Soto Jawa Simple Tapi Sedap, Ibu Ni Lega Hati Bila Tengok Anak Makan Bertambah Soto Yang Dimasak!

Share

Hati siapa yang tak gembira dan rasa seronok bila kita menyediakan masakan, anak-anak dan suami dilihat makan dengan penuh berselera. Apatah lagi bila dapat pujian daripada insan tersayang berkenaan enaknya rasa hidangan yang disediakan, tentu terasa  berbunga-bunga hati jadinya.

Berkongsi rasa bahagia tersebut, Bunga Rose turut berkongsi resipi Soto Jawa yang menjadi kegemaran mereka seisi keluarga dan menurutnya untuk menyediakan Soto Jawa ini cukup mudah.

Jadi buat anda yang juga penggemar soto, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini, cukup lengkap dikongsikan olehnya. Selamat mencuba.

Ini perkongsiannya:

Raya ke 4.. Semalam my eldest son cakap nak makan soto. Kebetulan bahan semua dah ada. So malam tadi mama pun rebus lah ketupat adabi 1pkt 30bj tu. Pagi tadi masing-masing breakfast roti bakar jer sementara mama siapkan soto. 12noon dah siap masak alhamdulillah.. lega hati bila tenguk anak-anak makan bertambah-tambah.

SOTO JAWA SIMPLE TAPI SEDAP
(Resepi Zie Ahmad)
1 ekor ayam dibersihkan. Potong 4.
Bahan kisar/tumbuk:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sikit lada putih
1inci lengkuas.. diketuk
2btg serai.. diketuk
1pkt sup bunjut adabi
1/2 pkt rempah sup adabi
Sebiji kecil tomato racik
Minyak, garam, gula, kiub pati ayam.

Cara masak:
1. Rebus ayam dalam periuk isi air tenggelam ayam.
2.Masukkan sup bunjut, serai dan lengkuas. Didihkan hingga ayam masak.
3. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga wangi.  Masukkan serbuk rempah sup adabi. Goreng sekejap. Tambah air 1/2 cwn. Tumis lagi. Ulang tambah air 3 kali supaya rempah cukup masak. Masukkan tomato racik. Tumis lagi. 4. Tutup api.
5. Tuangkan rempah tumis tadi ke dalam periuk sup ayam.
6. Tambahkan air ikut banyak mana kuah sup yang kita nak. Didihkan semula. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
7. Bila ayam dah empuk, keluarkan dan toskan airnya. Goreng sekejap ayam tadi. Angkat dan sejukkan. Siat-siatkan isi ayam tu isi dalam bekas. Buang tulangnya.
8. Sup tadi tapiskan ambil air nya saja. Didihkan semula sebelum dihidang.

BEGEDIL KENTANG
-1 kg kentang – di kupas kulit, hiris bulat-bulat nipis dan digoreng. Kemudian panas-panas ditumbuk halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Sejukkan.
-Goreng sikit bilis dan udang kering.. ditumbuk halus.
-Serbuk lada putih sikit
-Bawang goreng buat sendiri sedap wangi
-hirisan daun sup
-Garam dan sikit maggi cukup rasa
-1 biji telur dipukul – untuk goreng begedil

Cara:
1.Gaul semua bahan-bahan dan kepal-kepal bulat dan leperkan sikit.
2. Panaskan minyak, celupkan begedil ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Goreng dalam 5 biji sekali goreng supaya tak pecah.
3.Angkat dan toskan.

SAMBAL KICAP
2bj cili merah
15 bj cili api merah+hijau
2 bj bawang putih hiris
3 bj bwg merah kecil hiris
Kicap manis+ masin

Cara:
1. Goreng dulu bawang sampai garing masukkan semua cili. Bila layu tapiskan.
2. Tuangkan dlm blender. Masukkan kicap. Kisar sampai halus.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Sesuaikan rasanya.

KETUPAT SEGERA
1. Rebus ketupat adabi hingga masak(eh semua guna produk adabi ni bole dpt hamper free kot hehee).
2.Toskan dan sejukkan. Potong2 kiub.

Taugeh – buang ekor dan cuci.
Daun sup – dihiris
Bawang goreng – buat sendiri yer
Sambal kicap
Isi ayam
Begedil.
Suhun goreng.
Kacang tanah goreng.
Cara makan semua dah tau kan
SELAMAT MENCUBA
Adabi Consumer

Sumber : Bunga Rose 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club