Span Pencuci Pinggan Pun Kena Dibersihkan. Kalau Tak, Akan Penuh Kuman!

Share

Mungkin selama ini, kita rasakan dengan mencuci pinggan mangkuk sudah semestinya pinggan tersebut bersih sepenuhnya.

Namun siapa sangka, sebenarnya penggunaan span yang tidak diurus dengan baik akan menjadi punca pembiakan bakteria.

Ini sebagaimana yang dijelaskan melalui posting fb Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Faktanya juga, span pencuci perlu dibersihkan! Nak tahu bagaimana, jom semak!


Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.

Bersihkan span:

?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit.
?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit.
?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.

sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.