Staf ‘Ikat Perut’ Simpan Duit Kahwin, Hafiz Mahamad Bantu Beri Cek 10K Dengan Syarat..

Share

Rasanya bila sebut nama Hafiz Mahamad, satu Malaysia mengenali pempengaruh dan juga usahawan ini. Selain terkenal sebagai seorang suami yang penyanyang sering membuat kejutan buat isteri tersayang, malah dia juga dikenali ramai dengan tindakannya yang suka membantu orang-orang sekeliling dari segi kewangan.

Baru-baru ini, Hafiz sekali lagi tular kerana tindakannya yang tampil membantu seorang kakitangannya dari segi wang ringgit sebanyak RM10,000 menerusi sebuah video di akaun instagram peribadinya.

Dalam video tersebut, Hafiz bermurah hati untuk membantu kakitangan lelaki tersebut yang berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan syarat supaya menjaga bakal isterinya dengan baik dan menyantuni ibu bapanya sebelum menyerahkan cek bernilai RM10,000.

Dalam pada itu, usahawan berumur 30 tahun sempat berseloroh berharap supaya kakitangannya tidak menggunakan duit tersebut untuk tujuan bermain pelaburan atas talian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Hafiz sehingga layak digelar sebagai majikan contoh. Malah, ada juga yang mencuba nasib bertanyakan kekosongan jawatan di Ainaabeauty.

Terdahulu, Hafiz Mahamad atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Syafiqah Aina dengan menyewa sebuah pawagam dan pakej menunaikan haji.

Lebih mengejutkan dia dikatakan telah memegang rekod sebanyak 55 kali tanpa gagal dalam membuat kejutan untuk hari lahir isterinya yang berusia 29 tahun itu.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad