Sotong Masak Ala Thai, Menu Viral Kegemaran Ramai. Rugi Kalau Ada Yang Belum Cuba!

Share

Mencuba menu dan resipi baru sekali sekala menarik juga dilakukan. Apatah lagi, andai mencuba menu yang pernah viral pasti sedap rasanya.

Contohnya seperti resipi sotong masak ala Thai yang dikongsikan oleh Khaidijah Mamat ni, lihat gambar pun sudah nampak kesedapan rasanya.

Jom kita cuba dan nak masaknya pun cukup mudah!

Sotong Masak Ala Thai


BAHAN-BAHAN:

1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan

2. Tumbuk cili padi dan bawang besar, bawang putih hingga agak halus.

3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.

5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.

6. Sedia untuk dinikmati.

Sumber : Khaidijah Mamat