

Stanby Lampu Kecemasan Ni Di Rumah. Modal RM 2 Je & Memang Terang Menderang Satu Rumah Bila Blackout!

Ni idea myfather myhero Wan Zool  dia yang buat dulu kat rumah.

Ads

Nak tengok sejauh mana terang lampu ni, korang tengok video kat bawah.

okay korang tengok sendiri terang ke tak terang??? tu baru 1 lampu geng. belum dua tiga kalau bergabung . 😂

Posted by Wan Emilia Eliyshah on Monday, July 15, 2019

Beli tu banyak sikit, boleh pasangkan kat rumah orang tua kita, senang orang tua kita click je lampu tu kalau tak ada eletrik  dan boleh juga buat meja makeup, letak kat sekeliling cermin fuhhh memang terbaik!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI