
Memeriahkan lagi suasana berhari Raya tidak salah kiranya kita berpesta makanan bersama keluarga tercinta dengan menu yang istimewa ini.
Jom ketahui ramuan untuk menyediakannya.
Nasihat saya… Sesape yang baru nak try buat sotong bakar Thai ni tak payah la buat.kalau setakat 4-5 ekor confirm tak cukup… Kene buat banyak…baru puas. Semua rasa ada masam manis masin.. Complete!
Bahan
Sotong saiz besar
3 sudu besar jus lemon
3 sudu madu
Secubit garam
( cuci sotong.. Lumurkan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk 15minit)
-keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi
– lap-lap guna tisu
-renjis dengan minyak
Bakar sampai masak.
Sos
12 btg cili merah
8 btg cili hijau
7ulas bawang putih (bakar sekejap)
(Tumbuk semua)
2 sudu sos tiram
4 sudu gula
5 sudu jus lemon
3 sudu sos ikan
Daun ketumbar ( hiris halus)
Satukan semua bahan
Lumur atas sotong
Sumber : Juju Minhad via MAHN
Resipi Japanes Cheese Cake Super Sedap & Mudah Dengan Sukatan Cawan. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Gerenti Jadi!

Nak menyediakan kek tidaklah sukar seperti yang disangka. Mungkin bagi yang pertama kali buat tidak menjadi, tetapi jika berusaha 2-3 kali pasti lama-lama berjaya.
Bagi anda yang menggemari Japanese Cheese Cake atau Kek Keju Jepun, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan AiLa yang berkongsi air tangannya menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Menurutnya, ini bukanlah resipi asalnya, sebaliknya selepas mencuba beberapa kali akhirnya dia berjaya.
kek keju jepun gerenti jadi….(insya Allah)
ni resepi bukan saya pemilik asal tapi saya dah cuba buat 3 4 resepi cuma yg ni elok sungguh kejadian..korang yang x pandai buat mesti jadi asalkan ada mixer dan oven..
bahan2 A
♥️8 keping keju slice.resepi asal 7 keping..saya guna cheesedale..atau boleh ganti 250g tatura cuma keju slice lagi sedap. carilah yang elok sikit..korang jugak yang nak makan kan
♥️75g butter..lebih kurang 3 sudu
♥️200ml susu segar..1 kotak susu
yang ni guna kaedah double boiler utk panaskan susu..koyak2 cheese tadi masuk sekali..kacau2 sampai sebati pastu masuk butter sampai cair….
bahan B
♥️4 biji telur gred A asingkan terus putih dan kuningnya
♥️½ sudu teh cream ot tartar
♥️75g gula kastor..utk yang x ada penimbang saya dah sukatkan siap2..dia ½ cawan lebih sikit minum petang yg ada piring macam dalam gambar tu…ye,separuh..x paham tanya je..
♥️tepung naik sendiri 75g..lebih kurang 5 sudu makan..contoh dalam gambar.
♥️esen vanilla
yg ni tadi putih telur tu pukul sampai kembang letak cream of tartar dan gula kastor sampai kembang telungkupkan x jatuh…yg kuning tu pun pukul jugak tapi bekas asing2 lah..letak esen vanilla sikit.
siap yg ni tadi masukkan bahan A dalam kuning telur tu..tapis tau…pastu kacau guna senduk je..jgn guna mixer pulak…..bila dah sebati elok masukkan tepung..pastu baru letak putih telur tadi sikit2…kacau guna senduk je manja2..jgn kasar2 tau….senang je kan….
ok nak masuk dalam loyang ni saiz 8″ just nice lah..letak kertas minyak kat bawah..tepi tu letak pun ok..saya x letak pun..jgn oles minyak kat tepi tu..kek dah masak nanti dia kecut sendiri..
guna kaedah water bath..suhu ikut oven masing2.. saya letak 160 tadi..masa saya lebih kurang sejam gak..
toping di just cream cheese,sesudu lemon,susu pekat je pukul sebati….kek ni ada orang nak beli gini rm30…sedihhhh…
“Aura Gembira, Anak Perantau Je Tahu Rasanya.” Ubati Rindu 2 Tahun Tak Jumpa, Tya Ariffin Bawa Anak Jumpa Keluarga!

Lebih dua tahun menahan rasa rindu terhadap kampung halaman di Palembang, Indonesia, Tya Ariffin akhirnya dapat pulang menemui ahli keluarga.
Akui isteri kesayangan Ashraf Khalid, kekangan akibat wabak pandemik COVID-19 membuatkan bukan hanya dia bahkan anak-anak juga tidak berpeluang menemui datuk dan neneknya di kampung.
Aktres dan usahawan dari Tanah Seberang berkongsi momen balik kampung bersama dua cahaya matanya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa di laman Instagramnya.
Bagaimanapun kepulangan kali ini tidak disertai suami tercinta, Asyraf Khalid.
“Keputusan balik kampung ini pada minit akhir, jadi suami tak dapat turut serta kerana urusan kembara ke sini memerlukan visa pelancong untuk masuk ke Palembang.
“Kebiasaannya urusan itu memakan masa. Jadi saya dan suami memutuskan untuk ‘berpisah’ buat seketika. Dia boleh juga urus dan tengokkan empayar perniagaan jus kesihatan, Mutyara kami,” kata Tya.
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata sebelum dapat memeluk erat ibu bapa dan adik beradiknya, dia dan anak anak perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel di Jakarta.
“Saya dan anak anak perlu kuarantin tujuh hari. Kemudian baru meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Palembang.
“Insya-Allah tiada aral, saya akan bercuti dan menghabiskan masa sekitar sembilan hari di kampung. Banyak benda yang bermain dan terlintas di hati nak buat dengan keluarga sebab selama ini akur ketentuan terpaksa berjauhan.
“Anak anak pun teruja sebab sudah lama tak balik kampung. Keluarga saya pun teruja nak tengok anak kedua, Ara (Azzahra) yang sudah membesar dan boleh berjalan. Kali terakhir dapat bertemu keluarga masa Ara masih kecil,” katanya.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu dalam masa sama tetap berhati hati menjaga keselamatan diri dan anak kerana sedar wabak COVID-19 masih bebas berkeliaran termasuk kehadiran varian baru.
“Saya biasakan anak memakai pelitup muka, kekalkan penjarakan fizikal dan elak berkumpul di tempat ramai orang.
“Alhamdulillah masa naik kapal terbang menuju ke Indonesia, kedua anak saya sangat menjaga perangai. Selesai makan, kedua duanya terus tidur hingga sampai waktu mendarat ke destinasi,” katanya.
Kata Tya lagi, sekalipun bercuti, dia sempat melakukan kerja dalam talian termasuk berinteraksi dengan staf dan ejen perniagaannya.
“Tapi sambil sambil itu kenalah layan karenah anak. Jeritan suara mereka pun sesekali mengganggu konsentrasi kerja saya. Inilah cabaran emak emak, kenalah hadap,” katanya.
Terdahulu, sejak pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, Tya mengakui sudah kering air mata kerana menahan kerinduan terhadap keluarga di kampung.
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
‘Lesap’ RM10,000 Gara-gara Anak Beli Permainan Video Dalam Talian. Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan!

Demi jaminan masa depan anak-anak, lazimnya kita sebagai ibu ayah akan membuat simpanan untuk jangka masa panjang. Walau pun bermula dengan sedikit, lama-lama apabila terus menabung akan berganda jumlahnya.
Punbegitu bukanlah suatu yang pelik bila jumlah tabungan sudah capai puluhan ribu ringgit sekali pun andai dibelanjakan begitu sahaja dengan sekelip mata juga akan habis. Ini sepertimana kisah yang dikongsikan oleh pelakon Zarina Zainuddin terkejut apabila anak bongsunya, Adam, 15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian sehingga wang simpanannya hanya berbaki RM3.
Ujarnya, “Sebagai seorang ibu, saya kongsi supaya orang luar ambil langkah sama memantau pergerakan anak.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Zarina berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapan yang dibuat dan berasa kesal dengan tindakannya itu.
Bagaimanapun, Zarina sudah memadam video itu kerana dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu menjatuhkan air muka dan membuka aib anaknya.
Zarina berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan anak bongsunya itu sebaliknya mahu perkara ini menjadi iktibar dan teladan kepada ibu bapa lain.
Awasi Anak-anak
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.
Dia Calarkan Kepercayaan
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?
“Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama,” katanya.
Zarina berkata, dia sangat tegas dengan anak-anak dan jika buat salah kena mengaku kesilapan yang dibuat dan kena tanggung kesan kesalahan itu.
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!