Banyak kegunaan gunting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain digunakan untuk memotong barangan biasa, ia juga digunakan di dapur untuk siang ikan kerana lebih laju penggunaannya.
Menjadi berubah mood bila tengah seronok buat kerja, tup tup gunting tumpul! DItambah pula, gunting tu gunting favourite. Nak mencari yang lain, tah kemana hilangnya. Nak beli yang baru, malas nak keluar! Jadinya… Perlu jadi bijak sikit di rumah tajamkan semula bilahnya yang tumpul tadi. Lagipun, tak ada lah membazir beli yang baru. Kan? Jom cuba cara ini!
1. Guna kertas pasir
Ambil kertas pasir kemudian gunting menggunakan gunting yang tumpul. Buat potongan dari dalam ke hujung mata pisau. Lakukan dalam 10-20 kali. kemudian bersihkan gunting dari kerikil kertas pasir.
2. Botol kaca
Cari botol kaca yang ada di rumah, sama ada botol kicap, cuka, balang dan sebagainya. Kemudian buka gunting seluas-luasnya dan letakkan mata pisau
gunting pada bahagian kaca.
Lakukan gerakan seperti menggunting pada botol kaca tujuannya supaya mata pisau diasah pada botol kaca. Ulang sehingga mata pisau tajam. Boleh uji dengan menggunting kain atau kertas.
3. Guna aluminium foil
Cara ini sama macam kaedah kertas pasir. Ambil aluminium foil, lipat dua lalu buat potongan menggunakan gunting yang tumpul.
Gunting aluminium foil dari dalam hingga ke hujung mata pisau. Lakukan sehingga rasa gunting sudah kembali tajam.
Cara penjagaan gunting
Pastikan gunting sentiasa kering, rajin-rajinlah meletakkan minyak pada sendinya.
Asingkan gunting untuk kegunaan memotong fabrik, kertas dan sebagainya untuk mengekalkan ketajamanya
Sumber: Wikihow
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!