“Sotong Masak Hitam Tak Bersalah.” Siti Sarah Dituduh Bodoh Makan Dakwat Sotong Kononnya Haram , Ini Penjelasan Imam Muda!

Share

Baru-baru ini Siti Sarah Raisudin berkongsi resipi memasak Sotong Masak Hitam menerusi laman instagramnya. Banyak komen yang diterima dan ada yang berkongsi resipi dengannya.

Namun apa yang kurang menyenangkan, ada yang melemparkan kata-kata kurang senang dan mengatakan Sarah bodoh kerana makan dakwat sotong.

Menurut empunya komen tersebut, dakwat sotong haram dimakan. Selain itu ada juga yang berkongsi perkara yang sama dengan mengatakan dakwat sotong tak boleh dimakan.

Perkongsian tersebut membuatkan Sarah tidak berdiam diri dan meminta pandangan ustaz berkenaan hal tersebut.

Sotong masak hitam tak bersalah

Sarah ni memang tak pandai .. banyak nk kena bljr, tapi org yg konon tahu semua benda xpyh la senang senang nauuuuu nak BODOH kan org. Jage adab bila nk ckp.. Cuba kalau sarah bodoh2 kan orang yang sarah x kenal.

Disebabkan itu, Sarah meminta suaminya, Shuib bertanyakan hal tersebut kepada Imam Muda Asyraf bagi merungkai persoalan tersebut.

Confirm ramai melenting punye. Bila Sarah sendiri pn keliru and bila ada tguran mcam tu, terus sarah mintk tlong @shuibsepahtu and dia bertanye kpade imam muda asyraf. T.kasih imam mude sudi bgi pencerahan.

Ha, imam muda salah ke? Jangan pulak ade yg nk pertikai lagi sebab mufti sendiri ada bg penjelasan. Kat website die. Dalam tu boleh bace, hukum mkan dakwat sotong adalah HARUS. Ha, siape yg cakap bodoh tu?

Tak baikkkk tau. Takkan ler tahap mufti yg hebat bab agama main suka2 hati nak jatuhkan hukum kan. Leps tu ade juge yg forward kt Sarah video penjelsn PU Azman pasal benda ni. Jdi pasnih masaklah sotong masak hitam tenang2… xpyh was2 or rasa geli.

Ada mufti dh jelaskan pun yg dakwat hitam tu dh jadi sebahagian dr sotong tp if nak fhm lgi dgr voicenote tu. Kita same2 belajar okay. Jangnlah sbb satu benda tu korg x setuju terus gelar org bodoh. Tak baiklah😔

 

Meninjau di ruangan komen, ada yang meminta supaya Sarah bersabar memandangkan tengah mengandung dan tidak mengambil peduli akan tohmahan tersebut. Tak kurang juga yang berkongsi pandangan sama, dakwat sotong boleh dimakan.

faezahelai @sitisarahraissuddin sabar lah babe.. klu dengar ckp netizen ni mmg tk boleh hidup.. u preggy tk mo stress2 ok.. yg penting u hot mommah!! 😘😘
padinpadin
Boleh makan kan sebenarnyaa. Apoooo. Ok skrg ku teringin sotong masak itam.
jessasabah kami d sabah paaaaling fvr8 bah ni sotong itam.. rugi klo ndk d mkn sana la paling ada lemak manis kalo d makan 😍😍
diyanarazali9 Kter suka sotong masak Hitam..mmg letak dakwat Hitam tu..Dari Zaman budak2 lg..Makan Benda Tu…sampai la ni..memang sedap..letak serai .padu!!!.. alhamdulillah…xpernah lagi bertukar JD raja bersiung!!!
Zaman nenek dah wujud resipi sotong masak hitam ni
mrsshahmir Blh.sy ada dengar UAk bgtau hr tu.blh cr. dkt tiktok UAK..klu blh elak kta elak.klu dh terpecah ke blh je x haram.n jgn disamakan dgn darah kita.berat sgt tu klu kata darah kita sndr
ydawahidaa Bgus untk prubatan juga dkwat sotong ni.. Cuma tu lh kn..ada yg suka ada yg tk suka.. Tp ikut cara tekak kita lh.. Nk mkn… Saboo ja lh..
hidayah_faizul Bleh je mkn, dari zaman tok nenek saya lg mmg dh wujud resepi sotong masak hitam nie… Apa ada hal..😂😂😂
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club