Keibubapaan

Stail Parenting Dr. Sheikh Muszaphar, Rupanya Ini Rahsia Didik Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

Share

Mendidik anak-anak memerlukan ilmu apatahlagi dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini. Menjadi ibu bapa yang baik memerlukan kesabaran, kefahaman dan kemahiran untuk memberikan keselamatan dan keamanan selain memenuhi keperluan asas mereka.

Keibubapaan merangkumi semua aspek dalam hidup seorang kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, emosi dan intelektual mereka. Mempunyai pengetahuan keibubapaan yang baik juga membantu mengurangkan kemungkinan masalah tingkah laku anak.

Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, lelaki ini memberikan info mengenai cara didikan yang boleh dijadikan panduan. Mungkin lain orang, lain caranya. Tapi tak salah untuk kita ambil mana yang sesuai dengan cara kehidupan kita.

Stail Parenting Dr. Sheikh Muszaphar

Satu hari tu, terjumpa satu info menarik, ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar‘.
Maklumlah, hidup saya sekarang seputar keluarga. Disamping isteri dan anak-anak. Jadi saya suka baca apa-apa berkaitan keluarga dan parenting. Buku, artikel, ebook.

Selepas baca satu persatu tip itu, saya rasa saranannya kena dengan jiwa, ringkas dan praktikal untuk mak ayah zaman sekarang.

Rupanya Ini Rahsia Didik Anak Jadi Bijak Sejak Kecil

Saya kongsikan di sini:

1. Ucap “I love you” kepada anak, paling kurang 10 kali sehari. Bunyi macam senang. Tapi cuba check berapa kali kita dah cakap sayang kepada anak-anak hari ni?

2. Jangan biar masa anak terbazir. Isikan dengan aktiviti yang produktif. Bukan tengok tv dan gajet. Jangan biarkan anak-anak bebas isi sendiri masa mereka.

3. Guna sebaik baiknya ‘The golden age of the kids’. Golden Age kanak-kanak adalah dari lahir hingga umur 6 tahun. Dalam 6 pertama mereka ni, tanam minat pada anak sebanyak mungkin. Biar mereka explore apa sahaja.

4. Inspire and encourage your kids. Push their limit. Bila anak-anak nak buat sesuatu, kita bagi dorongon, beri sokongan. Apabila berjaya, kita puji. Jangan kondem atau perlekeh usaha anak-anak.

5. Stick with your rules. Kita boleh jadi penyayang, tapi perlu tegas bab peraturan dan akhlak. Kita lah polis dalam rumah. Bila waktu bangun, bila waktu belajar. Waktu tidur.

6. Expose anak-anak dengan pelbagai aktiviti. Boleh bantu anak bina pengalaman baru untuk bentuk peribadi dan emosi. Mak ayah boleh dedahkan anak-anak dengan benda baru.

7. Kanak-kanak sukakan rutin. Cipta rutin untuk mereka. Dari bangun tidur, sampai malam nak masuk tidur.

8. Children will never get tired. Tak berhenti bermain. Penuhi masa dgn pelbagai aktiviti. Guna tenaga unlimited mereka untuk tolong kita dalam rumah.

9. Comunicate, communicate, communicate. Paling penting Eye contact. The best is kena sama paras dgn mata anak bila bercakap. Sebab, bila kita bercakap macam tu, anak akan rasa point kita tu penting. Dan anak rasa diri mereka penting.

10. Never say NO. Sebab komunikasi macam tu adalah komunikasi satu hala. Banyakkan guna “Kenapa”. Dapat latih anak berfikir dan berkomunikasi dua hala.

11. Start young. Perkenalkan apa sahaja sejak dari awal. Contohnya, nak suruh anak-anak minat membaca, dedahkan dengan buku sedari kecil.

12. Home environment. Sediakan persekitaran rumah yang baik untuk anak-anak. Suasana yang selesa untuk belajar dan selamat untuk bermain.

13. Belajar bahasa. Ajar anak-anak bertutur bahasa baru.

14. Identify the signs of stress. Jika ada tanda-tanda tu, kena ubati cepat-cepat. Jangan biarkan berlarutan.

15. Education start at six(umur). But learning begin at birth. Ajarkan anak apa sahaja yang kita nak mereka mahir seawal umur sehari.

Itulah ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar‘, Angkasawan Negara kita.  Sebetulnya, ada pelbagai kaedah dan cara parenting untuk anak-anak zaman moden ni.

Banyak buku-buku hasil kajian oleh pakar kanak-kanak telah diterbitkan. Tinggal kita mak ayah nak pilih dan praktikkan. Ikut keselesaan dan kesesuaian dengan anak-anak masing-masing. Tak ada salah dan betul.

Yang salah dan jadi masalah adalah apabila kita taksub dengan satu cara, dan kritik cara orang lain, seolah-olah cara kita saja yang betul, orang lain salah.

Apabila dah taksub, mak ayah terlalu memaksa anak-anak. Sampaikan anak-anak stress. Setiap anak ada kecenderungan mereka. Ada minat tersendiri mereka. Jangan sampai anak-anak stress dan kita rosakkan masa depan mereka. Sudahkah kita lupa apa yang terjadi kepada anak genius Sufiah Yusuf akibat tekanan semasa kecil?

Satu lagi, ada mak ayah suka rendahkan anak orang lain. Bangga anak kita lebih pandai daripada anak orang. Anak sendiri umur 5 tahun dah pandai baca buku. Anak kita umur 6 tahun dah khatam Quran. Anak kita mampu buat apa pun, cukup kita sahaja yang meraikan, tak perlu heboh.

Setiap anak sudah ada potensi dan kemampuan tersendiri mereka. Ada yang cepat, ada yang perlukan lebih perhatian dan dorongan. Tugas mak ayah untuk cungkil dan asah bakat mereka.

Cara dan kaedah parenting semua ini hanyalah rujukan atau pemudahcara untuk mak ayah. Tak perlu taksub kepada satu-satu cara sahaja. Yang penting anak-anak suka, mak ayah gembira, tak serabut kepala.

Kredit: Azlan Noor

Baca artikel berkaitan: Dr Sheikh Muszaphar Tak Sangka Bella Genius, Rupanya Skor IQ Lebih 130!

Bukan Mudah Nak Urus 6 Anak, Dr Sheikh Muszaphar Sanggup Pindah Rumah