Jika anda sekeluarga peminat menu pasta, tentu tidak akan kecewa bila menyediakan menu yang dikongsikan oleh Eka di salah satu group masakan di Facebook. Ini memandangkan perkongsian resipi Spaghetti Carbonara ini telah tular dan ramai teruja untuk mencubanya.
Jadi apa kata anda juga bolehlah mencuba resipi ini dan rasai keenakan rasanya sendiri. Selamat mencuba.
Resepi Spaghetti Carbonara cara saya untuk 2-3 orang makan;
Bahan-bahan:
– Spaghetti secukupnya (saya pakai angel hair punya. Jenama Prego)- BELI
Bahan-bahan hiasan;
– Chilli Flakes McCormick
– Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh je pilih mana 1 nak pakai)
Cara-caranya;
1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.
2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan cendawan yang dah dihiris.
4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
5. Perasakan garam dan secukup rasa.
6. Letak blackpepper.
7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
8. Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dengan chilli flakes & parsley leaves
Sumber : Eka via MAHN
ARTIKEL MENARIK: Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club