Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.
Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.
1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud:
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,
Dan Engkau dpt mjadikn tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.
-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
Ads
2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca Al-Qur’an.
Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.
Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.
Ads
Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.
Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.
4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.
Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Ads
Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.
Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat.
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab.
Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.
Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.
Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.
Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.
Melihat anak asyik dengan gajet buat mak ayah pening kepala untuk mengawal mereka. Lagi-lagi bila asyik bermain game seharian. Buntu jadinya.
Walau sudah ditegur dengan baik, anak yang semakin membesar menjadi semakin susah untuk dikawal. Apa lagi kepada anak yang makin meningkat remaja.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sibukkanlah waktu anak agar anak tidak mempunyai masa untuk bermain di telefonnya.
Jom ikuti perkongsian dari beliau.
Anak asyik main game sebab terlalu banyak masa lapang. Sebab tu kena sibukkan anak remaja dengan rutin dan jadual yang padat.
Cara yang saya guna:
1. Setiap petang, mesti keluar rumah untuk beriadah. Boleh main bola, joging dan buat apa sahaja aktiviti untuk keluarkan peluh.
2. Yang saya sangat belajar ialah mak ayah pun ikut beriadah dengan anak. Membuatkan bonding kita dengan anak jadi lebih baik.
Penat atau tak, saya pun kena keluar beriadah dengan anak.
3. Beri kelas tambahan untuk tambah skil baru. Contohnya, kelas karate, kelas berenang dan kelas mengaji.
4. Bila dah sibuk, lama-lama dia pun dah tak teringin nak main game.
Baru-baru ni saya tanya anak saya, ada lagi ke rasa nak main game. Walaupun hujung minggu ada je slot untuk dia berehat tapi dia dah kurang minat dengan game.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Hairul Azreen Idris mengambil keputusan menjual kereta mewah dan juga motosikal berkuasa tinggi kesayangannya demi keluarga tercinta.
keputusan tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya. Menurut Pelakon Paskal ini, keputusan tersebut dibuat demi melunaskan nazar selepas isterinya, Hanis Zalikha hamil anak kedua.
“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.
Pasangan ini berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikut pasangan ini yang memuji akan sikap Hairul sebagai contoh suami dan ayah yang baik.
ciknarratu Moga bertambah rezeki setelah menunaikan nazar demi anak.. ??? anak permata dunia akhirat setiap pasangan.
fye_azazel inshallah demi keluarga berkorban sekarang…nanti Allah ganda kan lagi rezeki sekeluarga amin ?
acikshifah alhamdulillah…bersederhana aja kn ok..janji ada knderaan utk ke hulu ke hilir..btul tak.hairulazreen
svr_77 Alhamdulillah..tahniah pada hairul & hanis sebab yusof nak dapat adik dan keputusan yg bijak tukar ke kereta ehem tu.. cuma bila lah boleh merasa naik kereta baru tu hahaha ??
muhdafifanas769 Abang hairul saya harap saya dapat berjuang seperti abang juga satu hari nanti.Berjuang menjadi seorang ayah yg hebat demi keluarga?? amiin
Siapa yang tak kenal Taman Tema Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor. Sebagai taman tema yang sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Legoland Malaysia Resort yang menampilkan segmen utama seperti taman tema itu sendiri, taman air, akuarium sea life dan hotel.
Bagi yang pertama kali menjejak kaki ke sini, segmen taman tema yang wajib diterokao oleh anda dan seisi keluarga. Mana taknya taman tema menawarkan lebih daripada 40 permainan dan tarikan yang merangkumi lapan bahagian iaitu The Beginning, LEGO® Technic, LEGO® CITY, LEGO® Kingdoms, Miniland, . Imagination, Land Of Adventure dan Lego Ninjago World. Yang pasti taman Tema LEGOLAND Malaysia Resort memberikan keriangan buat anak-anak.
Bayangkan sebaik sahaja melangkah ke sini, pengunjung bakal merasaikan menjadi seorang Kesatria yang penuh keberanian, bertemu dengan lanun yang penuh semangat, menjelajahi tanah purba, atau malah dibawa ke seluruh dunia hanya dalam beberapa langkah sahaja. Memasuki taman tema ini bagaikan anda berada di dunia lain! LEGOLAND Mala ada sesuatu menarik untuk seluruh keluarga!
8 BAHAGIAN WAJIB TEROKAI
1.The Beginning
Bersedia untuk memulakan keseronokan! Pintu Masuk adalah permulaan segala yang mengagumkan. Di sini adalah tempat di mana anda dan keluarga mendapat tiket masuk dan pass tahunan. Kakitangan LEGOLAND® dengan senang hati akan menjawab sebarang pertanyaan atau memberikan bantuan.
2.LEGO® Technic
Ruangan ini terdapat enam bahagian iaitu PLANET LEGOLAND®, Aquazone Wave Racers buat yang suka main air. Siap sedia apabila bom air meletup di sekeliling apabila disebabkan oleh orang yang lalu. The Great LEGO® Race pula seronoknya apabila naik roller coaster dengan teknologi realiti maya (VR) dan permainan Technic® Twister dengan kelajuan pusingan yang menyeronokkan. LEGO® MINDSTORMS dan LEGO® ACADEMY pula untuk membangunkan minda dan menggembirakan deria dalam persekitaran yang sepenuhnya berhawa dingin.
3.LEGO® CITY
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sini seperti anak-anak dapat belajar memandu di
Driving School, LEGO® City Airport menjadi juruterbang cilik, LEGOLAND® EXPRESS menaiki keretapi sambil melihat keindahan kawasan sekitarnya, Boating School pula menjadi kaptain muda mengemudi bot! Kawasan wajib pergi adalah ruang Lego City Stage yang memaparkan pementasan LIVE lego Ninjago! Anak-anak pasti teruja!
4.LEGO® Kingdoms
Memasuki ruang ini, anda dan anak-anak bagaikan berada di dalam sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, kemunculan watak Dragon menjadi daya penarik ruang permainan ini. Ia termasuk roller coster ‘The Dragon’ yang mencabar rasa ketakutan anda. Ruang pentas (castle stage) untuk melihat persembahan ‘Diraja’ istimewa.
5. Miniland
Miniland adalah sebuah ruang yang luas memaparkan rekabentuk bangunan pilihan yang dibina menggunakan lego. Sungguh kagum! Antaranya Miniland Putrajaya, Miniland Brunei, Miniland Combodia, Miniland Pirate. Melalui kawasan ini memberikan pendedahan kepada anak-anak mengenai rekabentuk bangunan-bangunan luar negara sekali gus memberikan pembelajaran buat mereka.
6. Imagination
Ruangan ini penuh dengan aktiviti keriangan untuk anak-anak seperti menonton filem pendek dalam format 4D. Juga jangan lepaskan peluang untuk aktiviti membina, perlumbaan, dan aktiviti memanjat menguji kesabaran anak-anak.
7. Land Of Adventure
Melangkah masuk ke bahagian ini ini dengan tema ala Firaun dan dinosaur. Tapi berwaspada! Anda tak pernah tahu apa yang menanti di hadapan! Dino Island menyaksikan perjalanan bot yang mendebarkan. Lost Kingdom Adventure pula perjalanan mencaru harta karun. Jangan lupa pula mencuba bettle bounce. memang menyeronokkan!
8. Lego Ninjago World
Ruangan ini menjadi ruangan popular anak-anak. LEGO® NINJAGO™ The Ride ialah permainan pengembaraan gelap 4D yang begitu mengasyikkan. LEGO® NINJAGO™ The Ride, menjadi daya tarikan berteknologi tinggi. Permainan baru ini membolehkan anak-anak dan ibu ayah menggunakan tangan untuk melontarkan petir, mencetus gelombang renjatan, menghamburkan ais dan menembak bebola api dengan tahap ketepatan yang tinggi.
Jom apa lagi, datang ke sini bercuti bersama keluaraga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.