Anak-anak bila dah meningkat dewasa, satu hal yang menjadi kerisauan ibu bapa selain masalah kerja, semestinya soal jodoh. Yang mana dah ada pilihan hati sendiri dan ‘lulus’ dari pandangan orang tua tak menjadi masalah. Yang masalahnya, bila susah nak mencari atau tak rasa nak mencari jodoh, sememangnya menjadi kerisauan ibu ayah, lebih-lebih lagi yang tak sabar nak timang cucu!
Waktu tu mula lah misi mencari menantu digerakkan oleh ibu ayah! Ada yang sampai nak kenenkan dengan anak kawan-kawan lagi tau… Lain pula dengan pasangan ini di mana gelagat mereka yang ‘out of the box’ telah meriuhkan suasana dalam sebuah majlis konvokesyen baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman Tiktok yang juga menantu kepada pasangan ini, Nurulmohdshah menyaksikan gelagat ibu dan bapa mentuanya mencari calon menantu ketika di Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ads
“‘MENCARI CALON MENANTU’ 🤣 Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma 🤣 Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak 🤣” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut mempamerkan sepasang suami isteri memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di Istiadat Konvokesyen anak perempuannya menarik perhatian netizen.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah situasi yang dapat digambarkan tentang kisah puan Norazeean Tahir ini.
Bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 pada 25 Mac lalu dan sebelum itu ibunya juga disahkan positif Covid-19 bahkan dia sekeluarga juga perlu dikuarantin kerana dikhuatiri dijangkiti.
Lalu Norazeean berkongsi tarikh-tarikh penting yang telah dilalui dalam ‘melawan’ covid-19 di akaun fb miliknya.
MARCH 2020
20.3.2020 Jumaat
– Arwah abah di masuk kan ke hospital Muar.
– Dari Zon Merah ke ICU
– Dari Sakit Tua kepada Covid19
23.3.2020 Isnin
– Mak disah kan Positive Covid19
– Mak dihantar ke hospital Permai
25.3.2020 Rabu
– Dalam pukul 4.30am..Terima perkabaran yg amat menyedihkan..
– Abah tinggal kan kami semua utk selamanya..
26.3.2020 Khamis
– Terima Wasap & call pasal result Saringan..
– Allahuakbar….kami semua positive..
– Pukul 8.15pm..Ambulance amik kami bertiga..
– Tak tergambar muka firas mase ni..hati seorang ibu hanya mampu berdoa yg baik2 untuk ank yg tak pernah mengerti…
– Warded di Hospital Kluang
29.3.2020 Ahad
– Hari ke 3 di sini…
– 2nd Saringan Covid19 dibuat pada pukul 10.40am.
Hanya mampu berdoa moga Allah memberikan keajaiban & kesembuhan pada Yan & Firas & Suami & Mak Yan dengan segera.
Memetik berita di Harian Metro, lebih menyedihkan apabila ibu seorang anak itu tidak dapat menatap wajah arwah bapanya, Tahir Maruwan buat kali terakhir kerana dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang , Johor pada hari sama selepas menerima keputusan ujian saringan pertama yang dilakukan pada 24 Mac.
Norazeean, 33, berkata, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana dia rapat dengan bapanya sejak kecil lagi tetapi hanya dapat melihat urusan pengebumian menerusi video dikirimkan adik beradik lain.
Suami, Nurazlan Md Warap, 36, anak, Nur Firas Zafran, 14 bulan, dan ibunya, Norini Soudar, 60, turut dikuarantin tetapi ditempatkan di Hospital Permai, Johor Bahru.
Namun, Norazeean dan Nur Firas sudah dibenarkan pulang ke rumah, petang semalam selepas disahkan negatif pagi kelmarin manakala suami serta ibunya masih menunggu keputusan ujian saringan masing-masing.
Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Selagi masih bernyawa pasti ada sahaja masalah yang mendatang.
Rasa kecewa, patah semangat atau ‘down’ adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap manusia. Namun amat penting untuk sentiasa tabah setiap apa yang berlaku.
Menarik dengan perkongsian ini yang menerusi facebook, Hairul Vcool memberi kata-kata semangat untuk kembali ‘kuat’ menghadapi cabaran yang mendatang.
Dalam pada itu, para warganet yang mengikuti penulisan ini meluahkan rasa syukur setelah membaca coretan ini. Meninjau di ruangan komen antaranya,
“ Disaat saya down, perlukan semangat. Terbaca penulisan ini. Masya Allah… Allahuakbar…Terima kasih Allah…Terima kasih tuan penulis…Muhasabah diri yang dicari… Syukur…”
“Sangat tepat..kdg2 kita terlupa diri..muhasabah diri..apa2 pun bersyukur dengan apa yg adam..hidup dengan redha Allah..”
“Perancangan Allah itu. Terbaik. pasti ada hikmah di sebalik ujian Nya…”
“Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan membaca catatan ini. Ia memang menambahkan lagi kekuatan dan keyakinan.”
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing. Ada yang masih single. Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah. Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung. Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap. Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap. Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90. Zon masa kita semua tak sama. Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden. Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama. Ada yang ‘depan’ dari kita. Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita. Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan. Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih. Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri. You are not late. You are just on time. Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya. Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
JANGAN LUPA ALLAH
Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu ALLAH. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak Allah. Yakin. Yakin. Yakin.
Jangan runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.Jangan runsing belum ketemu jodoh. Jangan ribut belum ada zuriat. Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan. Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan. “eh nanti tua siapa nak jaga kau.” Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua?
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah. Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting. Pendek kata. ALLAH ADA. Jangan takut.
Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).
Demikian menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Malah, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.
Jelasnya menerusi laporan di dalam Kosmo Online, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.
la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.
Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.