Sotong Selalu Mengecut Dan Berbau Hanyir? Ini Cara Nak Kasi Saiz Kekal Sama

Share

Bagi anda yang suka memasak, tentu anda sering menghadapi masalah apabila masak sotong. Tak kisahlah sama ada dimasak goreng atau berkuah. Sotong tersebut pasti akan mengecut dan hidangan anda akan nampak kuah sahaja kerana sotong tersebut sudah mengecil.

Di laman Facebook, seorang wanita bernama Zin Rose telah berkongsikan cara untuk mengekalkan saiz sotong ini dan juga cara untuk menghilangkan bau hanyir makanan laut tersebut.

Selepas ini pasti hidangan sambal atau gulai sotong anda tampak lebih menyelerakan dan menyiurkan.

Petuanya sangat mudah. Anda hanya perlu :

1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.

2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.

3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.

4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.

Kemudian bolehlah masak sotong ikut cita rasa.

Semoga bermanfaat

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club