Buat mereka yang suka masak makanan laut, apa kata hari ini masak sambal sotong. Tapi biasanya ada sambal sotong yang berkuah. Nak rasa lebih sedap, cuba resipi ini, sambal sotong kering. Memang superb sedap!
Ikuti perkongsian resipi ini.
Zie nak kongsi resepi sambal sotong cara zie. Jangan malas membaca. Sape malas dia masak tak sedap. Kalau nak buat sambal sotong ni, pastikan hari korang rajin nak kemas dapur. Kalau tak, korang akan stress tengok lantai dengan dinding.
RESEPI SAMBAL SOTONG KERING
Bahan-bahan: – 1 kilo sotong – 3 biji bawang besar – 3 ulas bawang putih – 13 biji cili kering. Zie guna cili kering yang besar-besar tu sebab yang ni tak pedas jadi anak-anak boleh makan. Kalau suka pedas, boleh tukar guna cili kering yang halus kerinting tu, tapi bilangan cili kena double la sebab yang tu kecil-kecil – sedikit air asam jawa – garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Ads
1) First sekali kena siang sotong. Sotong jangan potong terlalu kecil nanti time masuk dalam sambal, sotong cepat kecut n keluarkan air yang banyak jadi sambal akan berkuah dan sotong jadi keras. Biasa kalau beli sotong yang kecil tu, zie tak potong punn terus buat sekor sekor. Yang kecil ni biasa banyak yang ada telur kat dalam. Emmm dappp. Kalau yang sederhana besar biasa zie potong 2 atau 3 je. Ok, dah siap potong, wajib toskan dulu sotong tu sebab tak nak ada air. Selesai bab sotong, kita masuk bab sambal pulak ye. Panjang betul penerangan pasal sotong. Tapi ni penting tauuu sebab tak nak sambal yang berkuah.
2) Rebus cili kering tadi dan blend bagi betul-betul lumat. Kemudian masukkan bawang besar dengan bawang putih n blend sekejap je sebab tak nak terlalu lumat. 3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tadi. Masukkan air asam jawa sekali. Tumis kena sampai sambal betul-betul masak n pecah minyak ye. Kalau nak sambal sedap, wajib tumis bagi lama. Tengok gambar dekat bawah
Ads
Rak masak mudah bersih, boleh ikut cara macam ini.
4) Masukkan sotong, garam dan gula. Bila dah masuk sotong, masak sekejap sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama nanti sotong akan jadi keras.
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Resipi mudah ini dikongsikan oleh puan Marina Ismail
Perasan tak kadang-kadang resepi Puding Karamel ada yang banyak lubang-lubang dalam puding tu. Memang nampak tak berapa menarik rupa kalau ada lubang kan. Apa kata cuba resepi puding karamel ni.
.
Kak M dah banyak cuba macam-macam jenis resepi puding caramel. Tapi resepi yang ini paling cantik tekstur nya dan paling sedap pada tekak kak M.
.
Rasanya yang sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang aje, memang perghh… sedap yakmat.
.
Makan sejuk apa tah lagi. Ala-ala macam makan taufufa kat pasar malam tu. Buatnya pun senang sangat. Kalau ada tetamu datang dan hidang puding ni, biasanya memang dia orang suka. Budak-budak pun suka.
.
Untuk adik-adik yang baru belajar memasak pun sesuai sangat. Jom kak M share resepi Puding Karamel yang sedap dan simple nih.
.
RESEPI PUDING KARAMEL
.
Lapisan Gula Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
.
Puding Telur:
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair (400ml)
150ml air
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)
.
Cara-cara:
1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
.
2. Tetapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.
.
3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang.
4. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.
.
5. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu.
6. Kemudian tapis kan supaya puding yang kita jadi licin.
.
7. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 C api atas bawah) selama 45 – 50 minit.
.
Nota: Kak M dapati bila kukus kadang-kadang jadi lubang-lubang pudingnya. Mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Jadi kak M cadangkan untuk bain-marie atau water bath untuk hasil lebih cantik dan licin.
Pancake pisang menjadi salah satu makanan yang tidak hanya enak dan lazat dimakan malah menyihatkan serta kaya khasiat. Bahkan menyediakan menu nan satu ini juga memang cukup mudah, namun tak semua antara kita pakar menyediakannya.
Terkadang bancuhan pancake menjadi terlalu cair dan ada juga terlalu pekat. Namun dengan resipi ini, siapapun dijamin akan berjaya menyediakan pankace yang sempurna dan enak.
Perkongsian daripada Yanie Rosdi di akaun facebooknya, diharap dapat memberi idea untuk dihidang kepada keluarga dan dalam masa yang sama menjadikan anda seperti seorang master chef dalam menyediakan menu pankace ini. Selamat mencuba.
RESEPI RINGKAS PANCAKE PISANG TANPA TEPUNG
Cuti sekolah ni takde idea boleh cuba resepi ringkas ni.
Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ni. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.
Bahan-bahan :
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Langkah 1 : Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Langakh 2 : Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Langkah 3 : Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Selamat mencuba.
sumber : Yanie Rosdi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.